Pages

Showing posts with label Peperiksaan SPA Online. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan SPA Online. Show all posts

Nota Rujukan Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

on Thursday, 21 September 2017

PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41


MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41

Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM - 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM - 09:40 PM
Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/

PERHATIAN :
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.
"Calon juga boleh menyemak maklumat peperiksaan melalui aplikasi mobile (MySPAv2). Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/ semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!"


Gaji, Syarat Lantikan Dan Tugas PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41


Jadual Gaji Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41:


Gaji Minimum RM2,325.00
Gaji Maksimum RM9,637.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41:


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,325.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,635.65)

dan

(d)

(i) Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;

(iii) lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan

(iv) tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Area Control dan mendapat Area Control Rating.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) lulus kursus Area Control dan mendapat Area Control Rating; dan

(b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41:

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik 'Area Control' di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

Tempahan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 dan A41.


Pakej ini mengandungi:
+Huraian Format Terkini 2017!
+ 40++ Nota Ringkas
+ 60++ Contoh Soalan Seksyen A
+ Pecahan Seksyen
+ 40++ Contoh Soalan Seksyen B

Pakej Upgrade RM60.00
[+] Ebook Utama "Kawalan Trafik Udara"
[+] Ebook "Latih Tubi Pegawai Eksekutif"

Pakej Asas RM40.00
[+] Ebook Utama "Kawalan Trafik Udara"

DAPATKAN SEGERA DI https://goo.gl/FZ9j7Z


Atau
Kepada calon yang berminat untuk membuat tempahan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/
Tempahan dibuka pada jam 10AM 30 September sehingga jam 11.59PM 2 Oktober (3 hari sahaja).

JOIN GROUP FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA) UNTUK MENGETAHUI Info semasa, Nota, Rujukan, Tips Persediaan, Contoh-contoh soalan dan jawapan, perbincangan berkenaan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA). 

<< KLIK DI SINI UNTUK JOIN GROUP >> 






-----
DISCLAIMER

Laman jobkerajaan.com tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun sebarang agensi Kerajaan. Apa yang Laman jobkerajaan.com sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.
-------

Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

on Wednesday, 28 May 2014

Peperiksaan SPA Kini Online

Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

27 Mei 2014 menjadi tarikh mula hebahan peperiksaan Online oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ianya diumumkan serentak dengan peperiksaan kemasukan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM). Sebenarnya peperiksaan PPM ini adalah peperiksaan kedua menggunakan sistem online ini selepas peperiksaan Penolong Pegawai Arkib pada awal Mei 2014. Ianya merupakan transformasi yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan untuk calon dan penjimatan kos pengurusan peperiksaan
Menurut pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, kaedah terbaru ini dilaksanakan bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu lagi mengambil cuti untuk ke pusat peperiksaan yang ditetapkan seperti sebelum ini. Tambahan dari itu katanya lagi, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang merangkumi perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.
Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara”, ujar Tan Sri Mahmood Adam, pengerusi SPA

Kesan Positif Untuk Calon?

Kita di Tim Infokerjaya melihat ini sebagai satu gerak langkah yang sangat bagus dan menyelesaikan beberapa masalah pokok ketika perlaksanaan peperiksaan sebelum ini. Dalam sistem lama, calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan dan masalah yang timbul adalah;
·         Calon terpaksa mengambil cuti untuk hadir ke pusat peperiksaan
·         Pusat peperiksaan yang jauh. Ada sesetengah calon bekerja di Kuala Lumpur terpaksa pulang ke Perlis untuk mengambil peperikaan di kampung
·         Masalah ‘keinginan’ calon bertukar pusat peperiksaan
·         Masalah kegagalan menjumpai pusat peperiksaan. Banyak kes calon lewat sampai ke pusat peperiksaan kerana tidak menjumpai lokasi sebenar
Tahniah untuk SPA yang mendengar keluhan calon-calon sebelum ini dan memperkenalkan inisiatif peperiksaan online ini. Syabas! Diharapkan dengan perlaksaan ini akan menambah jumlah calon yang mengambil peperiksaan dan lebih ramai calon lulus peperiksaan SPA ini

Masalah Pada Calon?

banyak keluhan daripada calon peperiksaan Online SPA baru-baru ini. Ianya berkaitan sistem online ini. Rata-rata bergembira dengan perlaksanaan ini tetapi untuk calon yang hadir berlaku banyak kegusaran atas beberapa halangan teknikal yang berlaku. Antaranya yang sempat kami kumpulkan;
·         ‘Loading’ yang lambat
·         Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah
·         ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab
·         ‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
·         Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar
·         Telah menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab
Itu antara masalah yang timbul. Tidak dinyatakan masalah akses internet oleh calon dan masalah tiada akses yang kita anggap sebagai masalah yang boleh diatasi oleh calon sendiri. Masalah yang dinyatakan di atas adalah pada sistem peperiksaan online itu sendiri pada teknikaliti perlaksanaan.
Ianya adalah masalah biasa untuk sistem baru dan ada ruang untuk penambahbaikan dan pastinya ianya tidak dipandang enteng oleh pihak SPA.
Pada calon yang lalu, masalah ini besar bagi mereka kerana tidak tahu apa status peperiksaan yang lalu. Adakah peperiksaan itu ‘valid’ dan bagaimana pemarkahan mengambilkira ‘pop-up’ yang mengelirukan dan ada soalan yang dikatakan masih belum dijawab.

anda calon peperiksaan online?

Jika anda calon peperiksaan Online yang lalu, bagaimana pengalaman anda? Ada calon yang berjaya dan lancar dalam sesi online yang lepas tetapi ada juga yang mengalami masalah seperti yang dimaklumkan. Kami perlukan maklumbalas daripada anda untuk melihat apa lagi kelemahan dan kebaikan yang berlaku.
Kita akan cuba kumpulkan dan maklumkan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mereka perlukan ‘feedback’ daripada pengguna (calon) untuk proses penambahbaikan dan semakan sistem baru ini.
Sumber: Rujukan Kerjaya
tinggalkan maklumbalas anda menerusi komen di bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal