Pages

Contoh soalan dan Rujukan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

on Sunday 4 February 2018

 

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR GRED N41.

 

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

PENERANGAN SEKSYEN A : Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 


Seksyen A adalah berkaitan Pengetahuan Am. Anda diberikan masa untuk menjawab keseluruhan soalan. Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan.

 

Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

 

Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini.

 

ANTARANYA IALAH:

1.       KESULTANAN JOHOR

2.       CUTI KHAS JOHOR

3.       SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (SUK)

4.       KERAJAAN JOHOR

5.       JATA JOHOR

6.       PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) – JOHOR

7.       STRUKTUR ORGANISASI KERAJAAN PERSEKUTUAN

8.       MAJLIS RAJA – RAJA

9.       BADAN PERUNDANGAN

10.   MENTERI-MENTERI DI KEMENTERIAN

11.   Dan banyak lagi.

 

PENERANGAN SEKSYEN B: Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41

 

Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan

dengan pantas.

 

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

 

• Penyelesaian Masalah

Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan.

 

• Menginterpretasi Data

 

Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya dengan pecahan ‘Penyelesaian Masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

 

• Soalan Matematik

 

Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR (PT3) dan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan online ini.

 

• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

 

Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai masalah yang mencakupi gambarajah dan soalan-soalan berbentuk penyelesaian fikiran. Ianya kadangkala lebih kepada logik berfikir anda sendiri.

 

Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow

 

Contoh Soalan Seksyen A -Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

 

1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri kecuali

A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri

B. Terbubar dengan sendiri selepas 5 tahun

C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

D. Membuat enakmen dan ordinan

 

Jawapan : C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebuah badan perundangan di peringkat negeri.

 

2. Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?

A. Parlimen

B. Badan Kehakiman

C. Badan Berkanun Negeri

D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

 

Jawapan : B. Badan Kehakiman

Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.

 

 

3. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara Malaysia

I. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu Bertambah Mutu”

II. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia

IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

 

Jawapan : D. II, III dan IV

Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”.

 

 

4. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

A. Selangor

B. Pahang

C. Perak

D. Johor

 

Jawapan : D. Johor

Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5 negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu)

 

5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara.

A. Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970

B. Dicipta untuk perpaduan rakyat yang kukuh

C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun Negara

 

Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan tertumpu kepada bumiputera sahaja.

 

6. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI

A. India

B. Filipina

C. Singapura

D. Bangladesh

 

Jawapan : B. Filipina

Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel.

 

7. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah

A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.

B. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara-negara ASEAN

C. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasama ekonomi antara ASEAN

D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

 

Jawapan : D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN.

8. Logo olimpik mengandungi simbol bulatan yang mencerminkan

A. Penyatuan

B. Keharmonian

C. Semangat kesukanan

D. Jumlah benua di dunia

 

Jawapan : D. Jumlah benua di dunia

Penerangan : Bulatan itu mewakili lima benua di dunia

 

9. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling tinggi ialah di

A. Gunung Stong

B. Gunung Korbu

C. Gunung Tahan

D. Gunung Gayong

 

Jawapan : B. Gunung Korbu

Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia

 

Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

 

1. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang lebih daripada 34.5 tetapi kurang daripada 36.5?

A. 12.5 + 4.5 x 5

B. 36.5 ÷ 5 x 4

C. 13.5 x 5 + 5

D. 58.38 + 4 – 7

 

Jawapan : A. 12.5 + 4.5 x 5

36.5 < nilai < 34.5

= 12. 5 + (4.5 x 5)

= 12.5 + 22.5

= 35

(Hint : Lakukan pengiraan setiap pilihan jawapan. Pengiraan perlu mendahulukan pengiraan dalam kurungan, darab atau bahagi dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu) dan diikuti tambah atau tolak dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu)

 

 

2. Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m.

A. 3 Jam 45 Minit

B. 3 Jam 27 Minit

C. 3 Jam 20 Minit

D. 3 Jam 14 Minit

 

Jawapan : B. 3 Jam 27 Minit

Halaju = 110 km/j

380 000 m = 380 000 / 1000 = 380 km

Formula : Halaju = Jarak / Masa

Oleh itu,

Masa = Jarak / Halaju

= 380 km / 110 km/j

= 3.4545 jam

= 3 Jam + 0.4545 Jam

= 3 Jam 27 minit

Penukaran unit jam ke minit

1 Jam = 60 minit

= 0.4545 Jam x 60 minit

= 27.27 minit

 

 

3. Ketinggian anak pokok getah P, Q, R dan S adalah 165 cm, 170 cm,

168 cm dan 160 cm. Kirakan minima tinggi antara empat pokok tersebut.

A. 170 cm

B. 169 cm

C. 150 cm

D. 166 cm

 

Jawapan : D. 166 cm

Jumlah ketinggian

= (165 + 170 + 168 + 160) cm

= 663 cm

Minima tinggi

= 663 cm / 4

= 165.75 cm (~166 cm)

 

4. Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 380 orang pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 1/4 daripadanya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut.

A. 156 orang

B. 228 orang

C. 177 orang

D. 224 orang

 

Jawapan : B. 228 orang

Jumlah pelajar T4 = 380 orang

Pelajar Matematik Tambahan = 80%

= 80% x 380 orang

= 80/100 x 380 orang

= 0.8 x 380 orang

= 304 orang

Pelajar Gagal = 1/4

Pelajar Lulus

= 1 - 1/4

= 4/4 - 1/4

= 3/4 orang

Oleh itu, pelajar lulus

= 3/4 x 304 orang

= 0.75 x 304 orang

= 228 orang

 

 

 

5. Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya?

A. 2 Jam 15 Minit

B. 2 Jam 25 Minit

C. 2 Jam 35 Minit

D. 2 Jam 45 Minit

 

Jawapan : A. 2 Jam 15 Minit

Tempoh di tadika

= 9.00 pagi hingga 11.45 pagi

= 2 Jam 45 Minit

Tempoh pembelajaran

= Tempoh di tadika - masa rehat

= 2 Jam 45 Minit - 1/2 Jam

= 2 Jam 45 Minit - 30 minit

= 2 Jam 15 Minit

1 Jam = 60 minit

= 1/2 Jam x 60 minit

= 0.5 Jam x 60 minit

= 30 Minit

 

 

6. Maisarah membuat sebiji kek Almond Cheese. Dia memberi 2/5 daripada kek tersebut kepada rakannya dan 1/5 kepada jirannya. Berapakah baki kek Almond Cheese Maisarah ?

A. 1/5

B. 2/5

C. 3/4

D. ¼

 

Jawapan : B. 2/5

Kek Almond Cheese = 1 biji

Bahagian rakan = 2/5

Bahagian jiran = 1/5

Baki Kek

= 1 - 2/5 - 1/5

= 5/5 - 2/5 - 1/5

= 2/5

 

 

 

7. Di antara persamaan garis lurus dibawah, yang manakah mempunyai padanan yang selari.

A. y = x + 2 dan y - 4x + 1 = 0

B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

C. 2y = 5 + 6x dan 2y - 4x + 1 = 0

D. 3y - x = 6 dan 2y - 8 -x = 0

 

Jawapan : B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y = - 2x - 4 2y = - 4x + 8

m = -2 y = (- 4x + 8)/2

y = -2x + 4

m = -2

Susunkan persamaan dalam bentuk y = mx + c

Kedua-dua mempunyai kecerunan yang sama iaitu m = -2

Oleh itu, kedua-dua persamaan ini adalah selari

 

8. Gaji pokok Nora ialah RM 1200. Dia dibayar komisen 3% berdasarkan jualannya. Berapakah jualan minimum hingga ribu yang terdekat, supaya jumlah pendapatannya melebihi RM 2120 sebulan?

A. RM 6,000

B. RM 14,560

C. RM 53,600

D. RM 31 000

 

Jawapan : D. RM 31,000

Jumlah pendapatan > RM 2120

Minimum Jualan = RM x

RM 1200 + 3% Minimum Jualan > RM 2120

RM 1200 + (3/100) (RM x) > RM 2120

0.03 x > RM 2120 – RM 1200

0.03 x > RM 920

x > 920 / 0.03

x > RM 30,667

 

 

9. Suhu di sebuah bandar pada pukul 8 malam ialan -19°C. Enam jamkemudian, suhunya jatuh sebanyak 5°C sebelum naik semula sebanyak8°C lima jam berikutnya. Hitung suhu di bandar itu pada pukul 7 pagi.

A. -24°C

B. -16°C

C. -10°C

D. -1°C

Jawapan : B. -16°C

Jam 8 malam = - 19°C

6 jam kemudian = 8.00 malam + 6 jam = 2.00 pagi = -19 - 5 = - 24°C

5 jam berikutnya = 2.00 pagi + 5 jam = 7.00 pagi = -24 + 8 = -16°C

 

 

10. ( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8) , selesaikan.

A. -10 1/2

B. 27 1/2

C. -11 3/14

D. 9 2/15

 

Jawapan : A. -10 1/2

( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8)

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-1 3/8)]

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-11/8)]

= - 144/9 - [- 44/8]

= - 16 + 11/2

= - 32/2 + 11/2

= - 21/2

= - 10 ½

 

 

Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow

 

 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal