Pages

Contoh Soalan Terkini Peperiksaan Penguasa Kastam W41

on Sunday, 24 August 2014

Contoh Soalan Terkini Peperiksaan Penguasa Kastam W41
Contoh Soalan Terkini Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Tahniah kepada anda kerana telah dipanggil untuk menduduki PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41 pada 6 September 2014. Anda adalah orang yang sangat bertuah kerana telah terpilih untuk menduduki Peperiksaan ini. Ramai yang mengidamkan Jawatan Penguasa Kastam, tetapi masih tidak dipanggil untuk peperiksaan ini. Jadi, Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersaing dengan ribuan calon yang lain.

 PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41
 PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41


Seperti yang anda sedia maklum Peperiksaan Penguasa Kastam pada sesi kali ini akan dijalankan secara atas  talian (online). Di sini pihak kami akan berkongsikan kepada anda berkenaan Contoh soalan, panduan peperiksaan, dan Format peperiksaan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam w41 pada 
31 Ogos 2014. 
Klik Link ini untuk buat pembelian.  http://jvsecurepay.com/access/81he/198?camp_id=1667

Untuk yang keliru dengan cara pembelian, berikut adalah langkah yang diperlukan;
Panduan Menduduki Peperiksaan Secara Online

1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu.
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
3. Calon dikehendaki mendaftar masuk 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan.
5. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.
6. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan.


SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan).

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini.

Contoh Soalan Penguasa Kastam Gred W41 Seksyen A – Pengetahuan Am
      1.       Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di bawah;

      A.      Jabatan Perdana Menteri
      B.      Kementerian Kewangan
      C.      Kementerian Dalam Negeri
      D.      Perbendaharaan Negara

      2.       Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi latihan yang       melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya di peraku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik

      A.      KDRM Force
      B.      AKMAL
      C.      BAKISKA
      D.      ForceMY


      3.       Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak tahun 2010. KDRM menghantar pasukan operasi yang dinamakan;

      A.      Multees
      B.      Penguasa PDNKK
      C.      Aimdash Team
      D.      Strike Team

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya dengan pecahan ‘penyelesaian masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun seterusnya pula.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik.

Contoh Soalan Penguasa Kastam Gred W41 Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
1.       Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8 ms-1 sesaat. Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1 selepas 2.1 saat dilepaskan ialah
A             20.58                                                                                     
B             26.46
C             21.32                                                                                    
D             27.9

2.       John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran masa yang digunakan John untuk bergerak 380 km.
 A             3 jam 45 minit                                                                    
 B             3 jam 27 minit
 C             3 jam 20 minit                                                                    
 D             3 jam 14 minit   

3.       Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun 20% diberi. Apakah harga asal set meja makan itu?
A             RM 2540                                                                               
B             RM 2350
C             RM 2425                                                                               
D             RM 2285

SEKSYEN C - UJIAN PSIKOMETRIK

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 60 minit, sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Contoh Soalan Penguasa Kastam Gred W41 Seksyen C - Ujian Psikometrik
1.      Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju         B. Tidak setuju

2.      Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya                B. Tidak
3.      Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

A. Ya                B. Tidak

Panduan Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Untuk tidak terlepas mendapatkan Panduan Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini. Sila emailkan kepada kami dengan tajuk email ‘Saya Nak Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam’ ke newskerjaya@yahoo.com

Apabila jualan rujukan panduan ini dibuka untuk jualan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda (calon) melalui email nanti supaya anda tidak terlepas mendapatkan panduan yang bakal membantu anda untuk lulus nanti.

Atau

Anda boleh juga join group Facebook kami https://www.facebook.com/groups/357589231056110/


Group Facebook Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 2014 ini adalah Hebahan mengenai Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 2014. Perbincangan mengenai Jawatan, bertukar contoh-contoh Soalan, tips persediaan serta perkongsian pendapat dan pengalaman peperiksaan. Jumpa anda di sana bersama dengan calon-calon yang lain.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal