Pages

Persediaan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

on Saturday 18 October 2014

Peperiksaan Online JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 PADA 23 NOVEMBER 2016. Calon boleh buat semakan panggilan di laman http://e-semakan.spa.gov.my/online/atau semak email yang digunakan semasa mendaftar SPA.Tahniah diucapkan kepada calon yang dipamggil untuk peperiksaan online PTD kali ini. Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai Jawatan,Panduan Menduduki Peperiksaan,Sukatan Peperiksaan, Contoh Soalan, Pakej Rujukan Lengkap Terkini, Deskripsi Tugas, Tangga Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

Peperiksaan Online JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 PADA 1 NOVEMBER 2014 (SABTU).PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN,SUKATAN PEPERIKSAAN, CONTOH SOALAN, PAKEJ RUJUKAN LENGKAP TERKINI, DESKRIPSI TUGAS, TANGGA GAJI.
PEPERIKSAAN ONLINE JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PTD SECARA ONLINE

1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu.
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
3. Calon dikehendaki mendaftar masuk 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan.
6. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.
9. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan.

SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Seksyen pengetahuan am. Seksyen ini amat sukar untuk dibuat persediaan. Ianya mencakupi soalan sejarah, pentadbiran negara, pengetahuan am termasuk sukan, muzik dan lain-lain. Pernah satu tahun ditanya, 'Siapakah pengasas Google?'. Susah juga kan, yang penting anda sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Ianya untuk menguji kepekaan calon PTD dengan isu semasa
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

Contoh Soalan Seksyen A - Pengetahuan Am

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
Jawapan – B

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
Jawapan – D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik dan Akaun

(i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.
(iii) Konsep Matematik dan Akaun

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Contoh Soalan Seksyen B -Daya Menyelesaikan Masalah

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :

Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.
Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.
Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.
A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.

Jawapan – D

Penjelasan
Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.
Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.
Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.
Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.
Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah
A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.

B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.

C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.

D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.



Jawapan – C


Penjelasan
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

SEKSYEN C - UJIAN PSIKOMETRIK
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 15 minit
Soalan : (aneka pilihan)

Contoh Soalan Seksyen C -Ujian Psikometrik

1.      Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju         B. Tidak setuju

2.      Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya                B. Tidak
3.      Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

A. Ya                B. Tidak

Maklumat Jawatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41.

Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik dianggap sebagai satu kerjaya keramat dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Ianya adalah satu-satunya gred yang membolehkan penyandangnya menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan negara iaitu Ketua Setiausaha Negara. Ianya seolah satu kemestian yang jawatan No.1 perkhidmatan awam negara berapada pada skim gred 'M' yang bermula dengan M41 jurusan unjuran Pegawai Tadbir Diplomatik.
Antara tugasan PTD ialah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah / daerah / tempatan / tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan diplomasi antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. 
Bahkan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi juga merupakan kakitangan kerajaan yang memulakan perkhidmatan awal sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Ianya bukan semata-mata soal gaji jika hendak dikirakan, tetapi semuanya bermula dengan status dan peluang menjawat jawatan pengurusan negara dan lebih tepat jika disimpulkan yang ramai mahukan jawatan ini kerana..
Di setiap jabatan kerajaan, PTD mempunyai tempat khusus atau dalam kata lain, mereka datang sebagai orang besar untuk mengisi jawatan. Kita ketepikan persepti kakitangan kerajaan terhadap PTD yang dianggap anak emas kerajaan, tapi itulah hakikatnya. Jika anda baca akhbar, banyak keluhan dari pegawai kerajaan skim gred lain selalin gred M: PTD yang mempersoalkan peluang kenaikan tangga gaji lebih mudah kepada pegawai Gred M: PTD berbanding gred lain.
Itu kelebihannya, kenaikan tangga gaji yang pantas. Jika diikut senario, kebanyakan pegawai gred M41 akan lebih cepat naik ke M44 dan seterusnya. Maksimum masa khabarnya hanya 5 tahun untuk setiap kenaikan tapi untuk skim lain, amat sukar untuk kenaikan itu dan kebanyakannya berpencen tak sampai tangga gaji 54.
Memegang jawatan gred M: PTD ini menuntut anda menghadiri pelbagai mesyuarat kerana pandangan dari anda dianggap kritis dan berada pada tahap yang dihormati. Untuk itu pelbagai elaun lain yang bakal dinikmati oleh dan itu juga salah satu lelebihan jawatan ini
Jika nak disenaraikan keseluruhan kelebihan jawatan ini amatlah banyak tapi yang paling penting ialah ianya adalah satu gred yang memungkinkan anda menyandang jawatan pengurusan tertinggi dalam setiap jabatan/kementerian/agensi kerajaan dan sedikit masa dahulu ada kontroversi tentangan kemasukan pegaia gred M: PTD ke jabatan pelajaran negeri yang hanya dimonopoli oleh guru-guru gred DG.

Kelayakan untuk memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

 Mengikut senarai edaran oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, ada beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi. Setiap calon harus mempunyai;          
·         Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
·         Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
·         Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
·          lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
·     hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
·  memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

·         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gaji Permulaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD M41)

Gred  : M41 
Kumpulan  : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.  : Jabatan Perkhidmatan Awam
 Jadual Gaji : 
v  P1T1 RM1993.63 - P1T24 RM4718.25 
v  P2T1 RM2089.64 - P2T24 RM5001.98
v  P3T1 RM2189.83 - P3T24 RM5295.68
Di samping itu juga Pegawai M41 layak menerima imbuhan-imbuhan lain seperti;
·         Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM300
·         Imbuhan Tetap Perumahan RM250
·         Bantuan Sara Hidup (COLA) RM300
·         Pinjaman perumahan
·         Pinjaman komputer
·          Pinjaman kenderaan
·         Kemudahan rawatan perubatan
·         Lebih 30 jenis cuti
·         Biasiswa pelajaran
·         ....dan banyak lagi!
Itu belum termasuk kenaikan tangga gaji yang cepat, peluang kenaikan pangkat, elaun mesyuarat dan juga lain-lain kelebihan. Dalam kata mudah mahu disimpulkan, Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai kerjaya yang sangat cerah dalam Perkhidmatan Awam dan atas seba-sebab itulah ianya menjadi satu kecemburuan di kalangan penjawat awam yang lain!

Proses Ambilan PTD

Atas sebab eksklusif yang telah dinyatakan, kemasukan ke jawatan ini boleh dianggap antara yang paling sukar dalam gred perkhidmatan awam. Ianya ditapis dengan rapi melalui tahap-tahap ujian komprehensif yang mencakupi pengetahuan am, kemahiran menyelesaikan masalah, keadaan fizikal yang bagus, daya pemikiran kreatif dan kritis, kemahiran berucap dan banyak lagi mencakup skop kendiri yang bestari. Semuanya diuji pada awalnya melalui 3 tahap asas;
1 – Peperiksaan Online
2 - Temuduga
3 - Latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN
Tak hairanlah, kenapa setiap tahun ribuan calon GAGAL kerana tapisannya cukup rapi melibatkan pihak SPA, JPA dan INTAN. Anda boleh lihat ini statistik yang dikeluarkan oleh pihak SPA untuk tahun 2008, untuk ujian bertulis sahaja, hanya 17% sahaja yang lulus!!
Statistik Pengambilan PTD 2008
Sumber: Laporan Tahunan SPA 2008

Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD, Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan sedikit manfaat untuk anda. Menjawat jawatan ini menjadi idaman ramai graduan universiti tetapi kebanyakan calon mengambil mudah persediaan menghadapi penapisan pengambilan jawatan ini. Anda nampak sendiri statistik setiap tahun puluhan ribu yang dipanggil ke peperiksaan, jadi apa yang memebzakan calon yang layak dengan calaon GAGAL adalah kesungguhan dan persediaan mereka. Itu yang harus ada pada anda, faham kepada situasi persaingan puluhan ribu dan buat persediaan supaya anda lebih dari mereka yang lain danjika ianya berlaku anda hampir pasti lulus dan menjawat jawatan keramat ini. 

Jika anda merupakan calon peperiksaan bertulis PTD yang akan datang, anda memerlukan persediaan yang rapi dan teliti supaya seperti yang dikatakan tadi, anda 'lebih' dari calon kebanyakan.

Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41.

Peperiksaan Online JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 PADA 1 NOVEMBER 2014 (SABTU).PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN,SUKATAN PEPERIKSAAN, CONTOH SOALAN, PAKEJ RUJUKAN LENGKAP TERKINI, DESKRIPSI TUGAS, TANGGA GAJI.
Kepada calon yang ingin membuat tempahan atau  pembelian boleh terus  ke Laman Jualan Rujukan PTD Di Sini.

Untuk mengetahui Langkah-langkah pembelian boleh layari laman Cara Pembelian Rujukan PTD.

Kepada calon yang berminat untuk membuat tempahan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/

JOIN GROUP FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA) UNTUK MENGETAHUI Info semasa, Nota, Rujukan, Tips Persediaan, Contoh-contoh soalan dan jawapan, perbincangan berkenaan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA). 



Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
$ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)


13 September 2015 at 14:19

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal