Peperiksaan SPA Kini Online
27 Mei 2014 menjadi tarikh
mula hebahan peperiksaan Online oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia (SPA). Ianya diumumkan serentak dengan peperiksaan kemasukan jawatan
Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM). Sebenarnya peperiksaan PPM ini adalah peperiksaan
kedua menggunakan sistem online ini selepas peperiksaan Penolong Pegawai Arkib
pada awal Mei 2014. Ianya merupakan transformasi yang dirancang bagi
meningkatkan kemudahan untuk calon dan penjimatan kos pengurusan peperiksaan
Menurut pengerusi SPA, Tan
Sri Mahmood Adam, kaedah terbaru ini dilaksanakan bagi memudahkan calon
mengambil peperiksaan tanpa perlu lagi mengambil cuti untuk ke pusat
peperiksaan yang ditetapkan seperti sebelum ini. Tambahan dari itu katanya
lagi, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan
peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang merangkumi perbelanjaan seperti
kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta
setahun.
“Ia membolehkan orang ramai menduduki
peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka
berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara”, ujar Tan Sri Mahmood Adam,
pengerusi SPA
Kesan Positif Untuk Calon?
Kita di Tim Infokerjaya melihat ini sebagai
satu gerak langkah yang sangat bagus dan menyelesaikan beberapa masalah pokok
ketika perlaksanaan peperiksaan sebelum ini. Dalam sistem lama, calon
dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan dan masalah yang timbul
adalah;
·
Calon terpaksa mengambil cuti untuk hadir ke
pusat peperiksaan
·
Pusat peperiksaan yang jauh. Ada sesetengah
calon bekerja di Kuala Lumpur terpaksa pulang ke Perlis untuk mengambil
peperikaan di kampung
·
Masalah ‘keinginan’ calon bertukar pusat peperiksaan
·
Masalah kegagalan menjumpai pusat peperiksaan.
Banyak kes calon lewat sampai ke pusat peperiksaan kerana tidak menjumpai
lokasi sebenar
Tahniah untuk SPA yang mendengar keluhan
calon-calon sebelum ini dan memperkenalkan inisiatif peperiksaan online ini.
Syabas! Diharapkan dengan perlaksaan ini akan menambah jumlah calon yang
mengambil peperiksaan dan lebih ramai calon lulus
peperiksaan SPA ini
Masalah Pada Calon?
banyak keluhan daripada calon peperiksaan
Online SPA baru-baru ini. Ianya berkaitan sistem online ini. Rata-rata
bergembira dengan perlaksanaan ini tetapi untuk calon yang hadir berlaku banyak
kegusaran atas beberapa halangan teknikal yang berlaku. Antaranya yang sempat
kami kumpulkan;
·
‘Loading’ yang lambat
·
Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan
masalah
·
‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab
walhal semua soalan telah dijawab
·
‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat
membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
·
Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang
memerlukan rujukan gambar
·
Telah menjawab semua soalan dan menekan link
selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab
Itu antara masalah yang timbul. Tidak
dinyatakan masalah akses internet oleh calon dan masalah tiada akses yang kita
anggap sebagai masalah yang boleh diatasi oleh calon sendiri. Masalah yang
dinyatakan di atas adalah pada sistem peperiksaan online itu sendiri pada
teknikaliti perlaksanaan.
Ianya adalah masalah biasa untuk sistem baru
dan ada ruang untuk penambahbaikan dan pastinya ianya tidak dipandang enteng
oleh pihak SPA.
Pada calon yang lalu, masalah ini besar bagi
mereka kerana tidak tahu apa status peperiksaan yang lalu. Adakah peperiksaan
itu ‘valid’ dan bagaimana pemarkahan mengambilkira ‘pop-up’ yang mengelirukan
dan ada soalan yang dikatakan masih belum dijawab.
anda calon peperiksaan online?
Jika anda calon peperiksaan Online yang lalu,
bagaimana pengalaman anda? Ada calon yang berjaya dan lancar dalam sesi online
yang lepas tetapi ada juga yang mengalami masalah seperti yang dimaklumkan. Kami
perlukan maklumbalas daripada anda untuk melihat apa lagi
kelemahan dan kebaikan yang berlaku.
Kita akan cuba kumpulkan dan maklumkan kepada
pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mereka perlukan ‘feedback’ daripada
pengguna (calon) untuk proses penambahbaikan dan semakan sistem baru ini.
Sumber: Rujukan Kerjaya
tinggalkan
maklumbalas anda menerusi komen di bawah