PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR GRED N41.
PENERANGAN SEKSYEN A : Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
Seksyen A adalah berkaitan Pengetahuan Am. Anda diberikan
masa untuk menjawab keseluruhan soalan. Soalan yang tercangkum dalam bahagian
ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan.
Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan
sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran.
Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana
anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan
isu-isu nasional.
Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya
soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi
kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini.
ANTARANYA IALAH:
1.
KESULTANAN JOHOR
2.
CUTI KHAS JOHOR
3.
SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (SUK)
4.
KERAJAAN JOHOR
5.
JATA JOHOR
6.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) – JOHOR
7.
STRUKTUR ORGANISASI KERAJAAN PERSEKUTUAN
8.
MAJLIS RAJA – RAJA
9.
BADAN PERUNDANGAN
10.
MENTERI-MENTERI DI KEMENTERIAN
11.
Dan banyak lagi.
PENERANGAN SEKSYEN B: Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41
Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama
sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat
semula dan soalan yang memerlukan pengiraan
dengan pantas.
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah
berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan
konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian
yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4
bahagian utama iaitu;
• Penyelesaian Masalah
Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu
teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang
diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas
‘grab’ apa yang disampaikan.
• Menginterpretasi Data
Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan
merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan
pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda
menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang
membezakannya dengan pecahan ‘Penyelesaian Masalah’ ialah dalam pecahan
tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam
bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang
perlu dinilai.
• Soalan Matematik
Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan
masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan
jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR (PT3) dan SPM sebagai
persediaan sebelum menduduki peperiksaan online ini.
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan
kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai
masalah yang mencakupi gambarajah dan soalan-soalan berbentuk penyelesaian
fikiran. Ianya kadangkala lebih kepada logik berfikir anda sendiri.
Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow
Contoh Soalan Seksyen A -Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.
1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri
kecuali
A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri
B. Terbubar dengan sendiri selepas 5 tahun
C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri
D. Membuat enakmen dan ordinan
Jawapan : C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat
negeri
Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebuah badan
perundangan di peringkat negeri.
2. Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan
kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia
daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?
A. Parlimen
B. Badan Kehakiman
C. Badan Berkanun Negeri
D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara
Kerajaan
Jawapan : B. Badan Kehakiman
Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam
menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.
3. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara
Malaysia
I. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu
Bertambah Mutu”
II. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu
III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga
Kebangsaan Malaysia
IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah
negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan : D. II, III dan IV
Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah
Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”.
4. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
A. Selangor
B. Pahang
C. Perak
D. Johor
Jawapan : D. Johor
Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5
negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu)
5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara.
A. Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970
B. Dicipta untuk perpaduan rakyat yang kukuh
C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia
D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun
Negara
Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di
Malaysia
Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan
tertumpu kepada bumiputera sahaja.
6. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI
A. India
B. Filipina
C. Singapura
D. Bangladesh
Jawapan : B. Filipina
Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel.
7. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah
A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber
pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.
B. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan
import dan eksport barangan negara-negara ASEAN
C. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat
kerjasama ekonomi antara ASEAN
D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan
kerjasama ekonomi antara negara
Jawapan : D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan
kerjasama ekonomi antara negara
Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam
ASEAN.
8. Logo olimpik mengandungi simbol bulatan yang mencerminkan
A. Penyatuan
B. Keharmonian
C. Semangat kesukanan
D. Jumlah benua di dunia
Jawapan : D. Jumlah benua di dunia
Penerangan : Bulatan itu mewakili lima benua di dunia
9. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling
tinggi ialah di
A. Gunung Stong
B. Gunung Korbu
C. Gunung Tahan
D. Gunung Gayong
Jawapan : B. Gunung Korbu
Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan
gunung tertinggi di semenanjung Malaysia
Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.
1. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang
lebih daripada 34.5 tetapi kurang daripada 36.5?
A. 12.5 + 4.5 x 5
B. 36.5 ÷ 5 x 4
C. 13.5 x 5 + 5
D. 58.38 + 4 – 7
Jawapan : A. 12.5 + 4.5 x 5
36.5 < nilai < 34.5
= 12. 5 + (4.5 x 5)
= 12.5 + 22.5
= 35
(Hint : Lakukan pengiraan setiap pilihan jawapan. Pengiraan
perlu mendahulukan pengiraan dalam kurungan, darab atau bahagi dari kiri ke
kanan (yang mana jumpa dahulu) dan diikuti tambah atau tolak dari kiri ke kanan
(yang mana jumpa dahulu)
2. Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung
anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m.
A. 3 Jam 45 Minit
B. 3 Jam 27 Minit
C. 3 Jam 20 Minit
D. 3 Jam 14 Minit
Jawapan : B. 3 Jam 27 Minit
Halaju = 110 km/j
380 000 m = 380 000 / 1000 = 380 km
Formula : Halaju = Jarak / Masa
Oleh itu,
Masa = Jarak / Halaju
= 380 km / 110 km/j
= 3.4545 jam
= 3 Jam + 0.4545 Jam
= 3 Jam 27 minit
Penukaran unit jam ke minit
1 Jam = 60 minit
= 0.4545 Jam x 60 minit
= 27.27 minit
3. Ketinggian anak pokok getah P, Q, R dan S adalah 165 cm,
170 cm,
168 cm dan 160 cm. Kirakan minima tinggi antara empat pokok
tersebut.
A. 170 cm
B. 169 cm
C. 150 cm
D. 166 cm
Jawapan : D. 166 cm
Jumlah ketinggian
= (165 + 170 + 168 + 160) cm
= 663 cm
Minima tinggi
= 663 cm / 4
= 165.75 cm (~166 cm)
4. Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 380 orang pelajar
tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 1/4
daripadanya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar
yang telah lulus peperiksaan tersebut.
A. 156 orang
B. 228 orang
C. 177 orang
D. 224 orang
Jawapan : B. 228 orang
Jumlah pelajar T4 = 380 orang
Pelajar Matematik Tambahan = 80%
= 80% x 380 orang
= 80/100 x 380 orang
= 0.8 x 380 orang
= 304 orang
Pelajar Gagal = 1/4
Pelajar Lulus
= 1 - 1/4
= 4/4 - 1/4
= 3/4 orang
Oleh itu, pelajar lulus
= 3/4 x 304 orang
= 0.75 x 304 orang
= 228 orang
5. Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul
9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat
anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran
anaknya?
A. 2 Jam 15 Minit
B. 2 Jam 25 Minit
C. 2 Jam 35 Minit
D. 2 Jam 45 Minit
Jawapan : A. 2 Jam 15 Minit
Tempoh di tadika
= 9.00 pagi hingga 11.45 pagi
= 2 Jam 45 Minit
Tempoh pembelajaran
= Tempoh di tadika - masa rehat
= 2 Jam 45 Minit - 1/2 Jam
= 2 Jam 45 Minit - 30 minit
= 2 Jam 15 Minit
1 Jam = 60 minit
= 1/2 Jam x 60 minit
= 0.5 Jam x 60 minit
= 30 Minit
6. Maisarah membuat sebiji kek Almond Cheese. Dia memberi
2/5 daripada kek tersebut kepada rakannya dan 1/5 kepada jirannya. Berapakah
baki kek Almond Cheese Maisarah ?
A. 1/5
B. 2/5
C. 3/4
D. ¼
Jawapan : B. 2/5
Kek Almond Cheese = 1 biji
Bahagian rakan = 2/5
Bahagian jiran = 1/5
Baki Kek
= 1 - 2/5 - 1/5
= 5/5 - 2/5 - 1/5
= 2/5
7. Di antara persamaan garis lurus dibawah, yang manakah
mempunyai padanan yang selari.
A. y = x + 2 dan y - 4x + 1 = 0
B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0
C. 2y = 5 + 6x dan 2y - 4x + 1 = 0
D. 3y - x = 6 dan 2y - 8 -x = 0
Jawapan : B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0
y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0
y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0
y = - 2x - 4 2y = - 4x + 8
m = -2 y = (- 4x + 8)/2
y = -2x + 4
m = -2
Susunkan persamaan dalam bentuk y = mx + c
Kedua-dua mempunyai kecerunan yang sama iaitu m = -2
Oleh itu, kedua-dua persamaan ini adalah selari
8. Gaji pokok Nora ialah RM 1200. Dia dibayar komisen 3%
berdasarkan jualannya. Berapakah jualan minimum hingga ribu yang terdekat,
supaya jumlah pendapatannya melebihi RM 2120 sebulan?
A. RM 6,000
B. RM 14,560
C. RM 53,600
D. RM 31 000
Jawapan : D. RM 31,000
Jumlah pendapatan > RM 2120
Minimum Jualan = RM x
RM 1200 + 3% Minimum Jualan > RM 2120
RM 1200 + (3/100) (RM x) > RM 2120
0.03 x > RM 2120 – RM 1200
0.03 x > RM 920
x > 920 / 0.03
x > RM 30,667
9. Suhu di sebuah bandar pada pukul 8 malam ialan -19°C.
Enam jamkemudian, suhunya jatuh sebanyak 5°C sebelum naik semula sebanyak8°C
lima jam berikutnya. Hitung suhu di bandar itu pada pukul 7 pagi.
A. -24°C
B. -16°C
C. -10°C
D. -1°C
Jawapan : B. -16°C
Jam 8 malam = - 19°C
6 jam kemudian = 8.00 malam + 6 jam = 2.00 pagi = -19 - 5 =
- 24°C
5 jam berikutnya = 2.00 pagi + 5 jam = 7.00 pagi = -24 + 8 =
-16°C
10. ( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8) , selesaikan.
A. -10 1/2
B. 27 1/2
C. -11 3/14
D. 9 2/15
Jawapan : A. -10 1/2
( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8)
= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-1 3/8)]
= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-11/8)]
= - 144/9 - [- 44/8]
= - 16 + 11/2
= - 32/2 + 11/2
= - 21/2
= - 10 ½
Peringatan: Ini
Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan
Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment