Pages

Nota Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

on Saturday 4 August 2018

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 (PPTN29)
Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 - 15 Ogos 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tahniah jika anda telah berjaya dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Negeri Gred N29 (PPTN29) pada 25 Oktober 2019 (Jumaat) dan 31 Oktober 2019 (Khamis). Mungkin ada calon yang telah menduduki exam ini beberapa kali dan mungkin juga ada yang pertama kali.

Nasihat kami buat sehabis baik kerana anda akan bersaing dengan ribuan calon lain yang mana pihak SPA akan menapis calon kali ini hanya untuk yang betul layak sahaja untuk menjawat jawatan PPTN29 ini.

Antara punca calon gagal Peperiksaan Online dari Pihak SPA adalah seperti berikut:


  • Tidak membuat persediaan secukupnya.
  • Tidak cukup masa untuk menjawab soalan seksyen daya menyelesaikan masalah.
  • Lemah dalam seksyen Pengetahuan Am.
  • Tidak menggunakan rujukan yang betul.
  • Talian Internet yang tidak stabil.

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29


Untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 25 Oktober 2019 (Jumaat) dan 31 Oktober 2019 (Khamis), format peperiksaan terbahagi kepada dua bahagian.


Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah Exam Penolong Pegawai Tadbir N29

Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan
dengan pantas.


Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Penerangan Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris 

Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris
Bagi pecahan Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan Jawapan. Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin Panjang. Bilangan soalan ditanya antara 5 - 10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan yang diberikan.

Dalam pecahan Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris, ia boleh menguji anda tentang tatabahasa iaitu penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.



Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Secara ringkasnya tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29  adalah Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Nota Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (PPTN29)

Kepada calon yang serius untuk lulus peperiksaan kali ini, demi masa depan anda dan harapan keluarga anda, berminat untuk mendapatkan Rujukan Penuh Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir ini, boleh join Channel Telegram kami melalui link berikut sementara menuggu Tempahan Rujukan dibuka secara rasmi. Kami akan maklumkan di Channel Telegram secepat mungkin apabila tempahan telah dibuka.


Rujukan dalam format PDF yang mana link download akan dihantar melalui email yang didaftarkan. Rujukan boleh dibaca melalui laptop, pc, dan hp. Anda juga boleh print rujukan mengikut keselesaah pembelajaran masing-masing.

Group dan Channel Telegram Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.


Anda juga boleh invite calon lain yang sedang mencari bahan rujukan dan tips persediaan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Invite mereka melaui link di atas.

Berminat Unuk dapatkan Rujukan Exam Penolong Pegawai Tadbir N29?

Jom Join Group dan Channel Telegram Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.


Anda juga boleh invite calon lain yang sedang mencari bahan rujukan dan tips persediaan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Invite mereka melaui link di atas.

Contoh soalan Seksyen A (Pengetahuan Daya Menyelesaikan Masalah) - Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.


1. Min markah bagi 5 subjek ujian bulanan Zaza adalah 72.2 . Zaza mendapat 60 markah bagi subjek Sains, 78 markah bagi subjek Matematik, 55 markah bagi subjek Bahasa Inggeris, 72 markah bagi
subjek Pendidikan Seni dan markah cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu. Cari markah Bahasa Melayu yang diperoleh oleh Zaza.

A. 97
B. 98
C. 96
D. 99

Jawapan : C

Min = 72.2
Jumlah markah = 72.2 x 5 = 361
60 + 78 + 55 + 72 + Bahasa Melayu = 361
Bahasa Melayu = 361 - 267 = 96
  

2. Erin memerlukan 3 paket tepung gandum 500 gram dan 5 cawan susu cair 50 ml untuk membancuh dan membuat 6 biji kek susu yang sedap. Berapakah jumlah tepung dan air yang diperlukan oleh Erin untuk menyiapkan 1 biji kek?

A. 342 g tepung gandum dan 31.17 ml susu cair.
B. 250 g tepung gandum dan 41.67 ml susu cair.
C. 245 g tepung gandum dan 50.49 ml susu cair.
D. 355 g tepung gandum dan 20.27 ml susu cair.

Jawapan : B

Tepung gandum = 3 x 500 g = 1500 g
Susu cair = 5 x 50 ml = 250 ml
1500 g + 250 ml = 6 biji kek
Persamaan : X g + Y ml = 1 bji kek
Oleh itu, semua dibahagi dengan 6
X = 1500 g / 6 = 250 g
Y = 250 ml / 6 = 41.67 ml
  

3. Kilang W telah menghasilkan 35,496 buah kereta dalam masa seminggu. Jika bilangan kereta yang dihasilkan sama setiap hari kecuali hari Jumaat 3,564 buah kereta. Hitungkan jumlah kereta yang dihasilkan dari hari Isnin hingga Rabu.

A. 12987 buah
B. 14532 buah
C. 17306 buah
D. 15966 buah

Jawapan : D

Jumlah kereta seminggu = 35496 buah
Hari Jumaat = 3564 buah
Katakan setiap hari bilangan yang sama = y buah
Jumlah seminggu
35496 = Isnin + Selasa + Rabu + Khamis + Jumaat + Sabtu + Ahad
35496 = y + y + y + y + 3564 + y + y
35496 = 6y + 3564
6y = 35496 - 3564
6y = 31932
y = 5322
Jumlah kereta Isnin - Rabu = 3 hari x y
= 3 x 5322
= 15966 buah
  

4. Johari mempunyai beberapa keping wang syiling dalam tabung simpanannya selama 17 tahun berjumlah RM 1500. Ianya terdiri daripada wang syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen. Berapa kepingkah wang syiling 50 sen yang Johari ada sekiranya dia mempunyai 4450 keping 20 sen, dan 3100 keping 10sen?

A. 70 keping
B. 950 keping
C. 280 keping
D. 600 kepi

Jawapan : D

Jumlah simpanan = RM 1500
Katakan bilangan keping 50 sen = M keping
Jumlah simpanan = ( M x 0.50 ) + ( 4450 x 0.20 ) + ( 3100 x 0.10 )
RM 1500 = ( M x 0.50 ) + ( 4450 x 0.20 ) + ( 3100 x 0.10 )
RM 1500 = 0.5M + RM 890 + RM 310
RM 1500 = 0.5M + RM 890 + RM 310
RM 1500 = 0.5M + RM 1200
0.5M = RM 1500 - RM 1200
0.5M = RM 300
M = RM 300 / 0.5

M = 600 keping
  

5. Manakah antara pernyataan matematik berikut adalah BETUL?
A. ( x - 2 ) ( 6x + 8 ) = x 2 + 21x - 8
B. ( 3x - 2 ) ( x + 5 ) = 3x
2 +13x - 10
C. ( 4x + 2 ) ( 9x + 5 ) = 27x
2 + 5x
D. ( 2x - 1 ) ( 8x - 5 ) = 2x
2 +14x - 6

Jawapan : B

(Hint : Kembangkan setiap pilihan jawapan)
= ( 3x - 2 ) ( x + 5 )
= 3x
2 + 15x - 2x – 10
= 3x
2 + 13x – 10  


Berminat Unuk dapatkan Rujukan Exam Penolong Pegawai Tadbir N29?

Jom Join Group dan Channel Telegram Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.


Anda juga boleh invite calon lain yang sedang mencari bahan rujukan dan tips persediaan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Invite mereka melaui link di atas.

JIKA ARTIKEL INI BERMANFAAT KEPADA ANDA, MOHON SHARE KEPADA YANG LAIN.

TERIMA KASIH.

LINK TEMPAHAN RUJUKAN  SPESIFIK PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29. 

➖➖⏩⏺⏺⏺⏺⏪➖➖

Jualan akan ditutup pada hari Khamis (24 OKTOBER 2019) jam 11.59pm. 
➖➖➖
Jika calon exam pada 31 OKTOBER 2019 (Khamis) dinasihatkan untuk buat tempahan pada tempoh yang ditetapkan. Kerana selepas tarikh 24 OKTOBER 2019 jualan tidak akan dibuka lagi. Buat persediaan dan pembelian awal bagi mengelakkan kesulitan pada saat akhir.
๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ
Bagi memudahkan pembelian secara online, digalakkan menggunakan laptop/pc. Link juga boleh dibuka melalui hp, whatsapp web, atau copy link yang diberikan dan paste di bahagian browser Google (cara paling mudah). Pastikan membuat tempahan melalui link yang diberikan admin supaya memudahkan admin menyemak pembelian anda. Dan pastikan diakhir link url adalah nombor 198 ya.

๐Ÿ“ฃ *LINK TEMPAHAN RUJUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:* ๐Ÿ“ฃ

[+] http://semakan.info/ppt/198 (klik tempah/beli sekarang)
[+] http://semakan.info/ppt/198 (Klik tempah/beli sekarang)
[+] http://semakan.info/ppt/198 (Klik tempah/beli sekarang)

⛔*[SILA SIMPAN LINK URL INI APABILA INGIN MEMBUAT PEMBELIAN]*⛔

Pastikan anda membuat pembelian melalui link di atas supaya memudahkan admin menyemak pembelian anda. 

*HARGA RUJUKAN*

Harga dan Pakej seperti berikut :

๐ŸŽ—Pakej Platinum RM100.00๐ŸŽ—
(SANGAT BERBALOI - lebih banyak contoh soalan beserta penerangan Jawapan bagi seksyen daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa Inggeris, Rujukan Utama Pakej Basic telah termasuk dalam pakej ini.)

๐ŸŽ—Pakej Gold RM80.00๐ŸŽ—

๐ŸŽ—Pakej Super RM60.00๐ŸŽ—

๐ŸŽ—Pakej Basic RM40.00๐ŸŽ—
(Rujukan Utama,mengandungi nota-nota dan contoh soalan beserta penerangan Jawapan seksyen daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa Inggeris). 

๐ŸšซRujukan tidak perlu pos. Rujukan dalam format pdf. Link download akan dihantar melalui email selepas pembayaran disahkan. ๐Ÿšซ

๐Ÿšฉ*TEMPAH RUJUKAN ANDA SEKARANG MELALUI LINK BERIKUT:*๐Ÿšฉ

[+] http://semakan.info/ppt/198
 (klik tempah/beli sekarang)

Jika terdapat sebarang masalah,  boleh hubungi admin melalui link berikut :

Fauzi
Admin page FB Newskerjaya 
Admin group FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA)

Wasap: http://rujukan.wasap.my

*CARA TEMPAHAN/PEMBELIAN RUJUKAN PENUH PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29*
➖➖➖➖➖
Mohon baca sampai habis dan fahamkan kerana penulisan ini agak panjang. 

Terdapat 2 cara pembayaran Rujukan. Pembayaran Rujukan boleh dilakukan secara pembayaran online atau pembayaran secara Cdm.

Bagi memudahkan pembelian secara online, digalakkan menggunakan laptop/pc. Link juga boleh dibuka melalui hp, whatsapp web, atau copy link yang diberikan dan paste di bahagian browser Google (cara paling mudah). Pastikan membuat tempahan melalui link yang diberikan admin supaya memudahkan admin menyemak pembelian anda. Dan pastikan diakhir link url adalah nombor 198 ya.

*CARA PEMBELIAN SECARA PEMBAYARAN ONLINE ADALAH SEPERTI BERIKUT:*

1- Klik link pembelian berikut untuk ke laman Jualan. 
[+] http://semakan.info/ppt/198 ( Klik tempah atau beli sekarang) 

2- Pilih pakej dan Klik tempah/beli sekarang.

3-  Masukkan alamat email utama peribadi anda (BUKAN ALAMAT email pejabat untuk mengelakkan kesulitan pada sistem kami). Pastikan email diisi dengan betul kerana rujukan akan dihantar melalui email yang didaftarkan.

4- Selepas email diisi, klik Proceed to checkout.

5- Isikan maklumat yang diperlukan. Sila abaikan ruang coupon, biarkan kosong. Selepas semua maklumat diisi, tandakan kotak kecil disebelah tulisan I have read and i accept the terms.

6- Pilih Mode pembayaran (Online Banking). klik pay now. Pembayaran Anda akan terus dibawa ke akaun Infokerjaya. 

7- Selesaikan pembayaran. Rujukan akan dihantar selepas pembayaran disahkan.



*CARA PEMBELIAN SECARA PEMBAYARAN MANUAL/CASH DEPOSIT mohon WhatsApp admin untuk dapatkan nombor akaun.* 

Sekian, untuk makluman.. 

Mohon sebarkan dan Share kepada yang lain yang mungkin belum tahu info ini.

Terima kasih.

Salam sukses dari admin,

Jika terdapat sebarang masalah,  boleh hubungi admin melalui link berikut :

Fauzi
Admin page FB Newskerjaya 
Admin group FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (SPA)


Wasap: http://rujukan.wasap.my

Panduan Dan Tip Temuduga Jawatan Juruaudit W41 2018

on Thursday 29 March 2018

Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (Juruaudit W41). 


Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH BERIKUT??
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernah sekalipun.
✔ - Sudah mengisi borang permohonan kerja di sektor awam berulang - ulang kali, tapi masih tidak dipanggil - panggil menghadiri temuduga.
✔ - Anda baru menghabiskan pengajian di sekolah/universiti, dan risau untuk menghadiri temuduga kerana langsung tiada pengalaman temuduga.
✔ - Anda pernah datang temuduga, tapi bila sampai di tempat temuduga, anda berpatah balik...Takut sangat!
✔ - Anda tercari - cari panduan untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, tapi tidak menjumpainya...
✔ - Anda tak tahu apa nak jawab semasa disoal oleh panel penemuduga kerja kerajaan. Terkebil - kebil mata anda....blur!
✔ - Anda ditanya soalan 'killer' oleh panel penemuduga, mati akal anda dibuatnya..
✔ - Anda serang dibayangi mitos - "nak masuk gov kena ada kabel". Inilah fikiran songsang yang selama ini menghantui anda!
✔ - Anda lemah bahasa Inggeris, dan anda sangat takut sekiranya panel penemuduga menyoal anda dalam bahasa tersebut!
✔ - Anda menunggu masa dibuang kerja di syarikat anda bekerja, kerana syarikat nak bankrup...Anda benar - benar risau..
✔ - Anda ingin tahu apa soalan - soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga kerja kerjaan, tapi anda tak tahu bagaimana nak ketahuinya...
✔ - Dan bermacam - macam problem lagi yang bermain - main dalam fikiran anda...(tak perlu diceritakan semuanya - 10 page tak habis:)

APA YANG ADA DALAM EBOOK TEMUDUGA JURUAUDIT W41 INI?
=============================
✔ Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
✔ Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
✔ Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata - kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya...
✔ Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga...
✔ Bagaimana nak jangkakan soalan - soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
✔ Anda tidak dipanggil - panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
✔ Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
✔ Bila anda disoal sebegini " Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?". Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan - soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
✔ Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!

DAPATKAN SEGERA DI :

https://go.semakan.info/temuduga-kerajaan/198


CONTOH SOALAN TEMUDUGA SPA JAWATAN JURUAUDIT W41


Dalam setiap sesi temuduga, anda perlukan latihan sebagai persediaan sebelum menghadapi temuduga yang sebenar.Dalam nota ini anda dikehendaki membuat latihan bagi menghadapi temuduga separa perubatan.

Nota ini adalah simulasi untuk anda menjalankan latihan temuduga sebelum menghadapi temuduga  yang sebenar. Oleh itu jadikan ia sebagai panduan sahaja dan elakkan daripada terlalu bergantung dengan soalan dan jawapan yang terdapat dalam nota ini.

Tujuan : Panel penemuduga akan bertanyakan soalan ini untuk melihat reaksi anda untuk memperkenalkan diri. Selain daripada menghilangkan rasa gementar calon, penemuduga mahu melihat kesediaan calon untuk berkhidmat dalam Sektor Kerajaan.

Soalan : Sila perkenalkan diri anda

Jawapan : Nama saya Mohamad Fattah bin Mohamad Fateh. Saya memiliki kelulusan cemerlang yang diperlukan dalam akademik dan aktif dalam ko-kurikulum di sekolah. Saya gemarkan aktiviti sosial dan aktiviti di luar kelas. Saya merupakan seorang yang berdisiplin dan amanah untuk memikul tanggung jawab dalam Juruaudit.

Tip menjawab : Fokus jawapan yang menjurus ke arah Juruaudit dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri anda.


      Pengalaman kerja sementara

Tujuan :Panel penemuduga mahu melihat bagaimana anda berdikari dan bergaul dengan masyarakat sebelum memohon..Persamaan aktiviti kerja yang anda lakukan bakal memudahkan anda diterima ke dalam latihan.


Soalan : Apakah kerja sementara yang anda lakukan sebelum ini?

Jawapan :Saya menjadi juruwang di kedai pakcik selepas tamat peperiksaan SPM. Di situ saya belajar untuk berkomunikasi dengan orang ramai, bersabar dengan karenah pelanggan dan belajar membuat keputusan. Saya percaya pengalaman kerja ini akan dapat membantu saya berurusan dengan orang ramai jika diterima sebagai Juruaudit.



Tip menjawab : Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam Juruaudit. Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.


Antara Contoh Lain Soalan Temuduga :


1. Sila perkenalkan diri. Nyatakan sekali pendidikan dan pengalaman kerja.
2. apa aktiviti yang pernah sertai semasa belajar.
3. Apa isu semasa yang anda terbaca?
4. Apa maksud GTP? Apa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan?
5. Kenapa minat jawatan ini?
6. Antara skop tugas.
7. Bagaimana dengan Bahasa Inggeris? Baik atau tidak?


Antara Kriteria yang dinilai dalam Temuduga Juruaudit W41.


  1. Kelulusan akademik.
  2. Pengetahuan dan minat.
  3. Pengetahuan am.
  4. Sikap dan perwatakan.
  5. Kelancaran, kepetahan dan kercerdasan menjawab soalan.
  6. Penglibatan ko-kurikulum.
Dapatkan Segera Temuduga Kerja Kerajaan.

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini adalah produk evergreen sejak tahun 2009. Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Panduan Dan Tip Temuduga Jawatan Juruaudit W41 2018

TERUS KE LAMAN TEMPAHAN:



Rujukan Exam Latihan Separa Perubatan 2018.

on Tuesday 20 March 2018

Rujukan Exam Online Separa Perubatan 2018

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah Mengumumkan bahawa Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Semenanjung / Sabah / Sarawak) akan diadakan pada 29 March 2018.
Rujukan Exam Online Separa Perubatan 2018

Maklumat Umum Jawatan Peperiksaan Separa Perubatan


Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi email / sms / surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan. Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Latihan Bertaraf Diploma


Terbahagi kepada 10 jawatan :
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Latihan Jururawat § Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan.

Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan :


  • Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  •  Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
  1. Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
  2. Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  4.  Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

  • Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

  1. Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  2. Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


Latihan Bertaraf Sijil Terbahagi kepada 3 jawatan :

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam


Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan :


  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.  


Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan; § Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


RUJUKAN PANTAS Berkaitan Tugas & Skop Jawatan Separa Perubatan


1. Kemoterapi

  • Rawatan ini membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat
  • Dijalankan dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka.
  • Digunakan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor
  • Mempunyai 3 jenis iaitu : 

  1. Neo-Adjuvan – Sebelum pembedahan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor.
  2. Adjuvant – Selepas pembedahan untuk membendung penyebaran sel kanser yang mungkin terlepas.
  3. Palliatif – tahap akhir untuk mengawal sel kanser

  • Rawatan kemoterapi ialah proses yang berbeza untuk individu berbeza
  • Kemoterapi tidak pernah menyakitkan kerana dirawat sebagai pesakit luar
  • Kesan biasa selepas kemoterapi ialah loya dan muntah
  • Sel darah putih akan berkurangan ketika rawatan untuk tempoh sebentar sahaja
  • Pesakit akan mengalami letih dan lesu dari biasa selepas kemoterapi
  • Kemoterapi adalah ubat kuat yang memudaratkan dan perlu pemantauan doktor
  • Kemoterapi menjadi penawar yang memanjangkan hayat dan mengurangkan simptom penyakit
  • Tidak semua kemoterapi menyebabkan keguguran rambut
  • Makanan dan herba tidak boleh diambil semasa rawaran kemoterapi kerana ia akan mengurangkan keberkesanan kemoterapi atau meningkatkan kesan sampingan.

2. Program derma organ
  • Jika anda mendaftarkan nama anda di Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan mengizinkan organ dan tisu anda digunakan untuk transplan selepas anda mati.
  • Usia muda atau tua boleh mendaftar nama sebagai penderma organ dan tisu.
  • Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dahulu.
  •  Pendermaan organ ialah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia mati.
  • Transplantasi (pemindahan organ) ialah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah mati.
  • Organ-organ yang boleh didermakan ialah :
  1. Buah pinggang
  2. Jantung § Hati (heper)
  3. Paru-paru
  4. Pankreas
  • Tisu-tisu yang boleh didermakan ialah :
  1. Mata
  2. Tulang
  3. Kulit
  4. Injap jantung

  • Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh 2 orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
  • Isu pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.
  • Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
  • Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci hama.
  • Pembedahan dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman.
  • Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya.
  • Selepas organ dan tisu diperolei luka pembedahan itu akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal.
  • Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib seperti mana pembedahan-pembedahan biasa.
  • Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa.
  • Tiada paksaan untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. 
  • Anda hanya perlu memaklumkan keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ tersebut kepada Pusat Sumber Transplan Nasional.
  • Selepas organ dan tisu diperoleh daripada tubuh penderma maka jenazah akan dibersih, dikafan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin.
  • Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
  • Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma untuk jadi penderma organ.
  • Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional.
  • Kad penderma anda hendaklah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
  • Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga anda untuk memudah serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda nanti.
  • Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak.
  • Untuk melaksanakan pemindahan ini, anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma.
  •  Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati otak tersebut.
  • Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi.
  • Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.


3. Probiotik
  • Merupakan mikro organism yang baik
  • Contoh probiotik ialah makanan seperti dadih (yougurt), susu kultur, budu, cencaluk dan belacan. § Probiotik turut ada dalam pisang, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh mil.
  • Membantu mencegah kanser usus
  • Probiotik menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien dan pada masa sama menghasilkan vitamin, seperti vitamin B-12.
  • Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria probiotik
  • Probiotik menyokong sistem pertahanan usus dengan mengekalkan kesihatan sel usus.
  • Ia turut melindungi daripada kesan berbahaya oleh organisma berjangkit yang memasuki usus.
  • Membantu mengurangkan kesan toksin berbahaya dan bahan yang boleh menyebabkan kanser yang berkemungkinan dihasilkan di dalam usus.
  • Membantu perkembangan sistem imun dengan meningkatkan populasi bakteria baik di dalam usus untuk mengelakkan penyakit berbahaya di dalam perut.


4. Zat makanan dan fungsinya 

Karbohidrat :
  • Menyediakan sumber tenaga utama yang diserap pantas ke dalam sistem tubuh manusia.
  • Memberikan separuh daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
  • Terdiri daripada gula (gula, sirap, glukos, laktos, madu), kanji kentang, (tepung gandum, kanji, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, pektin dan gam.
  • Banyak terkandung dalam bijiran seperti gandum, beras dan sepertinya.
Protein :
  • Mengandungi zat contohnya asid amino.
  • Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
  • Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

Lemak :
  • Mempunyai nilai kalori lebih 2 kali ganda yang didapati daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh.
  • Tenaga penting yang tersimpan di dalam tubuh untuk menjalankan sebarang aktiviti.
  • Bertindak sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan.
  • Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
  • Membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga.
  • Mengandungi vitamin asid lemak dan larut lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
  • Pengambilan lemak berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.
  • Lemak yang tidak digunakan tersimpan dalam badan dan mengakibatkan seseorang itu gemuk.
  • Lemak yang berlebihan juga boleh menyumbat saluran arteri dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian :
  • Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik.
  • Berfungsi dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.
  • Zat mineral banyak terkandung dalam susu dan telur.
  • Banyak terdapat dalam sayuran dan buah.

Vitamin :
  • Bahan kimia yang terdapat dalam makanan.
  • Membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas protein, makanan, lemak dan karbohidrat.
  • Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan bahan genetik, hormon, sel darah dan kimia dalam sistem saraf.
  • Vitamin dan mineral, protein dan lemak tidak memberikan kalori tetapi membantu badan mendapat tenaga dari tubuh, tidak seperti karbohidrat.

Pelawas :
  • Pelawas atau serat dalam diet permakanan membantu mengelak sembelit dan penghadaman.
  • Buah segar dan sayuran (termasuk buah kering) dan bijirin merupakan sumber utama serat.
  • Minum banyak air untuk meningkatkan kebaikan serat.


5. Fibroid semasa mengandung
  • Fibroid menimpa wanita tanpa sebarang tanda
  • Ia hanya disedari setelah fibroid tersebut membesar
  • Wanita di antara 30 hingga 50 tahun berisiko berisko ditimpa fibroid
  • Ibu yang mengandung menghasilkan lebih estrogen membuatkan fibroid jadi aktif
  • Fibroid yang membesar akan menekan pundi kencing pesakit
  • Fibroid pada ruang endometrium atau submukosa dinding rahim menyukarkan pesakit hamil kerana saluran fallopio menjadi sempit.


Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online Separa Perubatan


1. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah
I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. tekak

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan : A. I dan II

2. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI
A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

Jawapan: A. Pening

3. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah
A. 135 mmHg
B. 140 mmHg
C. 145 mmHg
D. 150 mmHg
Jawapan: B. 140 mmHg

4. Di antara berikut, yang manakah bukan objektif Intergrasi Nasional?
A. Melaksanakan program Integrasi Nasional ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu.
B. Menjayakan program bentuk Lawatan Integrasi antara wilayah dan negeri ke arah mempercepatkan lagi proses perpaduan negara.
C. Memperkukuhkan kesedaran serta penghayatan cintakan negara dan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
D. Memelihara, memupuk dan meningkatkan persefahaman beragama dan kebudayaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Jawapan: B

5. Apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan A. Gastrik
B. Sakit di bahagian perut
C. Sakit di bahagian kerongkong
D. Gastroesophageal Reflux Disease

Jawapan: D

6. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI
A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV

Jawapan: A

7. Sawan demam berlaku akibat daripada
A. Perubahan cuaca yang mendadak
B. Apabila suhu badan mencecah 39˚C
C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
D. Perubahan gelombang otak secara mengejut

Jawapan: D

8. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?
A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta

Jawapan : C

9. Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?
A. Mengandungi zat contohnya asid amino.
B. Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

Jawapan: C

Berminat untuk dapatkan Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan?




Jom join Group Telegram Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2018,tip persediaan, contoh soalan dan jawapan, rujukan dan nota beserta format terkini. 

Klik link untuk join group telegram :




Rujukan Peperiksaan Online Spa Latihan Separa Perubatan


Sejak tahun 2009 Tim Infokerjayatelah bantu ribuan calon berjaya
Sesi peperiksaan Separa Perubatan yang terakhir adalah pada MAC 2017 yang lalu. Antara yang telah berjaya dalam sesi awal tahun ini;
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Latihan Separa Perubatan 2018

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Latihan Separa Perubatan 2018

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Latihan Separa Perubatan 2018

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Latihan Separa Perubatan 2018

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Latihan Separa Perubatan 2018

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Latihan Separa Perubatan 2018

Jom join Group Telegram Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2018,tip persediaan, contoh soalan dan jawapan, rujukan dan nota beserta format terkini. 

Klik link untuk join group telegram :


Rujukan Peperiksaan Online SPA Juruaudit Gred W41

on Monday 5 March 2018

Tempahan Rujukan Juruaudit Gred W41.

.
Rujukan Peperiksaan Online SPA Juruaudit Gred W41
Rujukan Peperiksaan SPA Juruaudit Gred W41 

Dapatkan Rujukan Juruaudit Gred W41 segera. Masa semakin suntuk. Anda layak menerima Bonus tambahan jika membuat tempahan dengan saya.
Jualan dibuka dari 5 March hingga 8 March 2018 jam 11.59pm.
.
Harga Rujukan mengikut pakej.

Pakej Basic RM40.00
Pakej Super RM60.00
Pakej Gold RM80.00
Platinum RM100.00

Sila Rujuk gambar di bawah untuk pakej rujukan beserta harga.

Rujukan Peperiksaan Online SPA Juruaudit Gred W41


Rujukan Utama Juruaudit W41 mengandungi:


HURAIAN FORMAT TERKINI SESI 2018

Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2018 yang berbeza dengan 2013-2016. Ianya sebahagian dari format tahun 2017 tetapi ada bahagian yang tiada langsung dalam sesi kali ini. Bagaimana ianya boleh berlaku dan bagaimana penilaian untuk anda? Biar kami huraikan untuk anda!

HIMPUNAN NOTA RINGKAS PENILAIAN DAN PERJAWATAN

Kalau anda nak studi sendiri semua memang berterabur lah. Jadi kami susunkan untuk anda NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi! Anda perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda! Penilaian SEKSYEN A akan mempunyai skop 'mencapah' yang sukar dijangka. Kami bantu anda!

CONTOH-CONTOH SOALAN SETIAP SEKSYEN

Untuk berikan gambaran yang paling jelas, kami bekalkan anda dengan contoh soalan untuk setiap seksyen penilaian. Jawapan diberikan. Jadi ianya umpama latih tubi untuk anda. Bayangkan calon yang terus masuk exam tanpa tahu bagaimana ianya ditanya dan dinilai berbanding anda yang tahu struktur soalan. Anda masuk dengan lebih tenang berbanding mereka yang mungkin TERKEJUT bila tengok soalan!

PECAHAN SETIAP SEKSYEN

Tahukah anda dalam setiap 'Seksyen' terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana 'pecahan dalam pecahan' tersebut! Ianya penting supaya persediaan anda lebih ter'arah' dan terpesong bila membuat persediaan.

Untuk tempahan, mohon klik link di bawah dan terus klik button BELI / TEMPAH SEKARANG:

(SIMPAN LINK DI ATAS UNTUK TEMPAHAN)



Bagi setiap pembelian melalui link di atas, anda layak menerima BONUS TAMBAHAN dari saya.

(Sila Rujuk gambar di bawah untuk Bonus tambahan)
.



Untuk claim bonus tambahan, selepas anda menerima link download, mohon WhatsApp saya segera di no 60177692505 (Fauzi).
.
Jika terdapat sebarang masalah, WhatsApp sy 60177692505 (fauzi).

Salam sukses. Good luck n all d best!

Rujukan Peperiksaan Online Juruaudit 2018
Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41 2018



Contoh Soalan dan Tip Exam Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 2019

on Saturday 24 February 2018

JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41 (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)

Contoh Soalan dan Tip Exam Juruaudit W41


PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41 Dan PENOLONG JURUAUDIT W29 (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)


Tarikh Peperiksaan :13 SEPTEMBER 2019 (Jumaat)


Sila layari laman web :

http://e-semakanbcc.spa.gov.my/juruauditw41

Visi, Misi & Objektif Jabatan Audit Negara.


VISI JABATAN AUDIT NEGARA


Sebagai Institusi Audit yang lebih bebas dan profesional serta bertaraf antarabangsa.

MISI JABATAN AUDIT NEGARA


Melaksanakan pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan antarabangsa bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.


OBJEKTIF JABATAN AUDIT NEGARA (JAN)

  • Menyediakan Laporan Audit pada masanya untuk dikemukakan kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri
  • Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan Laporan secara bebas dan adil
  • Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan Auditi
  • Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan
  • Menjadi jabatan contoh dalam persekitaran negara maju 

Dasar & Objektif Kualiti Jabatan Audit Negara.


DASAR KUALITI


  • Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan dan pelaporan yang berkualiti dan profesional selaras dengan Standard Pengauditan Antarabangsa
  • Jabatan Audit Negara adalah komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua Objektif Kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan

OBJEKTIF KUALITI

  • Mengesahkan Penyata Kewangan, mengeluarkan Sijil Audit dan menyiapkan Laporan Audit dalam tempoh empat bulan selepas penerimaan Penyata Kewangan yang lengkap
  • Menyiapkan pengauditan Pengurusan Kewangan dan mengeluarkan laporan mengenainya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mula pengauditan
  • Memastikan Pengauditan Pengurusan Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Contoh Soalan daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29.

1. Min markah bagi 5 subjek ujian bulanan Zaza adalah 72.2 . Zaza mendapat 60 markah bagi subjek Sains, 78 markah bagi subjek Matematik, 55 markah bagi subjek Bahasa Inggeris, 72 markah bagi
subjek Pendidikan Seni dan markah cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu. Cari markah Bahasa Melayu yang diperoleh oleh Zaza.
A. 97
B. 98
C. 96
D. 99

Jawapan : C
Min = 72.2
Jumlah markah = 72.2 x 5 = 361
60 + 78 + 55 + 72 + Bahasa Melayu = 361
Bahasa Melayu = 361 - 267 = 96

2. Erin memerlukan 3 paket tepung gandum 500 gram dan 5 cawan susu cair 50 ml untuk membancuh dan membuat 6 biji kek susu yang sedap. Berapakah jumlah tepung dan air yang diperlukan oleh Erin untuk menyiapkan 1 biji kek?
A. 342 g tepung gandum dan 31.17 ml susu cair.
B. 250 g tepung gandum dan 41.67 ml susu cair.
C. 245 g tepung gandum dan 50.49 ml susu cair.
D. 355 g tepung gandum dan 20.27 ml susu cair.

Jawapan : BTepung gandum = 3 x 500 g = 1500 g
Susu cair = 5 x 50 ml = 250 ml
1500 g + 250 ml = 6 biji kek
Persamaan : X g + Y ml = 1 bji kek
Oleh itu, semua dibahagi dengan 6
X = 1500 g / 6 = 250 g
Y = 250 ml / 6 = 41.67 ml
  


3. Kilang W telah menghasilkan 35,496 buah kereta dalam masa seminggu.
Jika bilangan kereta yang dihasilkan sama setiap hari kecuali hari Jumaat
3,564 buah kereta. Hitungkan jumlah kereta yang dihasilkan dari hari Isnin
hingga Rabu.
A. 12987 buah
B. 14532 buah
C. 17306 buah
D. 15966 buah

Jawapan : DJumlah kereta seminggu = 35496 buah
Hari Jumaat = 3564 buah
Katakan setiap hari bilangan yang sama = y buah
Jumlah seminggu
35496 = Isnin + Selasa + Rabu + Khamis + Jumaat + Sabtu + Ahad
35496 = y + y + y + y + 3564 + y + y
35496 = 6y + 3564
6y = 35496 - 3564
6y = 31932
y = 5322
Jumlah kereta Isnin - Rabu = 3 hari x y
= 3 x 5322
= 15966 buah
 


Perlukan Rujukan JURUAUDIT GRED W41 & PENOLONG JURUAUDIT W29?


Jom join group Telegram dan invite calon yang lain!



Group Perbincangan, Rujukan, Tips persediaan, Contoh soalan, Format Peperiksaan JURUAUDIT GRED W41  DAN W29 khas exam 13 SEPTEMBER 2019 (Jumaat).



Share link ini kepada rakan yang lain:

https://go.semakan.info/juruaudit-w41/198


ATAU



Untuk fast respond dan supaya anda tidak ketinggalan untuk dapatkan rujukan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/



** Nota Rujukan bukan dalam bentuk fizikal tetapi Rujukan dalam fomat PDF yang boleh didownload melalui email. Tak perlu risau tentang pos, hanya download sahaja menggunakan PC, Laptop dan telefon.



P/S: Hanya yang serius nak lulus exam JURUAUDIT GRED W41 Dan W29  pada 13 SEPTEMBER 2019 (Jumaat).

Tip dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit W41.

on Friday 23 February 2018

JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41 (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT GRED W41


PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41 (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)


Tarikh Peperiksaan :13 September 2019 (Jumaat)


Sila layari laman web :

http://e-semakanbcc.spa.gov.my/juruauditw41


Perlukan Rujukan JURUAUDIT GRED W41?


Jom join group Telegram dan invite calon yang lain!



Group Perbincangan, Rujukan, Tips persediaan, Contoh soalan, Format Peperiksaan JURUAUDIT GRED W41  khas exam 13 September 2019 (Jumaat).



Share link ini kepada rakan yang lain:


https://t.me/juruauditw41


ATAU



Untuk fast respond dan supaya anda tidak ketinggalan untuk dapatkan rujukan, mohon untuk WhatsApp sy di no +60177692505 (fauzi) atau klik link ini tanpa simpan no WhatsApp http://rujukan.wasap.my/



** Nota Rujukan bukan dalam bentuk fizikal tetapi Rujukan dalam fomat PDF yang boleh didownload melalui email. Tak perlu risau tentang pos, hanya download sahaja menggunakan PC, Laptop dan telefon.



P/S: Hanya yang serius nak lulus exam JURUAUDIT GRED W41 pada 13 September 2019 (Jumaat).

Contoh soalan dan Rujukan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

on Sunday 4 February 2018

 

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR GRED N41.

 

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

PENERANGAN SEKSYEN A : Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 


Seksyen A adalah berkaitan Pengetahuan Am. Anda diberikan masa untuk menjawab keseluruhan soalan. Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan.

 

Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

 

Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini.

 

ANTARANYA IALAH:

1.       KESULTANAN JOHOR

2.       CUTI KHAS JOHOR

3.       SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (SUK)

4.       KERAJAAN JOHOR

5.       JATA JOHOR

6.       PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) – JOHOR

7.       STRUKTUR ORGANISASI KERAJAAN PERSEKUTUAN

8.       MAJLIS RAJA – RAJA

9.       BADAN PERUNDANGAN

10.   MENTERI-MENTERI DI KEMENTERIAN

11.   Dan banyak lagi.

 

PENERANGAN SEKSYEN B: Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41

 

Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan

dengan pantas.

 

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

 

• Penyelesaian Masalah

Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan.

 

• Menginterpretasi Data

 

Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya dengan pecahan ‘Penyelesaian Masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

 

• Soalan Matematik

 

Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR (PT3) dan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan online ini.

 

• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

 

Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai masalah yang mencakupi gambarajah dan soalan-soalan berbentuk penyelesaian fikiran. Ianya kadangkala lebih kepada logik berfikir anda sendiri.

 

Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow

 

Contoh Soalan Seksyen A -Pengetahuan Am Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

 

1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri kecuali

A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri

B. Terbubar dengan sendiri selepas 5 tahun

C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

D. Membuat enakmen dan ordinan

 

Jawapan : C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebuah badan perundangan di peringkat negeri.

 

2. Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?

A. Parlimen

B. Badan Kehakiman

C. Badan Berkanun Negeri

D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

 

Jawapan : B. Badan Kehakiman

Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.

 

 

3. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara Malaysia

I. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu Bertambah Mutu”

II. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia

IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

 

Jawapan : D. II, III dan IV

Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”.

 

 

4. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

A. Selangor

B. Pahang

C. Perak

D. Johor

 

Jawapan : D. Johor

Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5 negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu)

 

5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara.

A. Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970

B. Dicipta untuk perpaduan rakyat yang kukuh

C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun Negara

 

Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan tertumpu kepada bumiputera sahaja.

 

6. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI

A. India

B. Filipina

C. Singapura

D. Bangladesh

 

Jawapan : B. Filipina

Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel.

 

7. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah

A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.

B. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara-negara ASEAN

C. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasama ekonomi antara ASEAN

D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

 

Jawapan : D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN.

8. Logo olimpik mengandungi simbol bulatan yang mencerminkan

A. Penyatuan

B. Keharmonian

C. Semangat kesukanan

D. Jumlah benua di dunia

 

Jawapan : D. Jumlah benua di dunia

Penerangan : Bulatan itu mewakili lima benua di dunia

 

9. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling tinggi ialah di

A. Gunung Stong

B. Gunung Korbu

C. Gunung Tahan

D. Gunung Gayong

 

Jawapan : B. Gunung Korbu

Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia

 

Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

 

1. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang lebih daripada 34.5 tetapi kurang daripada 36.5?

A. 12.5 + 4.5 x 5

B. 36.5 ÷ 5 x 4

C. 13.5 x 5 + 5

D. 58.38 + 4 – 7

 

Jawapan : A. 12.5 + 4.5 x 5

36.5 < nilai < 34.5

= 12. 5 + (4.5 x 5)

= 12.5 + 22.5

= 35

(Hint : Lakukan pengiraan setiap pilihan jawapan. Pengiraan perlu mendahulukan pengiraan dalam kurungan, darab atau bahagi dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu) dan diikuti tambah atau tolak dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu)

 

 

2. Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m.

A. 3 Jam 45 Minit

B. 3 Jam 27 Minit

C. 3 Jam 20 Minit

D. 3 Jam 14 Minit

 

Jawapan : B. 3 Jam 27 Minit

Halaju = 110 km/j

380 000 m = 380 000 / 1000 = 380 km

Formula : Halaju = Jarak / Masa

Oleh itu,

Masa = Jarak / Halaju

= 380 km / 110 km/j

= 3.4545 jam

= 3 Jam + 0.4545 Jam

= 3 Jam 27 minit

Penukaran unit jam ke minit

1 Jam = 60 minit

= 0.4545 Jam x 60 minit

= 27.27 minit

 

 

3. Ketinggian anak pokok getah P, Q, R dan S adalah 165 cm, 170 cm,

168 cm dan 160 cm. Kirakan minima tinggi antara empat pokok tersebut.

A. 170 cm

B. 169 cm

C. 150 cm

D. 166 cm

 

Jawapan : D. 166 cm

Jumlah ketinggian

= (165 + 170 + 168 + 160) cm

= 663 cm

Minima tinggi

= 663 cm / 4

= 165.75 cm (~166 cm)

 

4. Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 380 orang pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 1/4 daripadanya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut.

A. 156 orang

B. 228 orang

C. 177 orang

D. 224 orang

 

Jawapan : B. 228 orang

Jumlah pelajar T4 = 380 orang

Pelajar Matematik Tambahan = 80%

= 80% x 380 orang

= 80/100 x 380 orang

= 0.8 x 380 orang

= 304 orang

Pelajar Gagal = 1/4

Pelajar Lulus

= 1 - 1/4

= 4/4 - 1/4

= 3/4 orang

Oleh itu, pelajar lulus

= 3/4 x 304 orang

= 0.75 x 304 orang

= 228 orang

 

 

 

5. Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya?

A. 2 Jam 15 Minit

B. 2 Jam 25 Minit

C. 2 Jam 35 Minit

D. 2 Jam 45 Minit

 

Jawapan : A. 2 Jam 15 Minit

Tempoh di tadika

= 9.00 pagi hingga 11.45 pagi

= 2 Jam 45 Minit

Tempoh pembelajaran

= Tempoh di tadika - masa rehat

= 2 Jam 45 Minit - 1/2 Jam

= 2 Jam 45 Minit - 30 minit

= 2 Jam 15 Minit

1 Jam = 60 minit

= 1/2 Jam x 60 minit

= 0.5 Jam x 60 minit

= 30 Minit

 

 

6. Maisarah membuat sebiji kek Almond Cheese. Dia memberi 2/5 daripada kek tersebut kepada rakannya dan 1/5 kepada jirannya. Berapakah baki kek Almond Cheese Maisarah ?

A. 1/5

B. 2/5

C. 3/4

D. ¼

 

Jawapan : B. 2/5

Kek Almond Cheese = 1 biji

Bahagian rakan = 2/5

Bahagian jiran = 1/5

Baki Kek

= 1 - 2/5 - 1/5

= 5/5 - 2/5 - 1/5

= 2/5

 

 

 

7. Di antara persamaan garis lurus dibawah, yang manakah mempunyai padanan yang selari.

A. y = x + 2 dan y - 4x + 1 = 0

B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

C. 2y = 5 + 6x dan 2y - 4x + 1 = 0

D. 3y - x = 6 dan 2y - 8 -x = 0

 

Jawapan : B. y/2 = - x - 2 dan 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y/2 = - x - 2 2y + 4x - 8 = 0

y = - 2x - 4 2y = - 4x + 8

m = -2 y = (- 4x + 8)/2

y = -2x + 4

m = -2

Susunkan persamaan dalam bentuk y = mx + c

Kedua-dua mempunyai kecerunan yang sama iaitu m = -2

Oleh itu, kedua-dua persamaan ini adalah selari

 

8. Gaji pokok Nora ialah RM 1200. Dia dibayar komisen 3% berdasarkan jualannya. Berapakah jualan minimum hingga ribu yang terdekat, supaya jumlah pendapatannya melebihi RM 2120 sebulan?

A. RM 6,000

B. RM 14,560

C. RM 53,600

D. RM 31 000

 

Jawapan : D. RM 31,000

Jumlah pendapatan > RM 2120

Minimum Jualan = RM x

RM 1200 + 3% Minimum Jualan > RM 2120

RM 1200 + (3/100) (RM x) > RM 2120

0.03 x > RM 2120 – RM 1200

0.03 x > RM 920

x > 920 / 0.03

x > RM 30,667

 

 

9. Suhu di sebuah bandar pada pukul 8 malam ialan -19°C. Enam jamkemudian, suhunya jatuh sebanyak 5°C sebelum naik semula sebanyak8°C lima jam berikutnya. Hitung suhu di bandar itu pada pukul 7 pagi.

A. -24°C

B. -16°C

C. -10°C

D. -1°C

Jawapan : B. -16°C

Jam 8 malam = - 19°C

6 jam kemudian = 8.00 malam + 6 jam = 2.00 pagi = -19 - 5 = - 24°C

5 jam berikutnya = 2.00 pagi + 5 jam = 7.00 pagi = -24 + 8 = -16°C

 

 

10. ( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8) , selesaikan.

A. -10 1/2

B. 27 1/2

C. -11 3/14

D. 9 2/15

 

Jawapan : A. -10 1/2

( - 8/9 ) ÷ 1/18 - 4 × (-1 3/8)

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-1 3/8)]

= ( - 8/9 ) x 18/1 - [4 × (-11/8)]

= - 144/9 - [- 44/8]

= - 16 + 11/2

= - 32/2 + 11/2

= - 21/2

= - 10 ½

 

 

Peringatan: Ini Hanyalah Contoh Sahaja. Bukan Soalan Bocor Atau Soalan Ramalan. Untuk Dapatkan Rujukan Penuh, Boleh Klik Link Berikut Untuk Join Telegram: https://t.me/joinchat/AAAAAErA1oYP5K-rkcB-Ow

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© NewsKerjaya: Sumber Rujukan Terkini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal