Pages

Showing posts with label Deskripsi Tugas. Show all posts
Showing posts with label Deskripsi Tugas. Show all posts

Maklumat dan Info Jawatan Penolong Penguasa Kastam

on Wednesday, 23 July 2014


Penolong Penguasa Kastam Gred W27

 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,367.00RM5,098.00RM145.00
 
Syarat Lantikan:
 i.Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
 ii.Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
 iii.Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
 iv.lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
 i.mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
 ii.lulus Peperiksaan Khas; dan 
 iii.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
    
Deskripsi Tugas :
 i.Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
 ii.Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
 iii.Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
 iv.Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
 v.Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
 vi.menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
    
    
   

 Khas Untuk Calon Peperiksaan PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Tak Tahu Nak Study Apa?
Perlukan Rujukan?
Ini Jalan Penyelesaiannya.
Pakej Rujukan Lengkap Terkini Peperiksaan PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Iklan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

on Wednesday, 4 June 2014

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Maklumat Lanjut Layari http://www.spa.gov.my/Portal/

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

               
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional               
               
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam             
               

Jadual Gaji:        


GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM2,253.00RM8,731.00RM225.00
               

Syarat Lantikan:               

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
               

Deskripsi Tugas:               

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Dapatkan Rujukan Lengkap Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 

Kepada calon yang ingin terus membuat tempahan boleh terus ke Laman Jualan Rujukan PTD Di Sini.


Kepada calon yang keliru dengan langkah pembelian, Cara-cara pembelian Rujukan Peperiksaan Online Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 boleh terus layari langkah pembelian ebook PTD.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal