Pages

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Online PSEE Pembantu Operasi N11

on Saturday 23 November 2019

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEMBANTU OPERASI GRED N11 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan secara rasmi, tarikh Peperiksaan Online Bagi Jawatan Pembantu Operasi N11 akan diadakan pada Tarikh berikut:

PEMBANTU OPERASI GRED N11   KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN

Sila layari laman web spa untuk semakan Jadual Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).

Deskripsi Tugas Bagi Jawatan Pembantu Operasi N11:


Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Sumber: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

PENERANGAN FORMAT  PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.

Bagi Sesi Peperiksaan Online Pembantu Operasi N11 pada kali ini (29/11/2019), format peperiksaan adalah satu seksyen sahaja iaitu Seksyen A: Daya Mennyelsaikan Masalah. 

Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat. Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

HURAIAN SEKSYEN A: Daya Menyelesaikan Masalah bagi Jawatan Pembantu Operasi N11



Pecahan 1 : Penyelesaian Masalah




Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan.

Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;


1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut:

Peguambela : “Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : “Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera”
Profesor Ekonomi : “Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”
Penganggur : “Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”

A. Penguambela
B. Jururawat
C. Profesor ekonomi
D. Penganggur

Jawapan: D

Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh
diterima kerana jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh. Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya.

Pecahan 2 : Menginterpretasi Data


Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya.

Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;


Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.
1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050

Jawapan : B
Pendapatan bercukai = RM8500
Rujuk jadual, pendapatan bercukai RM8500 terletak dalam row RM7500 - RM10000. Cukai dikenakan pada RM7500 adalah RM675. Lebihan pendapatan bercukai (RM8500 - RM7500 = RM1000) dikenakan cukai sebanyak 15%. Oleh itu,
RM7500 ---> cukai RM675
RM1000 ---> cukai 15% x RM1000 = RM150
Jumlah cukai = RM675 + RM150 = RM825

Pecahan 3 : Soalan Matematik


Soalan-soalan dalam Seksyen A juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR (PT3) dan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan online ini.

Berikut adalah contoh soalan dalam pecahan ‘Soalan Matematik’ bagi Seksyen A;

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut.

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu
untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28

Pecahan 4 : Pemerhatian dan Logik (Lebih kurang IQ Test)


Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai masalah yang mencakupi gambarajah dan soalan-soalan berbentuk penyelesaian fikiran. Ianya kadangkala lebih kepada logik berfikir anda sendiri.

Contoh soalan yang mencakupi pecahan ini ialah :

1. Manakah antara lima binatang di bawah sangat berbeza dari empat ekor
yang lain?
A. Kerbau
B. Kancil
C. Kangaroo
D. Lembu

Jawapan: C

TIP PENTING: Jika anda lihat soalan tersebut, Kangaroo adalah jawapan tetapi mengapa? Cari persamaan antara kelima haiwan di atas dan persamaan ketara ialah semua haiwan tersebut berasal (origin) di Malaysia kecuali Kangaroo. Akan ada banyak soalan berbentuk begini tetapi apa yang penting ialah anda lihat kesemua jawapan dan cari titik persamaan/ perbezaan.

CONTOH SOALAN SEKSYEN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU OPERASI N11.


1. Jisim sebuah lori yang mempunyai muatan 33 guni beras ialah 3.50 tan metrik. Berapakah jisim seguni beras itu jika jisim lori tersebut ialah 1840 kg? 

A. 55.70 kg 
B. 45.60 kg 
C. 60.00 kg 
D. 50.30 kg

2. Ammar dan Aminah mempunyai 3 orang anak iaitu Syahmi, Saiful dan Salim. Syahmi berumur 15 tahun manakala nisbah umur Saiful kepada Salim ialah 2 : 5. Diberi Salim berumur 25 tahun. Berapakah umur Saiful? 

A. 10 
B. 15 
C. 20 
D. 25

3. Anjalie berjalan kaki sejauh 250 langkah dalam masa 240 saat. Berapakah masa yang diambil olehnya untuk berjalan sejauh 600 langkah? 

A. 5 minit 6 saat 
B. 5 minit 36 saat 
C. 9 minit 6 saat 
D. 9 minit 36 saat

4. Jika NEGARAKU ialah 37521240, maka RAGA + RAGU = ? 

A. 1252 
B. 1250 
C. 2502 
D. 2050

5. Aisyah memandu teksi dari bandar A ke bandar B, sejauh 80 km. Laju purata ke bandar B ialah 60 km sejam dan balik semula ke bandar A dengan laju 100 km sejam. Jumlah masa, dalam jam yang diambilnya untuk seluruh perjalanan itu ialah 

A. 1 1/3 
B. 4/5 
C. 2 2/15 
D. 3 1/15

6. M ialah titik tengah bagi garis lurus AB. Diberi A(-2,1) dan B(4,-7). Cari koordinat titik tengah M bagi garis lurus AB. 

A. (3 , 2) 
B. (2, 3) 
C. (1 , -3) 
D. (4 , 3)

7. Seorang pelumba basikal mengayuh dengan laju 12 m/s selama 2 jam 12 minit. Hitung jumlah jarak, dalam km, yang dilalui oleh pelumba basikal itu.

A. 95.04 km 
B. 98.20 km 
C. 102.40 km 
D. 105.80 km 

8. Hafizah mempunyai 9 1/4 m reben. Reben Munazzah adalah 4 5/12 m lebih panjang daripada reben Hafizah. Reben Elias adalah 4/3 daripada jumlah panjang reben Hafizah dan Munazzah. Berapakah panjang reben Elias? 

A. 9 1/3 m 
B. 18 5/6 m 
C. 24 1/2 m 
D. 30 5/9 m 

9. Malik mendapat gaji sebanyak RM 1800 sebulan. Dia menggunakan 40% daripada pendapatannya untuk membayar ansuran rumah dan 80% daripada bakinya untuk simpanan. Selebihnya digunakan untuk perbelanjaan harian. Hitungkan simpanannya setiap bulan. 

A. RM 216 
B. RM 331 
C. RM 400 
D. RM 864 

10. Diberi pola nombor 27, 81, 243, X , 2187, 6561. Apakah nilai X dalam pola nombor tersebut? 

A. 729 
B. 972 
C. 1215 
D. 1458 

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini Bagi Jawatan Pembantu Operasi N11. Jiaka anda perlukan lebih banyak Contoh soalan, Dapatkan Rujukan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Melalui Pautan berikut:


• 70 contoh soalan beserta jawapan (jalan kira disediakan)
• Formula matematik
• Penerangan format
• dan banyak lagi tip persediaan

Rujukan ebook ini akan membantu anda MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA, kerana anda akan dibekalkan nota, formula ringkas Matematik, contoh soalan dan jawapan beserta cara penyelesaian jawapan, dan banyak lagi tip persediaan yang terkandung dalam ebook ini. Semuanya bagi memudahkan bantuan persediaan exam anda.

Rujukan ini terdapat  3 seksyen, pilih seksyen daya menyelesaikan masalah kerana untuk exam Pembantu Operasi N11 kali ini hanya seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Pilih rujukan Seksyen Daya menyelesaikan Masalah.

Harga ebook rujukan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Rm40.00.

Rujukan dalam format pdf, tidak perlu tunggu pos. Link download akan dihantar melalui email selepas pembayaran disahkan.

Lihat Testimoni / maklumbalas dari calon yang telah menggunakan rujukan ini: 

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU OPERASI GRED N11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN.

TEMPAH RUJUKAN ANDA SEKARANG KERANA MASA SEMAKIN SUNTUK. TINGGALKAN CALON LAIN, GUNAKAN SENJATA RAHSIA INI. ANDA PERLU BUAT PERSEDIAAN YANG TERBAIK KERANA ANDA AKAN BERSAING DENGAN RIBUAN CALON.

KLIK IMEJ DI BAWAH UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN RUJUKAN.


CARA PEMBELIAN SECARA PEMBAYARAN ONLINE ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1- Klik link pembelian di bawah untuk ke laman Jualan.
[+] http://semakan.info/seksyen/198  (Klik tempah atau beli sekarang)

2- Pilih pakej DAYA MENYELESAIKAN MASALAH dan Klik tempah/beli sekarang.

3- Masukkan alamat email utama peribadi anda (BUKAN ALAMAT email pejabat untuk mengelakkan kesulitan pada sistem kami). Pastikan email diisi dengan betul kerana rujukan akan dihantar melalui email yang didaftarkan.

4- Selepas email diisi, klik Proceed to checkout.

5- Isikan maklumat yang diperlukan. Sila abaikan ruang coupon, biarkan kosong.

Selepas semua maklumat diisi, tandakan kotak kecil disebelah tulisan I have read and i accept the terms.

6- Pilih Mode pembayaran (Online Banking). klik pay now. Pembayaran Anda akan terus dibawa ke akaun Infokerjaya.

7- Selesaikan pembayaran. Rujukan akan dihantar selepas pembayaran disahkan.


CARA PEMBELIAN SECARA PEMBAYARAN MANUAL/CASH DEPOSIT mohon WhatsApp admin untuk dapatkan nombor akaun.

Sekian, untuk makluman..

Mohon sebarkan dan Share kepada yang lain yang mungkin belum tahu info ini.

Terima kasih.
Salam sukses dari admin,

Jika terdapat sebarang masalah, boleh hubungi admin melalui link berikut :

Fauzi
Admin page FB Newskerjaya
Admin group FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA)

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal