Susah nak Kerja Kerajaan melalui SPA?
DIDEDAHKAN! Laluan Alternatif Untuk TEMBUS Masuk Kerjaya Kerajaan Tanpa Melalui SPA!
Tahukah anda yang Agensi Kerajaan mengadakan ambilan pekerja tidak melalui SPA bahkan LEBIH MUDAH! Nampak peluang di situ? 241 Senarai Agensi ini untuk anda!
Dari Meja: Tim Infokerjaya
Tarikh: Tuesday, May 20, 2014
Tarikh: Tuesday, May 20, 2014
Re: Graduan Kecewa, 5 Kali Duduki Peperiksaan SPA Tetapi Gagal
Jika anda graduan baru, mungkin isu ambil peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebanyak 5 kali ini tidak masuk akal. Tetapi jika anda adalah graduan lama, kami tahu anda mengangguk kepala apabila membaca ayat di atas tanda setuju.
“Susahnya nak tembus SPA!”
Sekarang anda dah mula percaya dengan pernyataan ‘ambil 5 kali’ peperiksaan SPA. Anda tak salah, cuma anda tak tahu. Hanya mereka yang melaluinya sahaja tahu betapa peritnya mengulangi peperiksaan dan temuduga berkali-kali tetapi masih gagal. Ini bermakna strategi anda perlu diubah…
Lihat saja data yang ada, setiap tahun lebih 1 juta permohonan kerja oleh graduan melalui SPA dan yang malangnya anda boleh lihat berapa % sahaja yang diterima. Dalam hal ini, ianya bukan masalah kualiti graduan, tetapi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
Anda harus ingat usia persaraan telah dinaikkan kepada 60 tahun bermula 1 JULAI 2013 berbanding 58 tahun sebelum ini. Situasi ini juga menyumbang kepada kurangnya kekosongan. Ya…tenaga kerja lama masih banyak yang meneruskan perkhidmatan ke usia 60 tahun.
Apabila gagal untuk tembus menjawat jawatan kerajaan, graduan mula mengeluh dan hampir berputus asa;
- Susah masuk jawatan kerajaan
- Aku tak ada ‘orang dalam’
- Temuduga susah
- ‘Pointer’ aku rendah
- Exam bertulis SPA susah
- … tak termasuk yang ‘menyumpah-seranah’ pihak SPA…Ya…memang banyak!
Tim Infokerjaya setiap kali muncul keluhan begini pastinya akan mencadangkan kepada graduan, carilah kerja di luar jawatan kerajaan. Banyak kerja di sektor swasta.
Tapi kebanyakan graduan kembali dan menyatakan hasrat mahu kerja kerajaan. Kenapa HOT sangat jawatan kerajaan ini sehinggakan graduan kita menjadikan ianya matlamat utama dan akhir kerjaya mereka!
Mungkin ini sebabnya, keutamaan dan kelebihan kerja kerajaan. Antaranya..
- Elaun Perumahan
- Cost of Living Allowance (COLA)
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
- Kenaikan Gaji Setiap Tahun
- Kemudahan Pinjaman Wang
- Cuti Tahunan mengikut kelayakan
- Cuti Bersalin
- Pinjaman Perumahan mudah
- DUIT PENCEN atau KWSP
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Peluang naik pangkat
- …dan banyak lagi!
SMILE
Boleh kami bertanya?
Kenapa tak cuba masuk kerjaya kerajaan melalui Agensi Kerajaan? Kenapa hanya cuba melalui SPA?
Dah cuba mohon pekerjaan di;
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
- Lembaga Pembangunan Langkawi
- Perbadanan Bukit Bendera
- Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
- Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA)
- Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
- Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
- Yayasan Negeri Sembilan
- Institut Pengurusan & Integriti Melaka (INSPIM)
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Semua di atas menawarkan kerja kosong bukan melalui SPA. Anda tak jumpa jawatan mereka di SPA. Pegawai di sana menikmati gaji dan kelebihan yang setara pegawai kerajaan melalui SPA.
Tahukah anda berapa banyak badan berkanun dan agensi seluruh negara? Kebanyakannya mengambil pekerja tanpa melalui SPA.
Bukankah ini satu peluang besar untuk anda? Mohon melalui SPA dan lengkapkan permohonan anda melalui alternatif agensi juga.
Pada ketika ini, anda bukan sahaja memasang ‘pancing’ di SPA, tetapi memasang pukat di ‘lautan kerja kerajaan’
Berapa luas lautan itu?
Di atas hanya contoh 10 Agensi, kami ada 241 Senarai Lengkap untuk anda ambil peluang kerja di sana. Tetapi percayalah, anda perlukan lebih dari hanya sekadar senarai 241 Agensi ini.
Anda perlukan STRATEGI dan TOOL ‘Puzzle’ ini dilengkapkan untuk anda
Senarai 241 Agensi +Strategi + Tool NINJA!
Komponen 1: Direktori Lengkap 241 Agensi
Komponen 2: Action Plan – 7 Langkah Strategik
Komponen 3: Template Resume
- Ianya adalah template KHUSUS untuk permohonan jawatan di Agensi Negeri
- Ianya bukan resume yang digunakan jutaan graduan dalam memohon pekerjaan
- Ianya adalah TOOL hasil dari strategi di Komponen 2
- Template NINJA!
Pakej ini disusun berdasarkan keperluan graduan. Tim Infokerjaya telah membantu graduan sejak tahun 2009 dan lebih 60,000 graduan telah mendapat manfaat daripada kami. Atas pengalaman ini, kami faham apa masalah graduan dan apakah maklumat yang diperlukan oleh graduan.
Anda graduan yang hebat, berkebolehan dan layak mendapat tempat. Apa yang anda perlukan adalah MAKLUMAT dan PELUANG. Pakej ini adalah SOLUSI untuk keperluan anda
Lihat Apa Kata Mereka
Sudah-sudahlah mengeluh. Sekali lagi kami nyatakan, ANDA ADALAH SEORANG GRADUAN YANG HEBAT! Apa yang anda perlukan adalah MAKLUMAT dan PELUANG. Kami bantu anda dengan maklumat dan peluang ini dan pada ketika ini, anda yang memilihnya.
Pilih untuk masuk melalui SPA dan berpeluang CERAH untuk masuk golongan 90% GAGAL atau buka peluang yang LEBIH LUAS dengan membuat permohonan melalui SPA + ratusan AGENSI seluruh negara.
Sumber daripada :
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment