Contoh Penulisan Resume Terbaik.
Terima kasih kerana anda telah pun mendaftar di laman
ini untuk mendapatkan panduan dan tips-tips yang berkaitan dengan kerjaya. Sehingga kini masih ada dalam kalangan kita, masih tidak tahu cara penulisan resume yang betul yang boleh menarik majikan untuk dipanggil temudaga. Malah, ada juga yang masih tidak mengetahui apa itu RESUME.
Dalam laporan percuma ini, saya akan kongsikan kepada anda 7 sebab yang sering
dilakukan dalam penulisan resume. Kesilapan-kesilapan ini dikatakan amat
kritikal kerana kerap dilakukan berulang kali dan tidak ada usaha yang serius
untuk menambah baik penulisan resume yang dilakukan.
Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu anda
dengan menyenaraikan 7 kesilapan utama yang sudah mulai serius di kalangan
pemohon pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda perlu
membaca dan menghindari 7 kesilapan utama ini. jika tidak, resume anda bakal
dihumban ke dalam longkang.
1. Copy & paste resume.
Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh resume
dari rakan yang sudah mempunyai resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah
mengubah maklumat tersebut kepada perkara yang berkaitan dengan diri anda.
Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulum juga diubah. Anda lupa satu
perkara yang perlu diubah iaitu susunan resume tersebut. Jadi elakkan sikap copy
& paste resume dan mulakan penulisan resume yang serius.
2. Crowded data.
Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui
kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima bekerja dalam syarikatnya. Jadi
anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua pencapaian yang pernah anda miliki
bermula dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlah perkara yang
tepat kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang perlu dengan keperluan
jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan
skop kerjaya yang anda pohon.
3. Tulisan atau font yang fancy.
Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik
perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil langkah untuk mencantikkan resume
anda. Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenis tulisan atau font.
Anda boleh gunakan font yang standard iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma.
Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan
majikan anda contohnya font atau tulisan tersebut berkerawang seperti
rekaan tulisan kad jemputan kahwin. Ini akan menyebabkan resume anda
diketepikan dan dilontarkan ke bakul sampah.
4. General resume.
Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar ke
bakal majikan anda disebuah syarikat. Resume yang sama juga anda hantar kepada
satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon
pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat
mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama.
Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai
lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume untuk satu permohonan.
Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan
yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.
5. Guna lebih dari 2 warna.
Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam
resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, hanya perlu gunakan
warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih sahaja. Paling
tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakat seksyen dalam
resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang
tertentu.
6. Cover letter/surat iringan.
Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya
perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda
memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon
meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga menenggelamkan
resume yang dihantar. Sebahagian daripada maklumat di dalam resume diterangkan
secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal
majikan anda untuk meneliti resume anda sekaligus beralih kepada resume pemohon
yang lain.
7. Tidak faham keperluan jawatan.
Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan
jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama
dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka
bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya
hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka
grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya
tidak sama.
Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan
skop kerja, tanggung jawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi
mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima.
Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan
pengetahuan yang ada, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat
disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.
Kesimpulan
Menghasilkan resume untuk memohon pekerjaan bukanlah
perkara yang main-main. Dari resume anda akan dinilaikan untuk diambil bekerja.
Dari resume jugalah anda akan ditemuduga. Pendek kata apa yang anda tulis dalam
resume sebenarnya mencerminkan diri anda, sikap anda dan tahap pengetahuan
anda. Biar pun anda memiliki kelulusan yang tinggi seperti diploma atau ijazah
tetapi tidak tahu menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh
bakal memberi impak kepada kerjaya anda.
Sekiranya anda benar-benar mahukan kerjaya yang
serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam kerjaya, anda haruslah mengambil
serius dengan cara penulisan resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk
menghasilkan resume yang berkualiti ialah dengan merujuk kepada panduan
penulisan resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan. Ramai rakyat
Malaysia yang sukses dalam kerjaya telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya
cadangkan anda mendapatkan panduan resume ini supaya anda tidak menghadapi
masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah untuk masa depan kerjaya
anda :