Pages

Contoh Soalan dan Jawapan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Siasatan Gred P29.

on Sunday 5 January 2020


PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29 DI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan secara rasmi, tarikh Peperiksaan Online Bagi Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan diadakan pada Tarikh berikut:

TARIKH: 15 Januari 2020 (Rabu)

Sila layari laman web spa untuk semakan Jadual Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)


Deskripsi Tugas Bagi Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29:

  • Aspek Siasatan
  • Aspek Perisikan
  • Aspek Pendidikan Masyarakat
  • Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
  • Aspek Perundangan dan Pendakwaan
  • Aspek Penyelidikan dan Perancangan
  • Aspek Latihan
  • Aspek Keselamatan
  • Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am


Sumber: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

PENERANGAN FORMAT  PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29 DI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.



Bagi Sesi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 (15/01/2020), format peperiksaan adalah dua seksyen sahaja iaitu Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris.

Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat. Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;



• Penyelesaian Masalah

• Menginterpretasi Data

• Soalan Matematik

• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)


HURAIAN SEKSYEN A: Daya Menyelesaikan Masalah bagi Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29. 

Pecahan 1 : Penyelesaian Masalah
  
Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan.

Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;


1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut:
  
Peguambela : “Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.

Jururawat : “Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera”

Profesor Ekonomi : “Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”

Penganggur : “Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”



A. Penguambela

B. Jururawat

C. Profesor ekonomi

D. Penganggur



Jawapan: D



Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh

diterima kerana jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh. Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya.



Pecahan 2 : Menginterpretasi Data


Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya.



Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;


Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) Pegawai Siasatan Gred P29




1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815

B. RM 825

C. RM 820

D. RM 1,050

Jawapan : B

Pendapatan bercukai = RM8500

Rujuk jadual, pendapatan bercukai RM8500 terletak dalam row RM7500 - RM10000. Cukai dikenakan pada RM7500 adalah RM675. Lebihan pendapatan bercukai (RM8500 - RM7500 = RM1000) dikenakan cukai sebanyak 15%. Oleh itu,

RM7500 ---> cukai RM675

RM1000 ---> cukai 15% x RM1000 = RM150

Jumlah cukai = RM675 + RM150 = RM825



Pecahan 3 : Soalan Matematik


Soalan-soalan dalam Seksyen A juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR (PT3) dan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan online ini.

  
Berikut adalah contoh soalan dalam pecahan ‘Soalan Matematik’ bagi Seksyen A;


1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut.



A. 28

B. 49

C. 56

D. 62



Jawapan: A



Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28



Pecahan 4 : Pemerhatian dan Logik (Lebih kurang IQ Test)


Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai masalah yang mencakupi gambarajah dan soalan-soalan berbentuk penyelesaian fikiran. Ianya kadangkala lebih kepada logik berfikir anda sendiri.

  
Contoh soalan yang mencakupi pecahan ini ialah :

  
1. Manakah antara lima binatang di bawah sangat berbeza dari empat ekor

yang lain?

A. Kerbau

B. Kancil

C. Kangaroo

D. Lembu
  
Jawapan: C


TIP PENTING: Jika anda lihat soalan tersebut, Kangaroo adalah jawapan tetapi mengapa? Cari persamaan antara kelima haiwan di atas dan persamaan ketara ialah semua haiwan tersebut berasal (origin) di Malaysia kecuali Kangaroo. Akan ada banyak soalan berbentuk begini tetapi apa yang penting ialah anda lihat kesemua jawapan dan cari titik persamaan/ perbezaan.


Penerangan Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Siasatan Gred P29 


Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris
Bagi pecahan Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan Jawapan. Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin Panjang. Bilangan soalan ditanya antara 5 - 10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan yang diberikan.

Dalam pecahan Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris, ia boleh menguji anda tentang tatabahasa iaitu penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.

JOIN CHANNEL TELEGRAM PENOLONG PEGAWAI SIASATAN P29 UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK CONTOH SOALAN BESERTA JAWAPAN:




Contoh Soalan Dan Jawapan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah P29, Tonton Video Berikut:



Dapatkan Rujukan Penuh Penolong Pegawai Siasatan P29 melalui link berikut:


:memo:Ada bonus tambahan khas untuk anda  jika buat pembelian melalui link tempahan dari laman ini. PASTIKAN BUAT PEMBELIAN MELALUI LINK DI ATAS UNTUK LAYAK MENERIMA BONUS TAMBAHAN DARI ADMIN.


:memo:Bonus update percuma rujukan ebook selama 3 tahun untuk jawatan yang sama.


:memo:aDMIN Admin juga akan berikan personal support untuk anda membuat tempahan rujukan sehingga anda berjaya download rujukan



Sebarang pertanyaan atau bantuan tempahan rujukan whatsapp admin melalui link berikut :


http://rujukan.wasap.my (fauzi)

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal