Pages

Set Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 2019.

on Saturday, 21 October 2017

Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD2017


MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Tarikh Peperiksaan : 16 Mei 2019 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi hingga 12:25 tengah hari
Sila layari laman web :
http://e-semakanntt.spa.gov.my

Set Soalan Seksyen A, Seksyen B,  Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.


Set Soalan Seksyen A, Seksyen B, Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini disediakan khas kepada calon yang akan mengadapi peperiksaan pada 16 Mei 2019 (Khamis). Suka pihak kami ingatkan, ini hanyalah set CONTOH soalan dan BUKAN soalan ramalan atau soalan bocor.



Contoh Soalan & Jawapan 
Seksyen A (Pengetahuan Am)
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1.       Antara kenyataan berikut, yang manakan jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan Sumber Manusia?

A.      Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
B.      Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C.      Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D.      Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.


2.       Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?

A.      Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
B.      Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C.      Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D.      Kementerian Sumber Manusia



3.       Berikut adalah agensi kerajaan yang ditadbir oleh Kementerian Kewangan KECUALI

A.      Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B.      Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
C.      Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
D.      Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta


4.       Berikut adalah penyataan yang benar mengenai Bank Negara Malaysia KECUALI

A.      Mengekalkan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan.
B.      Mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.
C.      Memberikan nasihat berkaitan dengan dasar mikroekonomi dan pengurusan hutang negara.
D.      Berperanan untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.




5.       Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

I.        Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.
II.      Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.
III.    Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.
IV.    Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV


6.       Di antara berikut, yang manakah BUKAN agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri?

A.      Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara
B.      Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
C.      Kastam Di Raja Malaysia
D.      Polis Di Raja Malaysia


7.       Semua pernyataan di bawah adalah benar mengenai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) KECUALI

A.      Sebagai Jabatan yang dinamik dan kompeten dalam pengurusan pertubuhan.
B.      Memantapkan hubungan baik dengan pertubuhan dan meningkatkan penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966.
C.      Mengurus rekod pengenalan diri yang sahih serta memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
D.      Mempastikan Pertubuhan-pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan dasar-dasar negara.



8.       Apakah kelayakan akademik yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai anggota polis?

I.        Konstabel Sokongan - Penilaian Menengah Rendah (PMR)
II.      Konstabel - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
III.    Kadet Sarjan - STPM/Diploma
IV.    Inspektor – Ijazah

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV



9.       Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet.

I.        Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara.
II.      Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara.
III.    Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali.
IV.    Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

A.      I, II sahaja
B.      III, IV sahaja
C.      I, II, IV sahaja
D.      I, II, III, IV

10.   Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri
A.      Ahli Majlis Raja-Raja
B.      Memilih Yang di-Pertuan Agong
C.      Melantik Ketua Menteri
D.      Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri



11.   Dalam merangka perpaduan nasional yang mempunyai berbilang kaum ini, Dasar Pendidikan telah dirangka bagi menggembleng usaha perpaduan. Berikut adalah antara inisiatif yang telah dilakukan dalam mencapai hasrat ini:

I.             Sistem persekolahan yang sama bagi semua.
II.            Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
III.           Sukatan pelajaran yang seragam.
IV.          Peperiksaan dan kurikulum yang seragam.

A             I, II sahaja                                                            B             I, II IV sahaja
C             II, III, IV sahaja                                                  D             I, II, III, IV


Contoh Soalan & Jawapan 
Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja


1.       Hariz menjual sebuah peralatan senaman dengan nilai RM9,750. Komisyen sebanyak RM2.50 diberikan kepada agen yang menjual peralatan tersebut. Kirakan jumlah sebenar yang diterima oleh Hariz.

A.      RM2,340.75
B.      RM2,500.00
C.      RM9,506.25
D.      RM9,750.00




2.       Faizal mempunyai X unit botol minyak masa tanpa cukai. Separuh daripadanya diserahkan kepada Junaidi untuk dijual. Jumlah botol minyak masak yang masih ada ialah 14 botol. Kirakan berapakan nilai X?

A.      56
B.      28
C.      14
D.      7



3.       4 2/3 jam – 2 jam 55 minit =

A.      2 jam 65 minit
B.      2 jam 45 minit
C.      1 jam 55 minit
D.      1 jam 45 minit


4.       Jisim bagi suatu electron ialah 8 x 10-25 g. Carikan jumlah jisim bagi 15 elektron, dalam g.
a)      1.2 x 10-25
b)      1.2 x 10-24
c)       1.2 x 10-23
d)      12 x 10-23
Penyelesaian:
               
Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik



5.       Rajah di bawah menunjukkan sebuah tangki kosong berbentuk kubus. Seorang pekerja mengisi sebanyak 80% air ke dalam tangki itu. Hitungkan isipadu air yang terdapat dalam tangki tersebut, dalam cm3.
Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
a)      1.728 x 107
b)      1.728 x 108
c)       1.728 x 109
d)      1.728 x 1010
Penyelesaian:

Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


6.       Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan set P, Q dan R. antara berikut yang manakah benar?


Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


7.       Encik Malek menjual sebuah van dengan harga RM9,800. Ia terpaksa memberi komisen sebanyak RM 2.50 untuk setiap ratus ringgit kepada broker yang mengendalikan jualan ini. Cari jumlah bersih wang yang diperolehi oleh Encik Malek.
a)      RM 9,506
b)      RM 9,994
c)       RM 9,587
d)      RM 9,555
Penyelesaian:

Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

8.       Pada jam 0725 sebuah kereta api bertolak dari Pekan A menuju Pekan B. Perjalanan mengambil masa 1 jam 55 minit. Selepas berhenti rehat selama 1/3 jam di Pekan B, kereta api itu bertolak pula menuju Pekan C dan perjalanan ini mengambil masa 2 jam 25 minit. Nyatakan waktu kereta api itu sampai di Pekan C.
a)      Jam 1205
b)      Jam 1170
c)       Jam 1150
d)      Jam 1135
Penyelesaian:


Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

9.       Dalam rajah di bawah, PQR san SQT ialah garis lurus. Nilai x ialah

Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

a)      10°
b)      25°
c)       15°
d)      20°
Penyelesaian:

Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik




10.    Nilai x dalam rajah di bawah ialah
Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
a)      45°
b)      30°
c)       20°
d)      15°

Dolar Amerika (USD)
5
6
7
8
Ringgit Malaysia (RM)
16.13
19.35
22.57
25.8

11.   Berdasarkan jadual di atas, kirakan kadar pertukaran Dolar Amerika dengan Ringgit Malaysia

A.      USD = 3.20
B.      USD = 3.23
C.      USD = 3.13
D.      USD = 3.03

12.   Sebuah cerek elektrik dijual dengan harga RM136, selepas diskaun 15%. Cari harga asal cerek elektrik tersebut.

A.      RM136
B.      RM147
C.      RM160
D.      RM199

13.   Fahmi mempunyai beberapa tin air yang berukuran 1 g hingga 10 g setiap satu. Tin air manakah yang patut diletakkan di sebelah kanan penimbang di bawah bagi mengimbangi penimbang tersebut, dan di jarak manakah tin air tersebut patut diletakkan di atas penimbang itu? Setiap satu senggat jarak penimbang bersamaan 1 cm.
Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

A.      10 g, pada jarak 6 cm
B.      6 g, pada jarak 5 cm
C.      9 g, pada jarak 6 cm
D.      9 g, pada jarak 5 cm

  
14.   Nombor apakah yang patut digantikan pada tanda soal dalam gambarajah di bawah?
Set soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
A.      40
B.      9
C.      12
D.      6
                                                                                   
15.   Nombor manakah yang akan menyambung susunan ini seterusnya?

432691, 16234, 4321

A.      213
B.      231
C.      123
D.      321


16.   53           :               358
79           :               9716
84           :               ?

A.      8432
B.      4812
C.      8412
D.      4832


17.   2/3 daripada pendapatan pasif Syahir ialah RM750. Kirakan jumlah keseluruhan pendapatan pasifnya.

A.      RM469
B.      RM698
C.      RM899
D.      RM1125


Jika anda merupakan calon peperiksaan bertulis PTD yang akan datang, anda memerlukan persediaan yang rapi dan teliti supaya anda lebih bersedia menjawap peperiksaan PTD. Apa yang anda perlukan sekarang ini ialah RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41. Dapatkan Segera Jika Anda benar-benar mahu lulus Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41.

Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41.

Peperiksaan Online JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 PADA 1 NOVEMBER 2014 (SABTU).PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN,SUKATAN PEPERIKSAAN, CONTOH SOALAN, PAKEJ RUJUKAN LENGKAP TERKINI, DESKRIPSI TUGAS, TANGGA GAJI.


Kepada calon yang berminat untuk membuat tempahan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/

JOIN GROUP FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA) UNTUK MENGETAHUI Info semasa, Nota, Rujukan, Tips Persediaan, Contoh-contoh soalan dan jawapan, perbincangan berkenaan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA). 

TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA 2020

on Tuesday, 3 October 2017

PANGGILAN TEMUDUGA  LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA U29


Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.

Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.


 LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA


Terbahagi kepada 10 jawatan :

§  Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
§  Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
§  Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
§  Latihan Jururawat
§  Latihan Jururawat Pergigian
§  Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
§  Latihan Juruteknologi Pergigian
§  Latihan Juru X-Ray
§  Latihan Penolong Pegawai Farmasi
§  Latihan Penolong Pegawai Perubatan


Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan :


§  Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
§  Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
§  Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
§  Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
§  Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
§  Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
§  Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

§   Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :
§  Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
§  Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
§  Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


Latihan bertaraf sijil


Terbahagi kepada 3 jawatan :

§  Latihan Jururawat Masyarakat
§  Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
§  Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan :
§  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
§  Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil:      
§  Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
§  Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;

§  Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Proses tapisan dalam Separa Perubatan

Sebelum anda diterima masuk ke dalam latihan Separa Perubatan, tapisan peperiksaan dan temuduga akan dijalankan bagi memilih calon-calon yang layak. Tapisan pertama bermula sejak calon mengisi borang permohonan di laman rasmi SPA. Calon-calon yang menepati syarat akan dipanggil ke peperiksaan Separa Perubatan. Di antara soalan-soalan yang bakal ditanya ialah Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil untuk tapisan temuduga.


Kriteria yang dinilai dalam temuduga Separa Perubatan

1.       Kelulusan akademik.

Periksa kembali kelulusan yang anda miliki.Adakah ianya menepati kriteria yang diperlukan? Adakah subjek yang anda ambil semasa SPM dahulu sama seperti yang tertulis di portal SPA? Adakah anda lulus subjek minimum seperti yang dikehendaki? Adakah anda lulus Ujian Lisan?Sekiranya tidak, anda bakal tersingkir awal-awal lagi. Anda akan gagal menyertai latihan Separa Perubatan buat selama-lamanya.


2.       Pengetahuan dan minat.

Panel penemuduga akan bertanyakan kepada calon mengenai Separa Perubatan dan hal ehwal yang berkaitan dengannya. Sebagai calon yang dipanggil ke sesi temuduga, anda perlu kaji setiap latihan yang ada dalam Separa Perubatan sebagai persediaan.Fokus kepada latihan yang anda pilih.Sebagai contoh Latihan Jururawat.Kumpulkan maklumat seperti ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang Jururawat.Selain itu, senaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan selaku Jururawat.


3.       Pengetahuan am.

Bahagian ini memang mencabar kerana anda perlu mengambil tahu banyak perkara.Buat satu senarai rujukan yang bermula dengan bidang kesihatan, ubat-ubatan, komputer, ekonomi dan isu semasa.Jawab soalan berpandukan fakta dengan membuat rujukan dari mana-mana sumber yang rasmi dan boleh dipercayai.


4.       Sikap dan perwatakan.

Penemuduga akan membuat penilaian berdasarkan sikap dan perwatakan yang anda tampilkan bermula dengan gerakan pertama anda masuk ke bilik temuduga, cara anda memberi salam, cara anda menjawab soalan, gerakan tangan, pandangan mata dan cara anda mengucapkan terima kasih. Semasa temuduga, anda mungkin akan menghadapi pelbagai bentuk pertanyaan termasuklah soalan berbentuk provokasi. Oleh itu anda perlu bijak mengawal emosi dan sentiasa ingat bahawa anda sedang ditemuduga.


5.       Kelancaran, kepetahan dan kercerdasan menjawab soalan.

Untuk menjawab soalan temuduga dengan lancar, anda perlukan persediaan dan latihan.Tampilkan bahawa anda merupakan seseorang yang gemar berkomunikasi dan berbincang.Upayakan untuk menjawab soalan tanpa tersekat-sekat.Bidang Separa Perubatan memerlukan seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan tugas.


6.       Penglibatan ko-kurikulum.

Semasa di sekolah dahulu, apakah kelab, persatuan dan unit beruniform pilihan anda?Aspek ini bakal mempengaruhi keputusan temuduga Separa Perubatan anda.Jika anda tidak mempunyai rekod ko-kurikulum yang baik, anda bakal kecundang.Untuk sukses dalam kerjaya Separa Perubatan, anda haruslah menjadi seseorang yang boleh bersosial dan bercampur dengan orang ramai.

Anda dipanggil ke temuduga Separa Perubatan ? Bukan mudah LULUS temuduga jika tiada persediaan awal. 





Contoh Soalan Dan Jawapan Temuduga Separa Perubatan.

Dalam setiap sesi temuduga, anda perlukan latihan sebagai persediaan sebelum menghadapi temuduga yang sebenar.Dalam nota ini anda dikehendaki membuat latihan bagi menghadapi temuduga separa perubatan.

Nota ini adalah simulasi untuk anda menjalankan latihan temuduga sebelum menghadapi temuduga Separa Perubatan yang sebenar. Oleh itu jadikan ia sebagai panduan sahaja dan elakkan daripada terlalu bergantung dengan soalan dan jawapan yang terdapat dalam nota ini.

Tujuan : Panel penemuduga akan bertanyakan soalan ini untuk melihat reaksi anda untuk memperkenalkan diri. Selain daripada menghilangkan rasa gementar calon, penemuduga mahu melihat kesediaan calon untuk berkhidmat dalam Separa Perubatan.


Soalan : Sila perkenalkan diri anda

Jawapan : Nama saya Mohamad Fattah bin Mohamad Fateh. Saya memiliki kelulusan cemerlang yang diperlukan dalam akademik dan aktif dalam ko-kurikulum di sekolah. Saya gemarkan aktiviti sosial dan aktiviti di luar kelas. Saya merupakan seorang yang berdisiplin dan amanah untuk memikul tanggung jawab dalam latihan Separa Perubatan.


Tip menjawab : Fokus jawapan yang menjurus ke arah Separa Perubatan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri anda.


1.      Kongsikan keputusan peperiksaan SPM anda

Tujuan : Panel penemuduga mahu melihat sejauh mana kesediaan anda untuk berkongsikan maklumat peperiksaan SPM yang mungkin cemerlang atau tidak cemerlang.


Soalan : Apa keputusan peperiksaan SPM anda yang lepas?

Jawapan : Saya mendapat A untuk kesemua subjek yang diperlukan untuk memasuki latihan Separa Perubatan dan mendapat status lulus bagi Ujian Lisan (jawab mengikut keputusan SPM anda).


Tip menjawab : Fokus jawapan pada subjek yang cemerlang dan memenuhi kriteria yang diperlukan dalam Separa Perubatan.


2.      Mengapa tidak sambung belajar di IPTA

Tujuan : Panel penemuduga hendak melihat bagaimana calon-calon menyelesaikan masalah dan membuat pilihan secara bijak sekaligus melihat latar belakang pengetahuan calon.


Soalan : Mengapakah anda tidak memilih untuk sambung belajar di IPTA?



Tip menjawab : Tonjolkan pengetahuan anda mengenai kelebihan yang bakal diperolehi apabila menyertai latihan Separa Perubatan.




3.      Pengalaman kerja sementara

Tujuan :Panel penemuduga mahu melihat bagaimana anda berdikari dan bergaul dengan masyarakat sebelum memohon latihan Separa Perubatan.Persamaan aktiviti kerja yang anda lakukan bakal memudahkan anda diterima ke dalam latihan.


Soalan : Apakah kerja sementara yang anda lakukan sebelum ini?

Jawapan :Saya menjadi juruwang di kedai pakcik selepas tamat peperiksaan SPM. Di situ saya belajar untuk berkomunikasi dengan orang ramai, bersabar dengan karenah pelanggan dan belajar membuat keputusan. Saya percaya pengalaman kerja ini akan dapat membantu saya berurusan dengan orang ramai jika diterima sebagai pelatih Separa Perubatan.


Tip menjawab : Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam latihan Separa Perubatan. Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.


4.      Kenapa memohon latihan Separa Perubatan

Tujuan soalan : Terdapat 10 bidang dalam latihan Separa Perubatan. Ada sebahagian calon yang ditawarkan lebih daripada 1 bidang.Oleh itu lakukan rujukan mengapa anda memilih bidang tersebut.


Soalan : Mengapakah anda memilih latihan Separa Perubatan?



Tip menjawab : Cari maklumat yang berkaitan dengan bidang latihan yang dipohon untuk menyokong jawapan anda.Buat senarai pendek tugas-tugas setiap jawatan dalam latihan Separa Perubatan Gred U29 supaya anda mudah ingat dan membuat rujukan.




4.1  Tugas Jurupulih Perubatan Anggota Gred U29



Soalan : Apakah contoh tugas-tugas seorang Jurupulih Perubatan Anggota Gred U29?

Jawapan : Di antara tugas-tugas seorang Jurupulih Perubatan Anggota Gred U29 ialah :

§  Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan elektrik.
§  Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
§  Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
§  Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
§  Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.



4.2  Tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29



Soalan : Apakah contoh tugas-tugas seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29?

Jawapan : Di antara tugas-tugas seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29 ialah :

§  Khidmat Teraputik dan Pemulihan
§  Merancang program rawatan
§  Melaksana program rawatan
§  Menilai program rawatan dan progres pesakit

§  Khidmat Pencegahan, Promotif dan Rundingan
§  Memberi nasihat mengenai penjagaan kesihatan personal.
§  Menyediakan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga pesakit supaya ketidakupayaan pesakit tidak menjadi lebih teruk.
§  Menyediakan program kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja.





4.3  Tugas Jururawat Gred U29



Soalan : Apakah contoh tugas-tugas seorang Jururawat Gred U29?

Jawapan : Di antara tugas-tugas seorang Jururawat Gred U29 ialah :

§  Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
§  Perawatan Kesihatan Keluarga
§  Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak
§  Perkhidmatan lawatan ke rumah
§  Perkhidmatan kesihatan di sekolah
§  Perkhidmatan perancang keluarga
§  Pendidikan kesihatan

§  Latihan - Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

§  Menyelia
§  Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
§  Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

§  Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

§  Penjagaan Pesakit
§  Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
§  Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
§  Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
§  Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

§  Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
§  Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.



Klik link di bawah untuk Tempahan Rujukan TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA:
Langkah Pembelian Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan
STEP 1 of 4





Anda akan dibawa ke laman ini setelah pakej dipilih. Isikan EMAIL ANDA





STEP 2 of 4

Isikan maklumat anda di sini dan pilih mode pembayaran (Bank Tempatan / Kad Kredit)





STEP 3 of 4
Selepas klik ‘PAY NOW’, anda akan di bawa ke laman ini untuk maklumat bank. SIMPAN URL laman ini.

Setelah selesai pembayaran, kembali ke laman ini dan isikan BANK PILIHAN anda ketika pembayaran dan KLIK HANTAR.

p/s Pastikan anda simpan bukti pembayaran (Slip transaksi/printscreen transaksi)





STEP 4 of 4
Selesai isi maklumat pembayaran di borang pada STEP 3, anda akan mendapat email dalam tempoh 3-5 minit. Semak email anda.

REPLY email tersebut dengan bukti pembayaran dan selepas itu Tim Infokerjaya akan buat semakan dan hantarkan akses dalam tempoh 24 – 48 jam


Atau
Kepada calon yang berminat untuk membuat tempahan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/

JOIN GROUP FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA) UNTUK MENGETAHUI Info semasa, Nota, Rujukan, Tips Persediaan, Contoh-contoh soalan dan jawapan, perbincangan berkenaan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA). 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal