Pages

Contoh Soalan dan Tip Exam Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 2019

on Saturday 24 February 2018

JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41 (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)

Contoh Soalan dan Tip Exam Juruaudit W41


PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41 Dan PENOLONG JURUAUDIT W29 (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)


Tarikh Peperiksaan :13 SEPTEMBER 2019 (Jumaat)


Sila layari laman web :

http://e-semakanbcc.spa.gov.my/juruauditw41

Visi, Misi & Objektif Jabatan Audit Negara.


VISI JABATAN AUDIT NEGARA


Sebagai Institusi Audit yang lebih bebas dan profesional serta bertaraf antarabangsa.

MISI JABATAN AUDIT NEGARA


Melaksanakan pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan antarabangsa bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.


OBJEKTIF JABATAN AUDIT NEGARA (JAN)

  • Menyediakan Laporan Audit pada masanya untuk dikemukakan kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri
  • Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan Laporan secara bebas dan adil
  • Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan Auditi
  • Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan
  • Menjadi jabatan contoh dalam persekitaran negara maju 

Dasar & Objektif Kualiti Jabatan Audit Negara.


DASAR KUALITI


  • Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan dan pelaporan yang berkualiti dan profesional selaras dengan Standard Pengauditan Antarabangsa
  • Jabatan Audit Negara adalah komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua Objektif Kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan

OBJEKTIF KUALITI

  • Mengesahkan Penyata Kewangan, mengeluarkan Sijil Audit dan menyiapkan Laporan Audit dalam tempoh empat bulan selepas penerimaan Penyata Kewangan yang lengkap
  • Menyiapkan pengauditan Pengurusan Kewangan dan mengeluarkan laporan mengenainya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mula pengauditan
  • Memastikan Pengauditan Pengurusan Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Contoh Soalan daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29.

1. Min markah bagi 5 subjek ujian bulanan Zaza adalah 72.2 . Zaza mendapat 60 markah bagi subjek Sains, 78 markah bagi subjek Matematik, 55 markah bagi subjek Bahasa Inggeris, 72 markah bagi
subjek Pendidikan Seni dan markah cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu. Cari markah Bahasa Melayu yang diperoleh oleh Zaza.
A. 97
B. 98
C. 96
D. 99

Jawapan : C
Min = 72.2
Jumlah markah = 72.2 x 5 = 361
60 + 78 + 55 + 72 + Bahasa Melayu = 361
Bahasa Melayu = 361 - 267 = 96

2. Erin memerlukan 3 paket tepung gandum 500 gram dan 5 cawan susu cair 50 ml untuk membancuh dan membuat 6 biji kek susu yang sedap. Berapakah jumlah tepung dan air yang diperlukan oleh Erin untuk menyiapkan 1 biji kek?
A. 342 g tepung gandum dan 31.17 ml susu cair.
B. 250 g tepung gandum dan 41.67 ml susu cair.
C. 245 g tepung gandum dan 50.49 ml susu cair.
D. 355 g tepung gandum dan 20.27 ml susu cair.

Jawapan : BTepung gandum = 3 x 500 g = 1500 g
Susu cair = 5 x 50 ml = 250 ml
1500 g + 250 ml = 6 biji kek
Persamaan : X g + Y ml = 1 bji kek
Oleh itu, semua dibahagi dengan 6
X = 1500 g / 6 = 250 g
Y = 250 ml / 6 = 41.67 ml
  


3. Kilang W telah menghasilkan 35,496 buah kereta dalam masa seminggu.
Jika bilangan kereta yang dihasilkan sama setiap hari kecuali hari Jumaat
3,564 buah kereta. Hitungkan jumlah kereta yang dihasilkan dari hari Isnin
hingga Rabu.
A. 12987 buah
B. 14532 buah
C. 17306 buah
D. 15966 buah

Jawapan : DJumlah kereta seminggu = 35496 buah
Hari Jumaat = 3564 buah
Katakan setiap hari bilangan yang sama = y buah
Jumlah seminggu
35496 = Isnin + Selasa + Rabu + Khamis + Jumaat + Sabtu + Ahad
35496 = y + y + y + y + 3564 + y + y
35496 = 6y + 3564
6y = 35496 - 3564
6y = 31932
y = 5322
Jumlah kereta Isnin - Rabu = 3 hari x y
= 3 x 5322
= 15966 buah
 


Perlukan Rujukan JURUAUDIT GRED W41 & PENOLONG JURUAUDIT W29?


Jom join group Telegram dan invite calon yang lain!



Group Perbincangan, Rujukan, Tips persediaan, Contoh soalan, Format Peperiksaan JURUAUDIT GRED W41  DAN W29 khas exam 13 SEPTEMBER 2019 (Jumaat).



Share link ini kepada rakan yang lain:

https://go.semakan.info/juruaudit-w41/198


ATAU



Untuk fast respond dan supaya anda tidak ketinggalan untuk dapatkan rujukan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/



** Nota Rujukan bukan dalam bentuk fizikal tetapi Rujukan dalam fomat PDF yang boleh didownload melalui email. Tak perlu risau tentang pos, hanya download sahaja menggunakan PC, Laptop dan telefon.



P/S: Hanya yang serius nak lulus exam JURUAUDIT GRED W41 Dan W29  pada 13 SEPTEMBER 2019 (Jumaat).

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal