Panduan Menduduki Peperiksaan Secara Online
1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil
di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu.
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang
ditetapkan.
3. Calon dikehendaki mendaftar masuk 10 minit sebelum
peperiksaan bermula.
4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan
disenaraihitamkan.
5. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum
menjawab.
6. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui
maklumat terkini mengenai peperiksaan.
SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA
KASTAM GRED W41
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan
perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa,
pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara,
undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan
lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan
merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda
diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada
perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga
tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014.
Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45
minit/60 soalan).
Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat
luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai
pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana
anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji
dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting
lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang
mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting
yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini.
Contoh Soalan Penguasa Kastam Gred W41 Seksyen A – Pengetahuan
Am
1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang
diletakkan di bawah;
A. Jabatan Perdana Menteri
B.
Kementerian Kewangan
C. Kementerian Dalam Negeri
D. Perbendaharaan Negara
2. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi
sebagai institusi latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu
perkastaman. Ianya di peraku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai
‘training arm’ di rantau Asia Pasifik
A. KDRM Force
B. AKMAL
C. BAKISKA
D. ForceMY
3. Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak
tahun 2010. KDRM menghantar pasukan operasi yang dinamakan;
A. Multees
B. Penguasa PDNKK
C. Aimdash Team
D. Strike Team
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan
menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan
kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan
merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan
pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda
menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang
membezakannya dengan pecahan ‘penyelesaian masalah’ ialah dalam pecahan
tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam
bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang
perlu dinilai.
Kebiasaannya,
ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang diberikan.
Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta
peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus
dibayar untuk tahun seterusnya pula.
(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Soalan-soalan dalam seksyen
B juga menerapkan masalah-masalah Matematik.
Contoh Soalan Penguasa Kastam Gred W41 Seksyen B – Daya
Menyelesaikan Masalah
1. Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8
ms-1 sesaat. Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1
selepas 2.1 saat dilepaskan ialah
A 20.58
B 26.46
C 21.32
D 27.9
2. John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran
masa yang digunakan John untuk bergerak 380 km.
A 3 jam 45 minit
B 3
jam 27 minit
C 3 jam 20 minit
D 3 jam 14 minit
3. Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun
20% diberi. Apakah harga asal set meja makan itu?
A RM 2540
B RM 2350
C RM
2425
D RM 2285
SEKSYEN C - UJIAN PSIKOMETRIK
Calon-calon dikehendaki menjawab
item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan
sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin
dan kejujuran.
Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)
Seksyen C pula adalah berkaitan
dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 60 minit, sebanyak 200
soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi
percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda.
Calon-calon dikehendaki menjawab
item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan
sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin
dan kejujuran.
Contoh Soalan Penguasa Kastam Gred W41 Seksyen C - Ujian
Psikometrik
1.
Saya
berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.
A. Setuju B. Tidak
setuju
2.
Perubahan
tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.
A. Ya B.
Tidak
3.
Saya memerhati
dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.
A. Ya B.
Tidak
Panduan Lengkap
Peperiksaan Penguasa Kastam W41
Untuk tidak terlepas mendapatkan Panduan Soalan Peperiksaan
Penguasa Kastam W41 ini. Sila emailkan kepada kami dengan tajuk email ‘Saya Nak
Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam’ ke newskerjaya@yahoo.com
Apabila jualan rujukan panduan ini dibuka untuk jualan, pihak
kami akan memaklumkan kepada anda (calon) melalui email nanti supaya anda tidak
terlepas mendapatkan panduan yang bakal membantu anda untuk lulus nanti.
Atau
Group Facebook Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 2014 ini
adalah Hebahan mengenai Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 2014. Perbincangan
mengenai Jawatan, bertukar contoh-contoh Soalan, tips persediaan serta
perkongsian pendapat dan pengalaman peperiksaan. Jumpa anda di sana bersama
dengan calon-calon yang lain.