Pages

Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Akauntan Gred W41

on Wednesday 30 April 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Contoh #1 Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?

Contoh #2 Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?

 Contoh #3 Pada 28 Julai 2013, Khairul Asrol membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?

Contoh #4 Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?
 A. Kos Pembaikan
 B. Harga Kos Belian
 C. Nilai Skrap Aset
 D. Jangka Usia Penggunaan Aset

Contoh #5 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut? 
A. 28 
B. 49 
C. 56 
D. 62

Contoh #6 Berikut adalah maklumat harga dan kadar cukai model kereta X yang ditetapkan oleh Kerajaan kepada sebuah syarikat pengeluar kereta :

Harga kereta = RM30,000
Cukai eksais = RM22,500 (75%)

Jumlah = RM52,500

Cukai jualan = RM5,250 (10%)
Jumlah selepas cukai = RM57,750

Soalan :
Berapakah jumlah kutipan cukai eksais model X yang diperolehi oleh kerajaan jika syarikat kereta tersebut menjual sebanyak 138,730 buah kereta?

A. RM3,121,425,000
B. Boleh biaya pelajar IPTA 208,095 orang dengan RM15,000 seorang
C. 4,802,192 orang dapat BR1M dengan jumlah RM650 seorang
D. Belum cukup, tambah lagi cukai


Contoh #7 Kerajaan memperuntukan sebanyak RM17 juta untuk melaksanakan kempen kefahaman pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Soalan :
Berapakah nilai perbelanjaan yang digunakan untuk 1 hari jika kempen tersebut dilaksanakan selama 12 bulan?

A. RM46,575.34
B. Sama harga dengan sebuah rumah kos rendah
C. Sama dengan harga sebuah kereta nasional
D. Sama harga dengan 2 buah kereta nasional tanpa cukai

Dapatkan Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Akauntan W41


Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di; [+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan W41
Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan

TEMPAH SEKARANG KLIK DI SINI



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal