Pages

Contoh Soalan PTD 2020

on Wednesday 19 August 2020

 

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Maksud Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.

 

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Tugas sebagai Pegawai Tadbir diplomatik sebagaimana dirujuk dalam laman web SPA adalah;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


Proses Ambilan PTD

Secara ringkasnya sejak tahun 2009, calon harus melalui 3 proses ambilan iaitu;

  • Peperiksaan PTD
  • Sesi Assessment Center yang diuruskan oleh pihak Institut Tadbiran Negara (INTAN)
  • Sesi Temuduga

Calon yang lulus temuduga antara tahun 2009 – 2010 ada yang diserap terus kepada jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik tetapi selepas itu calon yang lulus temuduga ditawarkan jawatan PTD Kontrak.

Pada tahun 2013 satu perubahan besar diimplimentasikan iaitu semua calon yang lulus temuduga dimasukkan sebagai Kadet PTD. Dalam proses ini mereka akan dilatih dan perlu melalui latihan termasuk latihan fizikal di kem-kem INTAN terpilih.

Bermula tahun 2013, terdapat tambahan pada proses ambilan PTD;

  • Peperiksaan PTD
  • Sesi Assessment Center yang diuruskan oleh pihak Institut Tadbiran Negara (INTAN)
  • Sesi Temuduga
  • Kadet PTD
  • Lantikan Tetap

Apa itu Programme Assessment Center (PAC)?

Ertinya anda sudah masuk ke tahap ke-2 selepas berjaya tapisan peperiksaan online sebelum ini. Sesi ini adalah peringkat tapisan seterusnya dimana calon yang lulus akan layak untuk ditemuduga. Untuk sesi 2016/2017 berlaku perubahan format penilaian dengan kemasukan ujian fizikal di bawah skim Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

 

Peringkat tapisan ini akan menguji anda daripada segi fizikal anda seperti ukuran berat badan, berlari, dan aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga anda. Manakala daripada segi mental, anda bakal diuji menggunakan fikiran untuk menjawab soalan, menyelesaikan masalah dan pelbagai bentuk ujian fikiran untuk melihat tahap pengetahuan dan kecerdasan mental anda. Oleh itu, untuk sesi PAC ini anda akan berdiri di atas kaki sendiri “totally on your own”.

 

Sesi PAC akan berlangsung di tempat khas yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kebiasaannya PAC akan berlangsung di Institut Tadbir Negara (INTAN) selama 2 hari 1 malam. Namun ia bergantung kepada maklumat panggilan anda. Pastikan anda semak betul-betul maklumat panggilan anda supaya anda lebih bersedia dan tidak mengalami sebarang masalah pada hari PAC sebenar kelak. Bawa keperluan yang disenaraikan dan datang pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

Penilaian PAC.

Penilaian PAC merangkumi seperti berikut :

  • Kerja Dalam Kumpulan (Group Work)
  • Pengucapan Awam (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
  • Penulisan Esei (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
  • Ujian Psikologi
  • Fitness
  • Saringan Kesihatan

 

Bagi kerja dalam kumpulan, anda harus bersikap proaktif dalam menyelesaikan tugasan dalam kumpulan. Elakkan daripada bersikap pasif dan diam membisu. Berusaha untuk melontarkan idea, menjadi pendengar yang baik dan tonjolkan sikap kerjasama anda dalam kumpulan.

 

Pengucapan awam meguji kemahiran anda menyampaikan hujah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi pengucapan awam, selain daripada melihat kelancaran anda berhujah dalam kedua-dua bahasa ini, hujah anda mestilah mengandungi isi atau intipati yang baik. Berhujah tanpa isi kandungan sama sahaja seperti bercakap kosong. Akhiri pengucapan awam anda dengan rumusan yang baik dan pastikan anda patuhi masa yang ditetapkan.

 

Penulisan esei pula menguji tahap penulisan anda dan kelancaran anda berhujah melalui penulisan. Anda diberi soalan dan anda harus menjawab soalan dalam bentuk tulisan tangan. Oleh itu, pastikan tulisan tangan anda boleh dibaca dengan baik. Penulisan esei ini juga menguji anda menulis menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

Ujian psikologi menguji kecerdasan mental anda. Ujian fitness menguji tahap kecerdasan anda dalam aktiviti fizikal seperti anda diminta berlari, melakukan senaman dan mengharungi rintangan. Manakala saringan kesihatan anda akan diuruskan oleh panel kesihatan yang dilantik oleh SPA sewaktu sesi PAC. Tiada ruang untuk anda sebagai calon PAC mengelak daripada menjalani setiap ujian ini. Nasihat kami, bersedia daripada segi mental dan fizikal anda lebih awal sebelum hadir ke PAC.


Apa itu Kadet PTD?

Kadet PTD akan menjalani Kursus Kadet PTD selama 1 tahun termasuk 7 bulan kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang dikatakan sangat mencabar. Ianya adalah satu ujian persediaan dalam melahirkan Pegawai PTD yang berkualiti tinggi sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul dalam menguruskan negara.


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Jika dipanggil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dapatkan versi penuh rujukan Terkini peperiksaan online jawatan "PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK"

Untuk calon peperiksaan ptd, anda boleh menggunakan rujukan terkini Tipsptd yang telah membantu calon berjaya sejak tahuk 2009. Ianya ditambahbaik setiap tahun dan disesuaikan dengan format dan isu terkini. Rujukan yang dikeluarkan pada tahun - tahun yang lepas sudah lapuk dan tidak lagi boleh digunakan untuk peperiksaan terkini. Bagi pembeli yang lama, semak semula email anda untuk medapatkan pakej kemaskini secara percuma.

Join telegram berikut untuk dapatkan Versi Terkini Rujukan PTD: 

https://t.me/rujukanptdm41


Contoh Soalan Dan jawapan Seksyen A, B dan C, Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 Sesi 27 Ogos 2020.


Seksyen A -Pengetahuan Am

 

1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri kecuali

A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri

B. Terbubar dengan sendiri selepas 5 tahun

C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

D. Membuat enakmen dan ordinan


Jawapan : C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebuah badan perundangan di peringkat negeri.


2. Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?

A. Parlimen

B. Badan Kehakiman

C. Badan Berkanun Negeri

D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

Jawapan : B. Badan Kehakiman

Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.

 

3. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara Malaysia

I. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu Bertambah Mutu”

II. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia

IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan : D. II, III dan IV

Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”.

 

4. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

A. Selangor

B. Pahang

C. Perak

D. Johor

 Jawapan : D. Johor

Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5 negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu)


5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara.

A. Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970

B. Dicipta untuk perpaduan rakyat yang kukuh

C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun Negara

Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan tertumpu kepada bumiputera sahaja.

 

6. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI

A. India

B. Filipina

C. Singapura

D. Bangladesh

Jawapan : B. Filipina

Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel.

 

7. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah

A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.

B. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara-negara ASEAN

C. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasama ekonomi antara ASEAN

D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

Jawapan : D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN.

 

8. Logo olimpik mengandungi simbol bulatan yang mencerminkan

A. Penyatuan

B. Keharmonian

C. Semangat kesukanan

D. Jumlah benua di dunia

Jawapan : D. Jumlah benua di dunia

Penerangan : Bulatan itu mewakili lima benua di dunia 

 

9. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling tinggi ialah di

A. Gunung Stong

B. Gunung Korbu

C. Gunung Tahan

D. Gunung Gayong

 Jawapan : B. Gunung Korbu

Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia. 

10. Berikut adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO di

Malaysia KECUALI

A. Langkawi

B. Taman Negara Mulu

C. Bandaraya Melaka

Jawapan : A. Langkawi

Penerangan : Pilihan B, C dan D adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO kecuali Langkawi (pusat pelancongan dan bebas cukai).


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Jika dipanggil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dapatkan versi penuh rujukan Terkini peperiksaan online jawatan "PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK"

Untuk calon peperiksaan ptd, anda boleh menggunakan rujukan terkini Tipsptd yang telah membantu calon berjaya sejak tahuk 2009. Ianya ditambahbaik setiap tahun dan disesuaikan dengan format dan isu terkini. Rujukan yang dikeluarkan pada tahun - tahun yang lepas sudah lapuk dan tidak lagi boleh digunakan untuk peperiksaan terkini. Bagi pembeli yang lama, semak semula email anda untuk medapatkan pakej kemaskini secara percuma.

Join telegram berikut untuk dapatkan Versi Terkini Rujukan PTD: 

https://t.me/rujukanptdm41


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

1. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang lebih daripada 34.5 tetapi kurang daripada 36.5?

A. 12.5 + 4.5 x 5

B. 36.5 ÷ 5 x 4

C. 13.5 x 5 + 5

D. 58.38 + 4 – 7

Jawapan : A. 12.5 + 4.5 x 5

36.5 < nilai < 34.5

= 12. 5 + (4.5 x 5)

= 12.5 + 22.5

= 35

(Hint : Lakukan pengiraan setiap pilihan jawapan. Pengiraan perlu mendahulukan pengiraan dalam kurungan, darab atau bahagi dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu) dan diikuti tambah atau tolak dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu) 

 

2. Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m.

A. 3 Jam 45 Minit

B. 3 Jam 27 Minit

C. 3 Jam 20 Minit

D. 3 Jam 14 Minit

Jawapan : B. 3 Jam 27 Minit

Halaju = 110 km/j

380 000 m = 380 000 / 1000 = 380 km

Formula : Halaju = Jarak / Masa

Oleh itu,

Masa = Jarak / Halaju

= 380 km / 110 km/j

= 3.4545 jam

= 3 Jam + 0.4545 Jam

= 3 Jam 27 minit

Penukaran unit jam ke minit

1 Jam = 60 minit

= 0.4545 Jam x 60 minit

= 27.27 minit 

 

3. Ketinggian anak pokok getah P, Q, R dan S adalah 165 cm, 170 cm,

168 cm dan 160 cm. Kirakan minima tinggi antara empat pokok tersebut.

A. 170 cm

B. 169 cm

C. 150 cm

D. 166 cm 

Jawapan : D. 166 cm

Jumlah ketinggian

= (165 + 170 + 168 + 160) cm

= 663 cm

Minima tinggi

= 663 cm / 4

= 165.75 cm (~166 cm)


4. Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 380 orang pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 1/4 daripadanya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut.

A. 156 orang

B. 228 orang

C. 177 orang

D. 224 orang

Jawapan : B. 228 orang

Jumlah pelajar T4 = 380 orang

Pelajar Matematik Tambahan = 80%

= 80% x 380 orang

= 80/100 x 380 orang

= 0.8 x 380 orang

= 304 orang

Pelajar Gagal = 1/4

Pelajar Lulus

= 1 - 1/4

= 4/4 - 1/4

= 3/4 orang

Oleh itu, pelajar lulus

= 3/4 x 304 orang

= 0.75 x 304 orang

= 228 orang 

 

5. Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti

pembelajaran anaknya?

A. 2 Jam 15 Minit

B. 2 Jam 25 Minit

C. 2 Jam 35 Minit

D. 2 Jam 45 Minit

Jawapan : A. 2 Jam 15 Minit

Tempoh di tadika

= 9.00 pagi hingga 11.45 pagi

= 2 Jam 45 Minit

Tempoh pembelajaran

= Tempoh di tadika - masa rehat

= 2 Jam 45 Minit - 1/2 Jam

= 2 Jam 45 Minit - 30 minit

= 2 Jam 15 Minit

1 Jam = 60 minit

= 1/2 Jam x 60 minit

= 0.5 Jam x 60 minit

= 30 Minit


6. Maisarah membuat sebiji kek Almond Cheese. Dia memberi 2/5 daripada kek tersebut kepada rakannya dan 1/5 kepada jirannya. Berapakah baki kek Almond Cheese Maisarah ?

A. 1/5

B. 2/5

C. 3/4

D. ¼

 Jawapan : B. 2/5

Kek Almond Cheese = 1 biji

Bahagian rakan = 2/5

Bahagian jiran = 1/5

Baki Kek

= 1 - 2/5 - 1/5

= 5/5 - 2/5 - 1/5

= 2/5


7. Di antara persamaan garis lurus dibawah, yang manakah mempunyai padanan yang selari.

A. y = x + 2 dan y - 4x + 1 = 0

B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

C. 2y = 5 + 6x dan 2y - 4x + 1 = 0

D. 3y - x = 6 dan 2y - 8 -x = 0

Jawapan : B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y = - 2x - 4 2y = - 4x + 8

m = -2 y = (- 4x + 8)/2

y = -2x + 4

m = -2 

Susunkan persamaan dalam bentuk y = mx + c

Kedua-dua mempunyai kecerunan yang sama iaitu m = -2

Oleh itu, kedua-dua persamaan ini adalah selari

 

8. Gaji pokok Nora ialah RM 1200. Dia dibayar komisen 3% berdasarkan jualannya. Berapakah jualan minimum hingga ribu yang terdekat, supaya jumlah pendapatannya melebihi RM 2120 sebulan?

A. RM 6,000

B. RM 14,560

C. RM 53,600

D. RM 31 000

Jawapan : D. RM 31,000

Jumlah pendapatan > RM 2120

Minimum Jualan = RM x

RM 1200 + 3% Minimum Jualan > RM 2120

RM 1200 + (3/100) (RM x) > RM 2120

0.03 x > RM 2120 – RM 1200

0.03 x > RM 920

x > 920 / 0.03

x > RM 30,667

 

9. Suhu di sebuah bandar pada pukul 8 malam ialan -19°C. Enam jamkemudian, suhunya jatuh sebanyak 5°C sebelum naik semula sebanyak8°C lima jam berikutnya. Hitung suhu di bandar itu pada pukul 7 pagi.

A. -24°C

B. -16°C

C. -10°C

D. -1°C

 Jawapan : B. -16°C

Jam 8 malam = - 19°C

6 jam kemudian = 8.00 malam + 6 jam = 2.00 pagi = -19 - 5 = - 24°C

5 jam berikutnya = 2.00 pagi + 5 jam = 7.00 pagi = -24 + 8 = -16°C

 

10. ( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8) , selesaikan.

A. -10 1/2

B. 27 1/2

C. -11 3/14

D. 9 2/15

Jawapan : A. -10 1/2

( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8)

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-1 3/8)]

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-11/8)]

= - 144/9 - [- 44/8]

= - 16 + 11/2

= - 32/2 + 11/2

= - 21/2

= - 10 ½


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Jika dipanggil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dapatkan versi penuh rujukan Terkini peperiksaan online jawatan "PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK"

Untuk calon peperiksaan ptd, anda boleh menggunakan rujukan terkini Tipsptd yang telah membantu calon berjaya sejak tahuk 2009. Ianya ditambahbaik setiap tahun dan disesuaikan dengan format dan isu terkini. Rujukan yang dikeluarkan pada tahun - tahun yang lepas sudah lapuk dan tidak lagi boleh digunakan untuk peperiksaan terkini. Bagi pembeli yang lama, semak semula email anda untuk medapatkan pakej kemaskini secara percuma.

Join telegram berikut untuk dapatkan Versi Terkini Rujukan PTD: 

https://t.me/rujukanptdm41


Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Question 1 - 5

Read the passage below and answer the questions that follow.

 

It was Cameron Aulner’s first day working at Walmart. Out of the

blue, a man started shouting, “Stop that man”. Aulner who had lost the

use of his legs eight years earlier in a fall from a roof, backed up his

wheelchair to avoid trouble. However, the voice grew louder and then

the man said something about a little girl.

 

Chris Belvin was shopping with his two young sons. It was his

younger son Keegan’s eighth birthday and they usually went to the store

to check out the toys. Belvin immediately noticed the scruffy man in

a tan baseball hat walking quickly down the aisles. The man did not

look like he was shopping. Then, Belvin heard the cry of a little girl,

“Somebody help me!”. Belvin overheard her frantically telling

someone that a man had just grabbed her backside. “Was he wearing

a black shirt and a tan baseball hat?” Belvin asked her. When she said

yes, he took off to find him.

 

He spotted the man walking rapidly towards the door. Belvin

yelled, “Stop him! That man had just molested a little girl.” Then he

saw Cameron Aulner leave his station and wheeled himself in front of

the assailant at the perfect time. The suspect crashed into him, and

Cameron fell out of his chair. Belvin and two other men ran over to

them, while Aulner struggled to hang on to the suspect, whom he had

dragged to the floor as he went down. While one of the other men

helped Aulner back into his chair, Belvin jerked the suspect to his feet

and the suspect given up. The assailant was later led out in hand cuffs by

the police officer on the scene. Aulner said he acted on instinct, adding

“I do not think of myself as a hero. I just did what is right.”

 

 

1. Why was Aulner in a wheelchair?

a. He was working at Wallmart.

b. He was paralysed due to a fall from a roof.

c. He had lost the use of his legs since he was eight years old.

d. He had a fall onto a roof eight years earlier.

 

2. Why was Belvin at Walmart?

a. It was his daughter’s birthday.

b. He wanted to shop for some groceries.

c. It was his eighth wedding anniversary.

d. He wanted to check out the toys.

 

3. Which word has the same meaning as ‘scruffy’?

a. unkempt

b. immaculate

c. prudent

d. vicious

 

4. What made Belvin single out the man in the tan baseball hat as the

assailant?

a. A little girl cried for help.

b. The man walking slowly down the aisles.

c. The man did not look like he was shopping.

d. The man molested a little girl

 

5. The word ‘instinct’ in the passage can be best replaced with ...

a. gut reaction

b. satisfaction

c. talent

d. virtue


6. What was the writer’s parents’ thought about a laptop?

A. It is without educational benefit

B. It is a useful learning instrument

C. It can cause internet addiction

D. They were very excited about it

 

7. Which of the following words can best replace the word ‘foundation

in the passage?

A. basis

B. evidence

C. endorsement

D. authorization

 

8. Below are the activities on how the writer spends her time except …

A. Record and upload videos

B. play online games

C. online social networking and instant messaging

D. download movies and TV series

 

9. ‘I finally realised that my habit had negatively impacted my life.

What habit is the write is referring to?

A. Sleeping late

B. Not prioritising schoolwork

C. Wasting time

D. Internet addiction

 

10. Below are ways one can avoid the above habit, except ...

A. Keeping yourself active

b. Establish a daily routine

C. Having a hobby or other interests

D. Be discreet and keep to oneself


Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut

Untuk Join Telegram: https://t.me/rujukanptdm41

 

SHARE DAN FORWARDKAN KEPADA AHLI GROUP WHATSAPP DAN TELEGRAM JAWATAN PTD 2020.

Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/rujukanptdm41

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal