Pages

RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41

on Saturday 3 May 2014

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dan diterajui oleh Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.Mengikut rekod dalam sebaran umum JANM, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En.G.G.T Browne dalam tahun 1946.Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang Akauntan Negara.Sejak tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan. Bermula 29 November 2010 sehingga sekarang Akauntan Negara adalah Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman menggantikan Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud.
Akauntan Negara adalah
1.       Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan
a.      Akauntan
b.      Penolong Akauntan
c.       Pembantu Akauntan
2.       Pendaftar Wang Tak Dituntut
3.       Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan
4.       Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan persekutuan
o   yangmempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara-tatacara perakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri.
VISI JANM
“Menjadi Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam”
MISI JANM
  • ·         Merekabentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik.
  • ·         Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
  • ·         Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
  • ·         Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam perkhidmatan perakaunan.
  • ·         Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Objektif JANM
  • ·         Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • ·         Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan.
  • ·         Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.
  • ·         Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan.
  • ·         Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965


Penerangan Jawatan
Jawatan Akauntan W41 adalah di bawah jawatan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF)
Diskripsi Tugas;
Bertanggungjawab mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan.
Syarat Lantikan;
·         Calon memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunnan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
o   [ Gaji Permulaan P1 : RM2,650.63 ]
·         Ahli Penuh badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
o   [Gaji Permulaan P1: RM2,650.63]
·         Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli PPenuh badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
o   [Gaji Permulaan P1: RM2,754.41]
·         Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia
o   [Gaji Permulaan P1: RM2,858.19]
·         [SYARAT WAJIB] Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DAPATKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41 KLIK DI SINI

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal