Pages

Maklumat Jawatan Pegawai Arkib S41

on Thursday, 27 March 2014



Pos ini diwujudkan untuk perkongsian jawatan Pegawai Arkib S41.


Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan jawatan ini.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Jabatan Arkib Negara
Gaji minimum: RM1,909.00
Gaji maksimum: RM8,644.00
Kadar kenaikan gaji tahunan: RM225.00


Syarat lantikan:

1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji Permulaan : RM2,112.86] dan

2. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

1. Mempunyai kelayakan di atas; atau
2. Lulus Peperiksaan Khas; dan
3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

Panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41. Dapatkan Sekarang --> DI SINI
Tempahan Boleh Dibuat Bermula Pada 25 MAC sehingga 30 MAC 2014 jam 11.59 PM SAHAJA.

Daftar Percuma Untuk Mendapatkan Rujukan Lengkap Pegawai Arkib S41 -> Klik Di Sini

Visi Arkib Negara Malaysia
Menjadi Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara yang unggul.
Misi Jabatan Arkib Negara Malaysia
Memastikan rekod negara yang bernilai kekal dipelihara, menyediakan perkhidmatan rujukan dan kemudahan penyelidikan  yang terbaik serta memasyarakatkan bahan arkib dan sejarah.

Objektif  Jabatan Arkib Negara Malaysia
1. Meningkatkan kecekapan pengurusan rekod kerajaan melalui khidmat nasihat dan penguatkuasaan Akta Arkib Negara 2003.
2. Meningkatkan kesedaran penjawat awam untuk memelihara rekod kerajaan yang bernilai sebagai memori institusi.
3. Memperolehi koleksi bahan arkib dari sumber tidak rasmi melalui hadiah, sumbangan, derma, pembelian dan sebagainya.
4. Memelihara bahan arkib sebagai warisan negara mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
5. Menggalakkan penggunaan bahan arkib sebagai sumber rujukan dan penyelidikan melalui kemudahan capaian.
6. Mempertingkatkan kesedaran dan penghayatan sejarah negara melalui penggunaan bahan arkib.
7. Memperluaskan penyebaran dan penggunaan bahan arkib melalui penggunaan teknologi terkini, pameran, penerbitan dan sebagainya.
8. Meningkatkan jumlah pelawat ke Arkib Negara dan Memorial melalui program dan aktiviti yang terancang.
Panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41. Dapatkan Sekarang --> DI SINI

Daftar Percuma Untuk Mendapatkan Rujukan Lengkap Pegawai Arkib S41 -> Klik Di Sini

Piagam Pelanggan 2012
Kami berjanji untuk:
1. Memastikan permohonan perkhidmatan konsultansi pengurusan rekod akan dijawab dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
2. Memaklumkan status permohonan kursus pengurusan atau pemeliharaan rekod dalam tempoh 1 bulan sebelum kursus dijalankan.
3. Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional yang TIDAK dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod, dalam tempoh 6 bulan dan bagi rekod elektronik 3 bulan, dari tarikh permohonan lengkap diterima.
4. Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional dan elektronik yang dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod, dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
5. Menghasilkan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian jabatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Bengkel Jadual Pelupusan Rekod.
6. Memperakui penerimaan rekod awam dalam tempoh 3 hari bekerja selepas rekod dipindahkan.
7. Memastikan bahan rujukan dapat disediakan dalam tempoh 1 jam kepada penyelidik dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap serta dalam media yang dibenarkan.
8. Memastikan permohonan pinjaman Jabatan diurus dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap.
9. Memberi jawapan kepada pertanyaan dan aduan pelanggan dengan menepati tempoh berikut:
i. akuan penerimaan dalam masa 1 hari bekerja.
ii. maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja.
10. Memberi keputusan permohonan lawatan berpandu ke Arkib Negara dan Memorial dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Fungsi Arkib Negara Malaysia

1. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan mengenai pengurusan rekod awam yang sistematik dan berkesan.
2. Mengesan, mengumpul menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
3. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatan-jabatan Kerajaan dan orang awam.
4. Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair.
5. Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah dikalangan orang ramai.
Panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41. Dapatkan Sekarang --> DI SINI

Buat persediaan dan tinggalkan mereka yang masih leka tunggu tarikh peperiksaan tanpa persediaan!
Salam sukses untuk anda.

Daftar Percuma Untuk Mendapatkan Rujukan Lengkap Pegawai Arkib S41 -> Klik Di Sini


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal