Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 |
Maksud Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.
Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Tugas sebagai Pegawai Tadbir diplomatik sebagaimana dirujuk dalam laman web SPA adalah;
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Proses Ambilan PTDSecara ringkasnya sejak tahun 2009, calon harus melalui 3 proses ambilan iaitu;
Calon yang lulus temuduga antara tahun 2009 – 2010 ada yang diserap terus kepada jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik tetapi selepas itu calon yang lulus temuduga ditawarkan jawatan PTD Kontrak. Pada tahun 2013 satu perubahan besar diimplimentasikan iaitu semua calon yang lulus temuduga dimasukkan sebagai Kadet PTD. Dalam proses ini mereka akan dilatih dan perlu melalui latihan termasuk latihan fizikal di kem-kem INTAN terpilih. Bermula tahun 2013, terdapat tambahan pada proses ambilan PTD;
Apa itu Programme Assessment Center (PAC)?Ertinya anda sudah masuk ke tahap ke-2 selepas berjaya
tapisan peperiksaan online sebelum ini. Sesi ini adalah peringkat tapisan
seterusnya dimana calon yang lulus akan layak untuk ditemuduga. Untuk sesi
2016/2017 berlaku perubahan format penilaian dengan kemasukan ujian fizikal di
bawah skim Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Peringkat tapisan ini akan menguji anda daripada segi
fizikal anda seperti ukuran berat badan, berlari, dan aktiviti yang melibatkan
penggunaan tenaga anda. Manakala daripada segi mental, anda bakal diuji
menggunakan fikiran untuk menjawab soalan, menyelesaikan masalah dan pelbagai bentuk
ujian fikiran untuk melihat tahap pengetahuan dan kecerdasan mental anda. Oleh
itu, untuk sesi PAC ini anda akan berdiri di atas kaki sendiri “totally on your
own”. Sesi PAC akan berlangsung di tempat khas yang ditetapkan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kebiasaannya PAC akan berlangsung di
Institut Tadbir Negara (INTAN) selama 2 hari 1 malam. Namun ia bergantung
kepada maklumat panggilan anda. Pastikan anda semak betul-betul maklumat
panggilan anda supaya anda lebih bersedia dan tidak mengalami sebarang masalah
pada hari PAC sebenar kelak. Bawa keperluan yang disenaraikan dan datang pada
tarikh dan masa yang ditetapkan. Penilaian PAC.Penilaian PAC merangkumi seperti berikut :
Bagi kerja dalam kumpulan, anda harus bersikap
proaktif dalam menyelesaikan tugasan dalam kumpulan. Elakkan daripada bersikap
pasif dan diam membisu. Berusaha untuk melontarkan idea, menjadi pendengar yang
baik dan tonjolkan sikap kerjasama anda dalam kumpulan. Pengucapan awam meguji kemahiran anda
menyampaikan hujah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi pengucapan awam,
selain daripada melihat kelancaran anda berhujah dalam kedua-dua bahasa ini,
hujah anda mestilah mengandungi isi atau intipati yang baik. Berhujah tanpa isi
kandungan sama sahaja seperti bercakap kosong. Akhiri pengucapan awam anda
dengan rumusan yang baik dan pastikan anda patuhi masa yang ditetapkan. Penulisan esei pula menguji tahap penulisan anda
dan kelancaran anda berhujah melalui penulisan. Anda diberi soalan dan anda
harus menjawab soalan dalam bentuk tulisan tangan. Oleh itu, pastikan tulisan tangan
anda boleh dibaca dengan baik. Penulisan esei ini juga menguji anda menulis
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ujian psikologi menguji kecerdasan mental anda.
Ujian fitness menguji tahap kecerdasan anda dalam aktiviti fizikal seperti anda
diminta berlari, melakukan senaman dan mengharungi rintangan. Manakala saringan
kesihatan anda akan diuruskan oleh panel kesihatan yang dilantik oleh SPA
sewaktu sesi PAC. Tiada ruang untuk anda sebagai calon PAC mengelak daripada
menjalani setiap ujian ini. Nasihat kami, bersedia daripada segi mental dan
fizikal anda lebih awal sebelum hadir ke PAC. Apa itu Kadet PTD?Kadet PTD akan menjalani Kursus Kadet PTD selama 1 tahun termasuk 7 bulan kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang dikatakan sangat mencabar. Ianya adalah satu ujian persediaan dalam melahirkan Pegawai PTD yang berkualiti tinggi sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul dalam menguruskan negara.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir DiplomatikJika dipanggil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dapatkan versi penuh rujukan Terkini peperiksaan online jawatan "PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK" Untuk calon peperiksaan ptd, anda boleh menggunakan rujukan terkini Tipsptd yang telah membantu calon berjaya sejak tahuk 2009. Ianya ditambahbaik setiap tahun dan disesuaikan dengan format dan isu terkini. Rujukan yang dikeluarkan pada tahun - tahun yang lepas sudah lapuk dan tidak lagi boleh digunakan untuk peperiksaan terkini. Bagi pembeli yang lama, semak semula email anda untuk medapatkan pakej kemaskini secara percuma. Join telegram berikut untuk dapatkan Versi Terkini Rujukan PTD: Contoh Soalan Dan jawapan Seksyen A, B dan C, Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 Sesi 27 Ogos 2020.Seksyen A -Pengetahuan Am1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri
kecuali A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri B. Terbubar dengan sendiri selepas 5 tahun C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri D. Membuat enakmen dan ordinan Jawapan : C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebuah badan
perundangan di peringkat negeri. 2. Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan
kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia
daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan? A. Parlimen B. Badan Kehakiman C. Badan Berkanun Negeri D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara
Kerajaan Jawapan : B. Badan Kehakiman
Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam
menjalankan kuasa-kuasa kehakiman. 3. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara
Malaysia I. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu
Bertambah Mutu” II. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga
Kebangsaan Malaysia IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah
negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV Jawapan : D. II, III dan IV
Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah
Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”. 4. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu A. Selangor B. Pahang C. Perak D. Johor Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5
negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) 5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara. A. Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 B. Dicipta untuk perpaduan rakyat yang kukuh C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun
Negara Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia
Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan
tertumpu kepada bumiputera sahaja.
6. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI A. India B. Filipina C. Singapura D. Bangladesh Jawapan : B. Filipina
Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel. 7. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber
pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta. B. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan
import dan eksport barangan negara-negara ASEAN C. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat
kerjasama ekonomi antara ASEAN D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama
ekonomi antara negara Jawapan : D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara
Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam
ASEAN. 8. Logo olimpik mengandungi simbol bulatan yang mencerminkan
A. Penyatuan B. Keharmonian C. Semangat kesukanan D. Jumlah benua di dunia Jawapan : D. Jumlah benua di dunia
Penerangan : Bulatan itu mewakili lima benua di dunia 9. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling
tinggi ialah di A. Gunung Stong B. Gunung Korbu C. Gunung Tahan D. Gunung Gayong Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan
gunung tertinggi di semenanjung Malaysia. 10. Berikut adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh
UNESCO di Malaysia KECUALI A. Langkawi B. Taman Negara Mulu C. Bandaraya Melaka Jawapan :
A. Langkawi
Penerangan :
Pilihan B, C dan D adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO
kecuali Langkawi (pusat pelancongan dan bebas cukai). Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Jika dipanggil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dapatkan versi penuh rujukan Terkini peperiksaan online jawatan "PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK" Untuk calon peperiksaan ptd, anda boleh menggunakan rujukan terkini Tipsptd yang telah membantu calon berjaya sejak tahuk 2009. Ianya ditambahbaik setiap tahun dan disesuaikan dengan format dan isu terkini. Rujukan yang dikeluarkan pada tahun - tahun yang lepas sudah lapuk dan tidak lagi boleh digunakan untuk peperiksaan terkini. Bagi pembeli yang lama, semak semula email anda untuk medapatkan pakej kemaskini secara percuma. Join telegram berikut untuk dapatkan Versi Terkini Rujukan PTD: Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah1. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang
lebih daripada 34.5 tetapi kurang daripada 36.5? A. 12.5 + 4.5 x 5 B. 36.5 ÷ 5 x 4 C. 13.5 x 5 + 5 D. 58.38 + 4 – 7 Jawapan : A. 12.5 + 4.5 x 5 36.5 < nilai < 34.5 = 12. 5 + (4.5 x 5) = 12.5 + 22.5 = 35
(Hint : Lakukan pengiraan setiap pilihan jawapan. Pengiraan
perlu mendahulukan pengiraan dalam kurungan, darab atau bahagi dari kiri ke
kanan (yang mana jumpa dahulu) dan diikuti tambah atau tolak dari kiri ke kanan
(yang mana jumpa dahulu) 2. Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung
anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m. A. 3 Jam 45 Minit B. 3 Jam 27 Minit C. 3 Jam 20 Minit D. 3 Jam 14 Minit Jawapan : B. 3 Jam 27 Minit Halaju = 110 km/j 380 000 m = 380 000 / 1000 = 380 km Formula : Halaju = Jarak / Masa Oleh itu, Masa = Jarak / Halaju = 380 km / 110 km/j = 3.4545 jam = 3 Jam + 0.4545 Jam = 3 Jam 27 minit Penukaran unit jam ke minit 1 Jam = 60 minit = 0.4545 Jam x 60 minit
= 27.27 minit 3. Ketinggian anak pokok getah P, Q, R dan S adalah 165 cm,
170 cm, 168 cm dan 160 cm. Kirakan minima tinggi antara empat pokok
tersebut. A. 170 cm B. 169 cm C. 150 cm D. 166 cm Jawapan : D. 166 cm Jumlah ketinggian = (165 + 170 + 168 + 160) cm = 663 cm Minima tinggi = 663 cm / 4 = 165.75 cm (~166 cm) 4. Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 380 orang pelajar
tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 1/4
daripadanya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar
yang telah lulus peperiksaan tersebut. A. 156 orang B. 228 orang C. 177 orang D. 224 orang Jawapan : B. 228 orang Jumlah pelajar T4 = 380 orang Pelajar Matematik Tambahan = 80% = 80% x 380 orang = 80/100 x 380 orang = 0.8 x 380 orang = 304 orang Pelajar Gagal = 1/4 Pelajar Lulus = 1 - 1/4 = 4/4 - 1/4 = 3/4 orang Oleh itu, pelajar lulus = 3/4 x 304 orang = 0.75 x 304 orang = 228 orang 5. Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul
9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat
anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya? A. 2 Jam 15 Minit B. 2 Jam 25 Minit C. 2 Jam 35 Minit
D. 2 Jam 45 Minit Jawapan : A. 2 Jam 15 Minit Tempoh di tadika = 9.00 pagi hingga 11.45 pagi = 2 Jam 45 Minit Tempoh pembelajaran = Tempoh di tadika - masa rehat = 2 Jam 45 Minit - 1/2 Jam = 2 Jam 45 Minit - 30 minit = 2 Jam 15 Minit 1 Jam = 60 minit = 1/2 Jam x 60 minit = 0.5 Jam x 60 minit
= 30 Minit 6. Maisarah
membuat sebiji kek Almond Cheese. Dia memberi 2/5 daripada kek tersebut kepada
rakannya dan 1/5 kepada jirannya. Berapakah baki kek Almond Cheese Maisarah ? A. 1/5 B. 2/5 C. 3/4 D. ¼ Jawapan : B. 2/5 Kek Almond Cheese = 1 biji Bahagian rakan = 2/5 Bahagian jiran = 1/5 Baki Kek = 1 - 2/5 - 1/5 = 5/5 - 2/5 - 1/5 = 2/5 7. Di antara
persamaan garis lurus dibawah, yang manakah mempunyai padanan yang selari. A. y = x + 2
dan y - 4x + 1 = 0 B. y/2 = - x
- 2 dan 2y + 4x - 8 = 0 C. 2y = 5 +
6x dan 2y - 4x + 1 = 0 D. 3y - x =
6 dan 2y - 8 -x = 0 Jawapan : B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0 y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0 y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0 y = - 2x - 4 2y = - 4x + 8 m = -2 y = (- 4x + 8)/2 y = -2x + 4
m = -2 Susunkan persamaan dalam bentuk y = mx + c
Kedua-dua mempunyai kecerunan yang sama iaitu m = -2 Oleh itu, kedua-dua persamaan ini adalah selari
8. Gaji
pokok Nora ialah RM 1200. Dia dibayar komisen 3% berdasarkan jualannya.
Berapakah jualan minimum hingga ribu yang terdekat, supaya jumlah pendapatannya
melebihi RM 2120 sebulan? A. RM 6,000 B. RM 14,560
C. RM 53,600
D. RM 31 000 Jawapan : D. RM 31,000 Jumlah pendapatan > RM 2120 Minimum Jualan = RM x RM 1200 + 3% Minimum Jualan > RM 2120 RM 1200 + (3/100) (RM x) > RM 2120 0.03 x > RM 2120 – RM 1200 0.03 x > RM 920 x > 920 / 0.03
x > RM 30,667
9. Suhu di
sebuah bandar pada pukul 8 malam ialan -19°C. Enam jamkemudian, suhunya jatuh
sebanyak 5°C sebelum naik semula sebanyak8°C lima jam berikutnya. Hitung suhu
di bandar itu pada pukul 7 pagi. A. -24°C B. -16°C C. -10°C D. -1°C Jawapan : B. -16°C Jam 8 malam = - 19°C 6 jam kemudian = 8.00 malam + 6 jam = 2.00 pagi = -19 - 5 =
- 24°C
5 jam berikutnya = 2.00 pagi + 5 jam = 7.00 pagi = -24 + 8 =
-16°C
10. ( - 8/9
) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8) , selesaikan. A. -10 1/2 B. 27 1/2 C. -11 3/14
D. 9 2/15 Jawapan : A. -10 1/2 ( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8) = ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-1 3/8)] = ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-11/8)] = - 144/9 - [- 44/8] = - 16 + 11/2 = - 32/2 + 11/2 = - 21/2
= - 10 ½ Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir DiplomatikJika dipanggil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dapatkan versi penuh rujukan Terkini peperiksaan online jawatan "PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK" Untuk calon peperiksaan ptd, anda boleh menggunakan rujukan terkini Tipsptd yang telah membantu calon berjaya sejak tahuk 2009. Ianya ditambahbaik setiap tahun dan disesuaikan dengan format dan isu terkini. Rujukan yang dikeluarkan pada tahun - tahun yang lepas sudah lapuk dan tidak lagi boleh digunakan untuk peperiksaan terkini. Bagi pembeli yang lama, semak semula email anda untuk medapatkan pakej kemaskini secara percuma. Join telegram berikut untuk dapatkan Versi Terkini Rujukan PTD: Seksyen C – Kefahaman Bahasa InggerisQuestion 1 -
5 Read the
passage below and answer the questions that follow.
It was
Cameron Aulner’s first day working at Walmart. Out of the blue, a man
started shouting, “Stop that man”. Aulner who had lost the use of his
legs eight years earlier in a fall from a roof, backed up his wheelchair
to avoid trouble. However, the voice grew louder and then the man said
something about a little girl.
Chris Belvin
was shopping with his two young sons. It was his younger son
Keegan’s eighth birthday and they usually went to the store to check out
the toys. Belvin immediately noticed the scruffy man in a tan
baseball hat walking quickly down the aisles. The man did not look like he
was shopping. Then, Belvin heard the cry of a little girl, “Somebody
help me!”. Belvin overheard her frantically telling someone that
a man had just grabbed her backside. “Was he wearing a black
shirt and a tan baseball hat?” Belvin asked her. When she said yes, he took
off to find him.
He spotted
the man walking rapidly towards the door. Belvin yelled,
“Stop him! That man had just molested a little girl.” Then he saw Cameron
Aulner leave his station and wheeled himself in front of the
assailant at the perfect time. The suspect crashed into him, and Cameron fell
out of his chair. Belvin and two other men ran over to them, while
Aulner struggled to hang on to the suspect, whom he had dragged to
the floor as he went down. While one of the other men helped
Aulner back into his chair, Belvin jerked the suspect to his feet and the
suspect given up. The assailant was later led out in hand cuffs by the police
officer on the scene. Aulner said he acted on instinct, adding “I do not
think of myself as a hero. I just did what is right.”
1. Why was
Aulner in a wheelchair? a. He was
working at Wallmart. b. He was
paralysed due to a fall from a roof. c. He had
lost the use of his legs since he was eight years old. d. He had a
fall onto a roof eight years earlier.
2. Why was
Belvin at Walmart? a. It was
his daughter’s birthday. b. He wanted
to shop for some groceries. c. It was
his eighth wedding anniversary. d. He wanted
to check out the toys.
3. Which
word has the same meaning as ‘scruffy’? a. unkempt b.
immaculate c. prudent d. vicious
4. What made
Belvin single out the man in the tan baseball hat as the assailant? a. A little
girl cried for help. b. The man
walking slowly down the aisles. c. The man
did not look like he was shopping. d. The man
molested a little girl
5. The word
‘instinct’ in the passage can be best replaced with ... a. gut
reaction b.
satisfaction c. talent
d. virtue 6. What was
the writer’s parents’ thought about a laptop? A. It is
without educational benefit B. It is a
useful learning instrument C. It can
cause internet addiction D. They were
very excited about it
7. Which of
the following words can best replace the word ‘foundation’ in the
passage? A. basis B. evidence C.
endorsement D.
authorization
8. Below are
the activities on how the writer spends her time except … A. Record
and upload videos B. play
online games C. online
social networking and instant messaging D. download
movies and TV series
9. ‘I
finally realised that my habit had negatively impacted my life.’ What habit
is the write is referring to? A. Sleeping
late B. Not
prioritising schoolwork C. Wasting
time D. Internet
addiction
10. Below
are ways one can avoid the above habit, except ... A. Keeping
yourself active b. Establish
a daily routine C. Having a
hobby or other interests
D. Be
discreet and keep to oneself Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik
Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/rujukanptdm41
SHARE DAN FORWARDKAN KEPADA AHLI
GROUP WHATSAPP DAN TELEGRAM JAWATAN PTD 2020. |