Rujukan Exam Online Separa Perubatan 2018
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah Mengumumkan bahawa Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Semenanjung / Sabah / Sarawak) akan diadakan pada 29 March 2018.
Maklumat Umum Jawatan Peperiksaan Separa Perubatan
Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi email / sms / surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan. Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.
Latihan Bertaraf Diploma
Terbahagi kepada 10 jawatan :
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
- Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Latihan Jururawat § Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan :
- Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
- Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
- Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
- Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
- Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :
- Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Latihan Bertaraf Sijil Terbahagi kepada 3 jawatan :
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan :
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan; § Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
RUJUKAN PANTAS Berkaitan Tugas & Skop Jawatan Separa Perubatan
1. Kemoterapi
- Rawatan ini membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat
- Dijalankan dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka.
- Digunakan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor
- Mempunyai 3 jenis iaitu :
- Neo-Adjuvan – Sebelum pembedahan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor.
- Adjuvant – Selepas pembedahan untuk membendung penyebaran sel kanser yang mungkin terlepas.
- Palliatif – tahap akhir untuk mengawal sel kanser
- Rawatan kemoterapi ialah proses yang berbeza untuk individu berbeza
- Kemoterapi tidak pernah menyakitkan kerana dirawat sebagai pesakit luar
- Kesan biasa selepas kemoterapi ialah loya dan muntah
- Sel darah putih akan berkurangan ketika rawatan untuk tempoh sebentar sahaja
- Pesakit akan mengalami letih dan lesu dari biasa selepas kemoterapi
- Kemoterapi adalah ubat kuat yang memudaratkan dan perlu pemantauan doktor
- Kemoterapi menjadi penawar yang memanjangkan hayat dan mengurangkan simptom penyakit
- Tidak semua kemoterapi menyebabkan keguguran rambut
- Makanan dan herba tidak boleh diambil semasa rawaran kemoterapi kerana ia akan mengurangkan keberkesanan kemoterapi atau meningkatkan kesan sampingan.
2. Program derma organ
- Jika anda mendaftarkan nama anda di Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan mengizinkan organ dan tisu anda digunakan untuk transplan selepas anda mati.
- Usia muda atau tua boleh mendaftar nama sebagai penderma organ dan tisu.
- Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dahulu.
- Pendermaan organ ialah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia mati.
- Transplantasi (pemindahan organ) ialah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah mati.
- Organ-organ yang boleh didermakan ialah :
- Buah pinggang
- Jantung § Hati (heper)
- Paru-paru
- Pankreas
- Tisu-tisu yang boleh didermakan ialah :
- Mata
- Tulang
- Kulit
- Injap jantung
- Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh 2 orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
- Isu pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.
- Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
- Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci hama.
- Pembedahan dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman.
- Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya.
- Selepas organ dan tisu diperolei luka pembedahan itu akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal.
- Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib seperti mana pembedahan-pembedahan biasa.
- Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa.
- Tiada paksaan untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu.
- Anda hanya perlu memaklumkan keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ tersebut kepada Pusat Sumber Transplan Nasional.
- Selepas organ dan tisu diperoleh daripada tubuh penderma maka jenazah akan dibersih, dikafan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin.
- Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
- Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma untuk jadi penderma organ.
- Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional.
- Kad penderma anda hendaklah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
- Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga anda untuk memudah serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda nanti.
- Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak.
- Untuk melaksanakan pemindahan ini, anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma.
- Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati otak tersebut.
- Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi.
- Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.
3. Probiotik
- Merupakan mikro organism yang baik
- Contoh probiotik ialah makanan seperti dadih (yougurt), susu kultur, budu, cencaluk dan belacan. § Probiotik turut ada dalam pisang, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh mil.
- Membantu mencegah kanser usus
- Probiotik menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien dan pada masa sama menghasilkan vitamin, seperti vitamin B-12.
- Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria probiotik
- Probiotik menyokong sistem pertahanan usus dengan mengekalkan kesihatan sel usus.
- Ia turut melindungi daripada kesan berbahaya oleh organisma berjangkit yang memasuki usus.
- Membantu mengurangkan kesan toksin berbahaya dan bahan yang boleh menyebabkan kanser yang berkemungkinan dihasilkan di dalam usus.
- Membantu perkembangan sistem imun dengan meningkatkan populasi bakteria baik di dalam usus untuk mengelakkan penyakit berbahaya di dalam perut.
4. Zat makanan dan fungsinya
Karbohidrat :
- Menyediakan sumber tenaga utama yang diserap pantas ke dalam sistem tubuh manusia.
- Memberikan separuh daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
- Terdiri daripada gula (gula, sirap, glukos, laktos, madu), kanji kentang, (tepung gandum, kanji, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, pektin dan gam.
- Banyak terkandung dalam bijiran seperti gandum, beras dan sepertinya.
- Mengandungi zat contohnya asid amino.
- Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
- Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
Lemak :
- Mempunyai nilai kalori lebih 2 kali ganda yang didapati daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh.
- Tenaga penting yang tersimpan di dalam tubuh untuk menjalankan sebarang aktiviti.
- Bertindak sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan.
- Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
- Membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga.
- Mengandungi vitamin asid lemak dan larut lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
- Pengambilan lemak berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.
- Lemak yang tidak digunakan tersimpan dalam badan dan mengakibatkan seseorang itu gemuk.
- Lemak yang berlebihan juga boleh menyumbat saluran arteri dan menyebabkan penyakit jantung koronari.
Galian :
- Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik.
- Berfungsi dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.
- Zat mineral banyak terkandung dalam susu dan telur.
- Banyak terdapat dalam sayuran dan buah.
Vitamin :
- Bahan kimia yang terdapat dalam makanan.
- Membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas protein, makanan, lemak dan karbohidrat.
- Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan bahan genetik, hormon, sel darah dan kimia dalam sistem saraf.
- Vitamin dan mineral, protein dan lemak tidak memberikan kalori tetapi membantu badan mendapat tenaga dari tubuh, tidak seperti karbohidrat.
Pelawas :
- Pelawas atau serat dalam diet permakanan membantu mengelak sembelit dan penghadaman.
- Buah segar dan sayuran (termasuk buah kering) dan bijirin merupakan sumber utama serat.
- Minum banyak air untuk meningkatkan kebaikan serat.
5. Fibroid semasa mengandung
- Fibroid menimpa wanita tanpa sebarang tanda
- Ia hanya disedari setelah fibroid tersebut membesar
- Wanita di antara 30 hingga 50 tahun berisiko berisko ditimpa fibroid
- Ibu yang mengandung menghasilkan lebih estrogen membuatkan fibroid jadi aktif
- Fibroid yang membesar akan menekan pundi kencing pesakit
- Fibroid pada ruang endometrium atau submukosa dinding rahim menyukarkan pesakit hamil kerana saluran fallopio menjadi sempit.
Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online Separa Perubatan
1. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah
I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. tekak
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Jawapan : A. I dan II
2. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI
A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam
Jawapan: A. Pening
3. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah
A. 135 mmHg
B. 140 mmHg
C. 145 mmHg
D. 150 mmHg
Jawapan: B. 140 mmHg
4. Di antara berikut, yang manakah bukan objektif Intergrasi Nasional?
A. Melaksanakan program Integrasi Nasional ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu.
B. Menjayakan program bentuk Lawatan Integrasi antara wilayah dan negeri ke arah mempercepatkan lagi proses perpaduan negara.
C. Memperkukuhkan kesedaran serta penghayatan cintakan negara dan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
D. Memelihara, memupuk dan meningkatkan persefahaman beragama dan kebudayaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Jawapan: B
5. Apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan A. Gastrik
B. Sakit di bahagian perut
C. Sakit di bahagian kerongkong
D. Gastroesophageal Reflux Disease
Jawapan: D
6. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI
A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV
Jawapan: A
7. Sawan demam berlaku akibat daripada
A. Perubahan cuaca yang mendadak
B. Apabila suhu badan mencecah 39˚C
C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
D. Perubahan gelombang otak secara mengejut
Jawapan: D
8. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?
A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta
Jawapan : C
9. Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?
A. Mengandungi zat contohnya asid amino.
B. Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
Jawapan: C
Berminat untuk dapatkan Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan?
Jom join Group Telegram Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2018,tip persediaan, contoh soalan dan jawapan, rujukan dan nota beserta format terkini.
Klik link untuk join group telegram :
Sejak tahun 2009 Tim Infokerjayatelah bantu ribuan calon berjaya
Sesi peperiksaan Separa Perubatan yang terakhir adalah pada MAC 2017 yang lalu. Antara yang telah berjaya dalam sesi awal tahun ini;
Jom join Group Telegram Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2018,tip persediaan, contoh soalan dan jawapan, rujukan dan nota beserta format terkini.
Klik link untuk join group telegram :
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment