Pages

Tips Exam dan Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri N41

on Friday 26 January 2018

 

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR GRED N41.

 

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

PENERANGAN SEKSYEN A : Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 


Seksyen A adalah berkaitan Pengetahuan Am. Anda diberikan masa untuk menjawab keseluruhan soalan. Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan.

 

Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

 

Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini.

 

ANTARANYA IALAH:

1.       KESULTANAN JOHOR

2.       CUTI KHAS JOHOR

3.       SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (SUK)

4.       KERAJAAN JOHOR

5.       JATA JOHOR

6.       PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) – JOHOR

7.       STRUKTUR ORGANISASI KERAJAAN PERSEKUTUAN

8.       MAJLIS RAJA – RAJA

9.       BADAN PERUNDANGAN

10.   MENTERI-MENTERI DI KEMENTERIAN

11.   Dan banyak lagi.

 

PENERANGAN SEKSYEN B: Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41

 

Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan

dengan pantas.

 

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

 

• Penyelesaian Masalah

Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan.

 

• Menginterpretasi Data

 

Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya dengan pecahan ‘Penyelesaian Masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

 

• Soalan Matematik

 

Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR (PT3) dan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan online ini.

 

• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

 

Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai masalah yang mencakupi gambarajah dan soalan-soalan berbentuk penyelesaian fikiran. Ianya kadangkala lebih kepada logik berfikir anda sendiri.

 

Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow

 

Contoh Soalan Seksyen A -Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

 

1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri kecuali

A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri

B. Terbubar dengan sendiri selepas 5 tahun

C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

D. Membuat enakmen dan ordinan

 

Jawapan : C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebuah badan perundangan di peringkat negeri.

 

2. Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?

A. Parlimen

B. Badan Kehakiman

C. Badan Berkanun Negeri

D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

 

Jawapan : B. Badan Kehakiman

Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.

 

 

3. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara Malaysia

I. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu Bertambah Mutu”

II. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia

IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

 

Jawapan : D. II, III dan IV

Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”.

 

 

4. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

A. Selangor

B. Pahang

C. Perak

D. Johor

 

Jawapan : D. Johor

Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5 negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu)

 

5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara.

A. Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970

B. Dicipta untuk perpaduan rakyat yang kukuh

C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun Negara

 

Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan tertumpu kepada bumiputera sahaja.

 

6. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI

A. India

B. Filipina

C. Singapura

D. Bangladesh

 

Jawapan : B. Filipina

Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel.

 

7. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah

A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.

B. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara-negara ASEAN

C. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasama ekonomi antara ASEAN

D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

 

Jawapan : D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN.

8. Logo olimpik mengandungi simbol bulatan yang mencerminkan

A. Penyatuan

B. Keharmonian

C. Semangat kesukanan

D. Jumlah benua di dunia

 

Jawapan : D. Jumlah benua di dunia

Penerangan : Bulatan itu mewakili lima benua di dunia

 

9. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling tinggi ialah di

A. Gunung Stong

B. Gunung Korbu

C. Gunung Tahan

D. Gunung Gayong

 

Jawapan : B. Gunung Korbu

Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia

 

Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

 

1. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang lebih daripada 34.5 tetapi kurang daripada 36.5?

A. 12.5 + 4.5 x 5

B. 36.5 ÷ 5 x 4

C. 13.5 x 5 + 5

D. 58.38 + 4 – 7

 

Jawapan : A. 12.5 + 4.5 x 5

36.5 < nilai < 34.5

= 12. 5 + (4.5 x 5)

= 12.5 + 22.5

= 35

(Hint : Lakukan pengiraan setiap pilihan jawapan. Pengiraan perlu mendahulukan pengiraan dalam kurungan, darab atau bahagi dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu) dan diikuti tambah atau tolak dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu)

 

 

2. Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m.

A. 3 Jam 45 Minit

B. 3 Jam 27 Minit

C. 3 Jam 20 Minit

D. 3 Jam 14 Minit

 

Jawapan : B. 3 Jam 27 Minit

Halaju = 110 km/j

380 000 m = 380 000 / 1000 = 380 km

Formula : Halaju = Jarak / Masa

Oleh itu,

Masa = Jarak / Halaju

= 380 km / 110 km/j

= 3.4545 jam

= 3 Jam + 0.4545 Jam

= 3 Jam 27 minit

Penukaran unit jam ke minit

1 Jam = 60 minit

= 0.4545 Jam x 60 minit

= 27.27 minit

 

 

3. Ketinggian anak pokok getah P, Q, R dan S adalah 165 cm, 170 cm,

168 cm dan 160 cm. Kirakan minima tinggi antara empat pokok tersebut.

A. 170 cm

B. 169 cm

C. 150 cm

D. 166 cm

 

Jawapan : D. 166 cm

Jumlah ketinggian

= (165 + 170 + 168 + 160) cm

= 663 cm

Minima tinggi

= 663 cm / 4

= 165.75 cm (~166 cm)

 

4. Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 380 orang pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 1/4 daripadanya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut.

A. 156 orang

B. 228 orang

C. 177 orang

D. 224 orang

 

Jawapan : B. 228 orang

Jumlah pelajar T4 = 380 orang

Pelajar Matematik Tambahan = 80%

= 80% x 380 orang

= 80/100 x 380 orang

= 0.8 x 380 orang

= 304 orang

Pelajar Gagal = 1/4

Pelajar Lulus

= 1 - 1/4

= 4/4 - 1/4

= 3/4 orang

Oleh itu, pelajar lulus

= 3/4 x 304 orang

= 0.75 x 304 orang

= 228 orang

 

 

 

5. Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya?

A. 2 Jam 15 Minit

B. 2 Jam 25 Minit

C. 2 Jam 35 Minit

D. 2 Jam 45 Minit

 

Jawapan : A. 2 Jam 15 Minit

Tempoh di tadika

= 9.00 pagi hingga 11.45 pagi

= 2 Jam 45 Minit

Tempoh pembelajaran

= Tempoh di tadika - masa rehat

= 2 Jam 45 Minit - 1/2 Jam

= 2 Jam 45 Minit - 30 minit

= 2 Jam 15 Minit

1 Jam = 60 minit

= 1/2 Jam x 60 minit

= 0.5 Jam x 60 minit

= 30 Minit

 

 

6. Maisarah membuat sebiji kek Almond Cheese. Dia memberi 2/5 daripada kek tersebut kepada rakannya dan 1/5 kepada jirannya. Berapakah baki kek Almond Cheese Maisarah ?

A. 1/5

B. 2/5

C. 3/4

D. ¼

 

Jawapan : B. 2/5

Kek Almond Cheese = 1 biji

Bahagian rakan = 2/5

Bahagian jiran = 1/5

Baki Kek

= 1 - 2/5 - 1/5

= 5/5 - 2/5 - 1/5

= 2/5

 

 

 

7. Di antara persamaan garis lurus dibawah, yang manakah mempunyai padanan yang selari.

A. y = x + 2 dan y - 4x + 1 = 0

B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

C. 2y = 5 + 6x dan 2y - 4x + 1 = 0

D. 3y - x = 6 dan 2y - 8 -x = 0

 

Jawapan : B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y = - 2x - 4 2y = - 4x + 8

m = -2 y = (- 4x + 8)/2

y = -2x + 4

m = -2

Susunkan persamaan dalam bentuk y = mx + c

Kedua-dua mempunyai kecerunan yang sama iaitu m = -2

Oleh itu, kedua-dua persamaan ini adalah selari

 

8. Gaji pokok Nora ialah RM 1200. Dia dibayar komisen 3% berdasarkan jualannya. Berapakah jualan minimum hingga ribu yang terdekat, supaya jumlah pendapatannya melebihi RM 2120 sebulan?

A. RM 6,000

B. RM 14,560

C. RM 53,600

D. RM 31 000

 

Jawapan : D. RM 31,000

Jumlah pendapatan > RM 2120

Minimum Jualan = RM x

RM 1200 + 3% Minimum Jualan > RM 2120

RM 1200 + (3/100) (RM x) > RM 2120

0.03 x > RM 2120 – RM 1200

0.03 x > RM 920

x > 920 / 0.03

x > RM 30,667

 

 

9. Suhu di sebuah bandar pada pukul 8 malam ialan -19°C. Enam jamkemudian, suhunya jatuh sebanyak 5°C sebelum naik semula sebanyak8°C lima jam berikutnya. Hitung suhu di bandar itu pada pukul 7 pagi.

A. -24°C

B. -16°C

C. -10°C

D. -1°C

Jawapan : B. -16°C

Jam 8 malam = - 19°C

6 jam kemudian = 8.00 malam + 6 jam = 2.00 pagi = -19 - 5 = - 24°C

5 jam berikutnya = 2.00 pagi + 5 jam = 7.00 pagi = -24 + 8 = -16°C

 

 

10. ( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8) , selesaikan.

A. -10 1/2

B. 27 1/2

C. -11 3/14

D. 9 2/15

 

Jawapan : A. -10 1/2

( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8)

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-1 3/8)]

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-11/8)]

= - 144/9 - [- 44/8]

= - 16 + 11/2

= - 32/2 + 11/2

= - 21/2

= - 10 ½

 

 

Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow

 

 

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

on Sunday 21 January 2018

Rujukan Khas membantu persediaan calon exam online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29.  Untuk peperiksaan 26 JANUARI ini ianya khusus untuk peperiksaan PENERBIT RANCANGAN Gred B41 & B29. Rujukan ini adalah versi terkini mematuhi format 2018.

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

Bukan buku tetapi ebook format PDF (softcopy) . 
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk muatturun ebook ini apabila bayaran disahkan.

Anda perlukan rujukan Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29 kerana ianya akan;

  • Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
  • Jelas format 2018! Jika anda menggunakan rujukan 2013 - 2017, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!
  • Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaimana soalan ditanya.

Rujukan Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29 ini mengandungi:

HURAIAN FORMAT TERKINI SESI 2018 Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2018 yang berbeza dengan 2013-2016. Ianya sebahagian dari format tahun 2017 tetapi ada bahagian yang tiada langsung dalam sesi kali ini. Bagaimana ianya boleh berlaku dan bagaimana penilaian untuk anda? Biar kami huraikan untuk anda!

HIMPUNAN NOTA RINGKAS PENILAIAN DAN PERJAWATAN Kalau anda nak studi sendiri semua memang berterabur lah. Jadi kami susunkan untuk anda NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi! Anda perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda! Penilaian SEKSYEN A akan mempunyai skop 'mencapah' yang sukar dijangka. Kami bantu anda!

CONTOH-CONTOH SOALAN SETIAP SEKSYEN Untuk berikan gambaran yang paling jelas, kami bekalkan anda dengan contoh soalan untuk setiap seksyen penilaian. Jawapan diberikan. Jadi ianya umpama latih tubi untuk anda. Bayangkan calon yang terus masuk exam tanpa tahu bagaimana ianya ditanya dan dinilai berbanding anda yang tahu struktur soalan. Anda masuk dengan lebih tenang berbanding mereka yang mungkin TERKEJUT bila tengok soalan!

PECAHAN SETIAP SEKSYEN Tahukah anda dalam setiap 'Seksyen' terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana 'pecahan dalam pecahan' tersebut! Ianya penting supaya persediaan anda lebih ter'arah' dan terpesong bila membuat persediaan.

APA KATA CALON EXAM YANG LEPAS MENGENAI RUJUKAN INI:

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29

Rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29


Jangan buang masa lagi, tinggalkan calon lain yang sedang leka tidak mengetahui senjata rahsia ini.
dapatkan di : 

http://semakan.info/penerbit/198

(Simpan Link ini untuk membuat tempahan Rujukan Penerbit Rancangan B41 dan B29)

Tempahan Rujukan Penerbit Rancangan dibuka Sehingga 25 Januari 2018. Dapatkan sebelum terlambat.











CONTOH SOALAN & RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENERBIT RANCANGAN GRED B41 DAN B29.

on Thursday 18 January 2018

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE PENERBIT RANCANGAN GRED B41 DAN B29


1) PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41
Tarikh Peperiksaan : 26 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 08:00 MLM - 09:15 MLM
2) PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B29
Tarikh Peperiksaan : 26 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 08:00 MLM - 09:15 MLM
PERHATIAN :
------------------
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B29 . Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41 .
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:15 malam.
PENERBIT RANCANGAN GRED B41 & B29


DOWNLOAD RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN AWAM JAWATAN:
[PENERBIT RANCANGAN GRED B41 & B29]

.
Rujukan ini mengandungi :
- Nota Khas bagi jawatan Penerbit Rancangan Gred B41 dan Gred B29.
- Contoh soalan dan Jawapan setiap seksyen.
- Huraian Format Peperiksaan Setiap seksyen.
- Huraian Penyelesaian Masalah Seksyen B.
- Teknik menjawap soalan Seksyen A dan B.
- Dan banyak lagi…
.

NAK LINK DOWNLOAD BAHAN RUJUKAN?

.
** Nota Rujukan bukan dalam bentuk fizikal tetapi Rujukan dalam fomat PDF yang boleh didownload melalui email. Tak perlu risau tentang pos, hanya download sahaja menggunakan PC, Laptop dan telefon.

Untuk fast respond dan supaya anda tidak ketinggalan untuk dapatkan rujukan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/


P/S: Hanya yang serius nak lulus exam Penerbit Rancangan B41 dan B29 26 Januari 2018.
.
P/s: Kongsikan kepada rakan lain yang sedang mencari bahan rujukan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B41 dan B29.
.
Terima Kasih.
.
SEMOGA BERJAYA KEPADA CALON PEPERIKSAAN ONLINE PENERBIT RANCANGAN GRED B41 DAN GRED B29.

PENERBIT RANCANGAN GRED B41 & B29

RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN AWAM JAWATAN:
[PENERBIT RANCANGAN GRED B41 & B29]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal